Tuesday, February 28, 2012

wasiat HAB

Bismillahirohmanirrohim..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

12 Februari. Pada tahun 1949, tarikh yang sama, seorang pejuang Islam, antara tokoh agama yang disegani dan banyak berjasa pada abad ke-20; As-Syahid Al-Imam Hassan Al Banna Rahimahullah 'Alaihi telah dibunuh. Beliau telah syahid menemui Allah di atas nama jihad dan gerak kerja dakwah islamiyyah.


InsyaAllah, marilah kita sama-sama menghayati wasiat, pegangan serta kata-kata nasihat beliau.


"Jadilah kamu seperti pohon, dilontarkan batu kepadanya akan tetapi mereka membalasnya dengan buah." [Hassan Al-Banna]



Pegangan serta Wasiat Hassan Al Banna.

Enam pegangan beliau ialah;

1) Agama hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkan agama di dalam dirinya.

2) Bahagia dan sa'adah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.

3) Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat menahan penderitaan dan kepapaan.

4) Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada mukmin yang mendekatkn diri kepada Allah SWT.

5) Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan; kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan dan perjuangan.

6) Belajarlah men'fana'kan diri guna kepentingan cita dan agama.


Manakala, antara 10 wasiat beliau kepada umat Islam ialah;

1) Apabila kamu mendengar azan, maka bangunlah dan menunaikan solat dengan serta merta walau dalam keadaan bagaimana sekalipun.

2) Bacalah Al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali kamu membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul kerana Bahasa Arab yang betul ini adalah satu-satunya Syi'ar Islam.

4) Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun pertengkarann kosong itu tidak memberi sebarang apapun jua kebaikan.

5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7) Janganlah kamu bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah satu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberikan kebaikan.

9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang kamu bertemu dengannya sekalipun dia tidak meminta kamu berkenalan; kerana asas gerakan Da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika kamu mempunyai tugas-tugas sendiri, maka, ringkaskanlah pelaksanaannya.


Pesanan Buat Pemuda Islam;

"Wahai pemuda! Seandainya kamu menyakini fikrah kami dan kamu mengikuti jejak langkah kami dan kamu bersama kami di atas jalan Islam yang murni ini, kamu tinggalkan segala fikrah kecuali fikrah Islam dan kamu waqafkan segala tenaga dan usaha kamu untuk 'aqidah yang kamu yakini ini, maka semua itu akan mendatangkan kebaikan untukmu di dunia dan akhirat."


Imam Hassan Al Banna menyeru kepada barisan pejuang Islam;

"Medan juang kalian yang pertama ialah diri kalian sendiri, kalau kalian berhasil menaklukinya nescaya, mudahlah bagi kalian untuk menakluki musuh-musuh kalian yang lain. Namun, kalau kalian tidak mampu menaklukinya, makan jangan harap kalian boleh menakluki musuh-musuh kalian yang lain. Oleh kerana itu, latihlah diri kalian terlebih dahulu agar mampu menakluki diri kalian dan ingatlah bahawa seluruh dunia ini selalu menanti munculnya genarasi muda yang betul-betul suci, mempunyai koral yang kuat dan terpuji dan generasi itu tidak lain dan tidak bukan adalah diri kalian sendiri. Jangan berputus asa, tempatkanlah sabda Rasulullah SAW ini di depan matamu;


'Berikan 6 jaminan kepadaku, nescaya aku jamin syurga bagimu. 1) Jujurlah apabila berbiacara, 2) Tepatilah janji, 3) Laksanakanlah amanah yang telah dipercayakan kepadamu, 4) Peliharalah kemaluanmu (Tidak berzina), 5) Jaga baik-baik pandangan matamu, dan 6) Kendalikan pula tanganmu dengan sebaik-baiknya.'


Di dalam keretapi, setiap anggota Ikwanul Muslimin selalu berpindah ke kerusi yang lain sekiranya di hadapannya duduk seorang wanita yang berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna dan jika mereka melihat seorang gadis berjalan di hadapan mereka, mereka akan selalu bergegas mendahuluinya sehingga gadis itu selamanya di belakang mereka, seperti yang dilakukan Musa AS ketika berjalan dengan kedua anak Syuib AS.


