Tuesday, April 20, 2010

bila rindu~

bila rindu
terkenang mu sayang,
terasa sayu...

jauhnya dirimu..
bila malam..
,makin kelam...
,jauh terbang daku ke awangan~

-salah lirik tp belasah sajalah labu~-

rindula~
for those I`m missing right now,may ALLAH be with u..
dan semoga,jiwa kamu sentiasa berada dalam ketinggian iman dan amal insya ALLAH
jazakillah hu khairan katheera untuk cinta dan rindu yg tidak penah bersepi ini..
moga kasih sayang kita ALLAh redhai...

menghitung hari menghitung detik..
bilakah kita bisa bertemu lalu cinta bertaut kembali~----munth darah sikit

Monday, April 19, 2010

mcm bagus2,,..

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. (103)

yg nak berlagak anda tu baik kenapa? 
kalau bukan sbb nikmat dan rahmat ALLAH,u r not who u r now..

sedangkan tak de satu kebaikan pon yg telah anda buat yg menyebabkan anda layak mendapat rahmat dan nikmat agung tu..
so,yg nak berlagak baik tu kenapa?


-tiada kaitn dgn yg hidup mahupun yg meninggl dunia-

Monday, April 12, 2010

surat cinta dari kekasih

surat cinta dari dia

awak ada kekasih ?

awak sayang tak kekasih awak?

of course lah kan.lagi mau tanya.

awak tau tak, saya pun ada kekasih tau.kekasih saya sangaaat baik. dia sweet sangat. setiap hari saya akan dapat surat cinta dari dia. kata-kata dia, gaya bahasa dia yang indah, selalu membuai-buai hati saya. kalau saya sedih, saya akan baca surat cinta dari dia. sebab itulah penawar hati saya. mana taknya, kekasih saya sangat charming tau! dia sayang saya sangat2.dia hadiahkan saya macam2. dia kata, saya boleh mintak apa saja yang saya nak. pasti dia akan tunaikan. dan dia tak suka kalau saya meminta-minta dari orang lain. buat apa nak cari orang lain, dia kan ada! tambah sweet lagi, dia kata, dia sentiasa dekat dengan saya.cuma saya saja yang tak tahu. kekasih saya suka sangat kalau saya luangkan waktu malam saya semata-mata untuk dia.dia akan bertambah sayang dekat saya katanya. dan dia mahu hati saya diberikan sepenuhnya kepada dia sahaja. dia sangat marah kalau saya lebihkan benda lain daripada dia.tak boleh! tapi, kalau saya sayang orang lain disebabkan dia yang suruh, baru dia benarkan. asalkan apa saja yang saya buat semata-mata disebabkan dia.

tapi kan awak, kami saling mencintai, tapi kami tak pernah berjumpa. dia pernah berjanji kepada saya, yang kami berdua pasti akan berjumpa suatu hari nanti. saya tahu kekasih saya sangat setia. kasih sayang dia kepada saya tak pernah berubah. tapi saya? saya selalu curang pada dia. saya melebihkan benda lain daripada kekasih saya. saya selalu melupakan dia. saya tak setia. saya selalu buat benda yang dia tak suka dan larang.

kadang-kadang saya rasa bersalah terhadap kekasih saya sebab selalu membelakangi dia. saya selalu merungut, 'susahnya nak bercinta dengan kekasih yang kita tak pernah jumpa!' tapi saya tahu tu cuma alasan yang yang saya cipta. ada masa-masa tertentu, surat cinta yang kekasih saya bagi, saya abaikan. berhari-hari saya biarkan tak berbaca. kalau baca pun, saya rasa feelingless. saya baca sepintas lalu je. kadang-kadang saya tak faham pun isi kandungan surat cinta yang dia beri. tapi saya malas berusaha untuk fahamkan. padahal saya tahu, itu kata-kata cinta dan amanat dari dia, yang ditujukan khas untuk saya!

tapi kekasih saya tak pernah menzahirkan kemarahan dia pada saya. dia kata, dia akan sentiasa menunggu saya. saya tahu dia tetap sayangkan saya,walaupun saya tak setia. dan dia akan terus menanti sampai saya kembali mencintai dia semula.