Umar Al-Khattab RA berkata; "Aku lebih takut berjalan di belakang seorang wanita daripada berjalan di belakang harimau".

Al-Banna Dan Kasih Sayangnya.

Hassan Al Banna terkenal sebagai seorang yang berkasih sayang dalam menyampaikan da'wahnya, seperti sayang seorang guru kepada anak muridnya. Setelah manusia mendengar ucapannya, beribu-ribu orang merenungi diri masing-masing lalu bermuhasabah.;


"Apakah yang memberikan pengajian tersebut adalah wali Allah yang memiliki anugerah, yang mana dapat melihat apa yang ada dalam diri saya sehingga dia dapat menasihati saya sedemikian rupa..?"


Adakalanya, dalam menyelesaikan sengketa antara 2 orang yang berselisihan, beliau menganjurkan agar;

"Beristighfar 3 kali lalu berpuasa 3 hari atau 1 bulan atau solat malam, lalu beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah dalam solatmu."


Imam Al Banna selalu mengingatkan bahawa perlu berhikmah dalam menasihati dan menegur kesalahan sahabat;

"Barangsiapa yang menasihati sahabatnya tentang sesuatu yang ada pada diri sahabatnya itu serta menjelaskannya, itu beerti dia benar-benar telah menasihati sahabatnya itu. Sebaliknya barangsiapa yang menasihati sahabatnya di depan orang ramai beerti telah membuka aib sahabatnya itu."


Berkali-kali Imam Al Banna mengulangi hadis Nabi SAW;

"Kamu takkan dapat menguasai manusia dengan kekayaan hartamu, maka taklukilah mereka dengan budi pekertimu."


Peribadi Muslim Sejati.
Beliau juga mengatakan tuntutan yang perlu ada bagi membina peribadi muslim unggul; yakni;

"Sejahtera 'aqidahnya, sahih ibadahnya, teguh akhlaknya, terdidik fikirannya, kuat badannya, mampu untuk mengusahakan urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberikan manfaat kepada orang lain."


Antara petikan ucapan beliau pada Haji Terakhir;

"Sesungguhnya aku misalkan al-Islam ini sebagai sebuah piramid yang besar yang mempunyai 4 sisi (permukaan). Apabila seorang berdiri di hadapannya dia hanya akan melihat 1 permukaan sahaja.


Ada orang melihat bahawa Islam itu ibadat zahir semata-mata, ada yang melihat Islam hanya pada tasawuf, yang ke-3 pula menyatakan bahawa Islam itu hanya muamalah, orang yang ke-4 pula mengatakan bahawa politik sahaja. Di mana-mana tiap-tiap mereka itu terlalu fanatik & hanya tunduk pada pendapat dan pandangannya sahaja.

Demikianlah pandangan & gambaran mereka yang pelbagai menurut kacamata mereka dalam menimpa rukun Islam.


Walhal, hakikat Islam itu adalah paduan dari penglihatan setiap daripada mereka tadi di mana mereka tidak mengenalinya sebagai satu agama yang sempurna & mereka tidak akan dapat mengetahui seluruhnya kecuali mereka berdiri di atas puncak piramid itu."


Kata-kata beliau mengenai Ukhuwah (persaudaraan).

"Serendah-rendah ukhuwah itu kamu berbaik sangka terhadap saudara kamu dan setinggi ukhuwah kamu mendahulukan saudaramu melebihi dirimu sendiri (ithar)."



Kata-Kata Ketika Dipenjara.

Ketika dipenjarakan di benteng "Qala'ah" Al-Imam Hassan berkata;


"Yang terkurung itu hanyalah orang yang tertutup hatinya dari mengingati Allah. Yang tertawan hanyalah orang yang tertawan oleh hawa-nafsu mereka sendiri. Mereka memusuhiku dan mengurungku di sini, padahal keterasinganku di sini adalah kesempatan bagiku untuk beribadah. Jika mereka membunuh, maka kematianku adalah kesaksian yang nyata."



Pesanan Imam Al Banna tentang Mengambil Berat tentang Hal Solat.

"Peliharalah baik-baik solatmu, berjemaahlah & kerjakanlah tepat pada waktunya, fahami hukumnya secara mendalam, ucapkanlah baik-baik bacaan ayat-ayatnya, khusyu' dan thoma'ninah-lah dalam melaksanakannya. Lalu, bacalah Al-Quran semampumu, renungilah isinya dengan khusyu' kemudian awasi anda dalam setiap gerak dan diammu. Barangsiapa yang selalu bersama Allah, nescaya Allah pun akan selalu menyertainya."


Hakikat Kelazatan Iman.

"Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."


"Sesungguhnya hati seorang manusia apabila bersih dan bersinar akan dapat merasai kelazatan iman kepada Allah."


Subhanallah. MasyaAllah. Hebatnya peribadi & perjuangan tokoh Islam yang syahid kerana menegakkan agamaNya di bumi ini..

Beliau telah menyempurnakan amanahnya. Kini, insyaAllah, giliran kita pula menyambung perjuangan dakwah & islah ini, insyaAllah.

taken from an email.sumber mungkin dr muharikah.com
-i am surely not a die hard fan.but i do think this is words of wisdom..obviously beccause most of them are from hadith dan quran..may Allah end us as a syuhada-

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalimah yang mempunyai hikmah adalah sesuatu yang hilang daripada orang yang bijaksana, di mana sahaja dia mendapatinya maka dialah yang lebih berhak dengannya”

Monday, February 6, 2012

jan2012-->lajunye masa..

mixed feeling

a blast weekend alhamdulillah tho not going anywhere
and more people are getting married!of course di malaysia
barakallhulakuma=)) i`m soo happy i can`t even write it in words

a lesson learned this week is,how far do we understand the meaning of friendship?
or we called it ukhwah fillah
valid utk org yg islam je ke?

my friendship were tested this week huhuh bukan dgn org yg sama akidah tp berlainan
personally mmg la rasa ada jarak dgn mereka krn akidah,but then they are still my friend kan?
and shouldn`t i make this friendship ukhwah fillah too?mcm lg la sgt perluuu!sbb perlu dan penting sgt spy mereka merasa keindahan islam kan?huhu

my best friend of all the  friend here give a message telling her story and how she needs me that time
dan sy mcm..ala malasnye..sbb masa tu tgh dgn org msia dan obviously lebih jauh sgt indah la kan dgn org msia  dr jepun..
we talk the same language,have the same wavelength,know the same topic and jokes,and etc etc

but she needs me more
the problem is not that big for us a muslim as we have ALLAH
(afterall mmg xde big problem la kan supposenye?)
but who does they have?
at the first thought,mcm malas nk pergi
tapi at the second thought,i know this is from ALLAH and ALLAH must have something to teach me
so i went there and meet her..
and we talk=) and xde masalah besar pun cume tu la..
she needs someone to talk to..

the lesson is
if we need someone to talk to when we have ALLAH
what makes any different,having a faith or not kan?

if we understand the real meaning of ukhwah fillah,we should have love our not-yet-muslim friend more,as they need our love and care more!much more!more more and more=(
oh susah nya...sbb mslhnye ialah malas ckp bhs jepun=(
plus x cukup kreatif nk berckp topic2 yg lebih `besar` huhu

and...


Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka [tidak] akan memberi [bantuan] kepada kaum kerabat [nya], orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka mema’afkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang [1]. (24:22) 
 
Allah tegur abu bakr dalam ayat ni,semasa kisah fitnah saidatina aishah..
even utk org yg mefitnah punALLAH tegur abu bakr jgn hentikan bantuan 
so?anda yg ada kelapangan masa,tenaga dan erk..ermm..hati?why it`s so hard to help others?