awak nak tau, baru-baru ni, bila saya buka dan baca kembali salah satu surat cinta dari dia, saya tersentak.saya jadi tersentuh dengan kata-kata dia. padahal surat cinta ni dah lama dah dalam simpanan saya. cuma saya je tak pernah nak perasan. saya baca surat cinta tu. dan tak semena-mena air mata saya tumpah.jantung saya berdebar laju. sebabnya saya sangat takut. kekasih saya kata, dia tahu every single thing yang berbisik dalam hati saya, sama ada saya masih menyayangi dia atau tidak. so, kalau saya berterusan nak melebihkan benda lain daripada dia, kalau saya berterusan tak setia, sampai satu waktu nanti, kami takkan dapat berjumpa selama-lamanya. malahan dia akan mengabaikan saya pada hari tu. dia takkan terhingin langsung nak pandang muka saya kelak. malah dia takkan kisah apa yang akan jadi pada saya nanti, bila sampai hari yang dia janjikan tu.

saya takut. sangat takut. sebab saya tahu, bila tiba hari yang dijanjikan tu, saya takkan mampu nak mintak tolong daripada sesiapa, melainkan dari dia. dan saya sangat sangat mahu berjumpa dengan dia.sebab itulah nikmat dan hadiah terindah dalam hidup saya.tapi saya tak dapat bayangkan, kalau saya tak sempat kembali kepada kekasih saya,dan saya mati ketika mana kekasih saya sedang marahkan saya, pasti dia akan benci saya sampai bila-bila.

awak, saya sangat takut T.T

awak nak saya kongsikan apa kandungan surat cinta yang saya takutkan sangat tu?

awak kena dengar tau isi kandungannya dari sini ->SILA KLIK SAYA<- kalau awak tak faham macam saya,awak rujuklah terjemahan surat cinta tu.yelah, kan saya dah kata, bahasa kekasih saya ni indah sangat.tak semua orang mampu fahaminya dengan baik.tapi jika awak menghayatinya, saya pasti awak akan menangis tersedu juga.

saya yakin selepas awak mendengarnya, awak semua pasti akan faham perasaan saya, bukan?

sudah semestinya,sebab kita semua kan berkongsi KEKASIH yang sama.

dan kita juga menerima SURAT CINTA yang sama.

betul tak, awak? 

taken from this blog

-baca dan renungkan.bagaimana kita tread kekasih ini,yang tidak pernah jemu memberi,yang tidak pernah menghukum bila kita membuat salah.yang sentiasa menerima tika kita memohon maaf.


kekasih yang agung inikah sebenarnya di hati?atau yang lain?......




lumpur...
selagi mana aku tidak berusaha membersih diri..
selagi itu aku hidup dalam lumpur.. 
bukan manusia yang menentukan kebahagiaan..
bukan manusia yang tentukan rezeki..
yakinlah hanya ALLAH tempat pergantungan..

Sunday, April 11, 2010

dunia vs akhirt

“Sesiapa yang berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya, maka Kami penuhi usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan daripadanya. Mereka tidak beroleh di akhirat kelak selain daripada neraka, dan gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka telah kerjakan.
(hud:15-16)

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (32)

 

Saturday, April 10, 2010

rest

Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal (.9:51)

--it`s time to choose...apa sahaja pilihan atau keputusannya,kepada ALLAH jugalah moga dapat bertawakkal.. 

Dan tidak ada yang menghalangi mereka, untuk diterima derma-derma mereka melainkan kerana mereka kufur kepada Allah dan RasulNya dan (kerana) mereka tidak mengerjakan sembahyang melainkan dengan keadaan malas dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan dengan perasaan benci. (9:54)



Wednesday, April 7, 2010

mimpi neraka...

Pada zaman Rasulullah SAW, jika para sahabat yang mulia bermimpi, biasanya mereka akan mengadu dan menceritakannya kepada Baginda Rasulullah.



Suatu malam, seorang sahabat Nabi yang masih remaja bernama Abdullah bin Umar ra, pergi ke Masjid Nabawi. Dia membaca al-Quran sampai keletihan. Setelah lama membaca al-Quran, dia berasa mengantuk dan ingin tidur.

Seperti biasa, sebelum tidur dia akan menyucikan diri dengan cara berwuduk, kemudian barulah merebahkan badan kemudian berdoa.

"Bismika Allahumma ahya wa bismika amutu. Ya Allah! Dengan nama-Mu aku hidup dan dengan nama-Mu aku mati."



Demikianlah, Rasulullah SAW mengajarnya cara tidur yang baik. Sehingga, dalam tidur pun malaikat masih mencatatnya sebagai orang yang tidak lalai. Dengan menyucikan diri, roh orang yang tidur akan mendapat hikmah dan siraman doa para malaikat.


Dengan perlahan-lahan dia memejamkan mata. Abdullah bin Umar terus bertasbih menyebut nama Allah hingga akhirnya terlelap. Di dalam tidurnya yang nyenyak, dia bermimpi. Di dalam mimpinya itu, dia berjumpa dengan dua malaikat. Tanpa berkata apa-apa, dua malaikat itu memegang kedua tangannya dan membawanya ke neraka.

Dalam mimpinya itu, neraka itu bagaikan perigi yang menyalakan api berkobar-kobar. Luar biasa panasnya. Di dalam neraka itu, dia melihat orang-orang yang pernah dikenalinya. Mereka dipanggang dan menanggung seksa yang tiada bandingan pedihnya. Menyaksikan neraka yang mengerikan dan menakutkan itu, Abdullah bin Umar berdoa,

"A'uzubillahi minannaar! Aku berlindung kepada Allah dari api neraka".


Setelah itu, Abdullah bertemu dengan malaikat lain. Malaikat itu berkata, "Kau masih belum terselamat dari api neraka!"




Pagi harinya, Abdullah bin Umar menangis mengingatkan mimpi yang dialaminya. Lalu, dia pergi ke rumah Hafsah binti Umar, isteri Rasulullah SAW. Dia menceritakan tentang mimpinya itu dengan hati yang cemas. Setelah itu, Hafsah menemui Baginda Nabi dan menceritakan mimpi saudara kandungnya itu kepada Baginda.

Ketika itu juga Baginda bersabda, "Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah bin Umar jika dia hendak melakukan solat malam!"


Mendengar sabda Nabi itu, Hafsah bergembira. Dia terus menemui adiknya, Abdullah bin Umar dan berkata, "Nabi mengatakan bahawa kau adalah sebaik-baik lelaki jika kau mahu bersolat malam. Dalam mimpimu itu, malaikat yang terakhir kau temui itu mengatakan bahawa kau masih belum terselamat dari api neraka. Itu kerana kau tidak melakukan solat tahajud. Jika kau ingin selamat dari api neraka, dirikanlah solat tahajud setiap malam. Jangan kau sia-siakan waktu sepertiga malam; waktu di mana Allah SWT memanggil-manggil hamba-Nya; waktu ketika Allah mendengar doa hamba-Nya."


Sejak itu, Abdullah bin Umar tidak pernah meninggalkan solat tahajud hingga ke akhir hayatnya. Bahkan, seringkali dia menghabiskan waktu sepertiga malamnya untuk solat dan menangis di hadapan Allah SWT. Setiap kali mengingati mimpinya itu, dia menangis. Dia berdoa kepada Allah agar diselamatkan dari api neraka. Apalagi dia juga ingat sabda Baginda:

"Sesungguhnya, penghuni neraka yang paling ringan seksanya pada hari kiamat adalah seseorang yang diletakkan pada kedua tapak kakinya bara api yang membuatkan otaknya mendidih. Dia berasa tidak ada orang lain yang lebih berat seksanya daripada dia. Padahal, sesungguhnya seksa yang dia terima adalah yang paling ringan di dalam neraka".


Dia berusaha sekuat tenaga beribadah kepada Allah, mencari redha Allah, agar termasuk dalam golongan hamba-hamba-Nya yang terhindar dari seksa neraka dan memperoleh kemenangan syurga.

Akhirnya, dia boleh merasakan betapa nikmatnya solat tahajud. Betapa agung keutamaan solat tahajud. Tidak ada yang lebih indah dari saat-saat dia sujud dan menangis kepada Allah SWT pada malam hari.


~Teladan dari buku Ketika Cinta Berbuah Syurga: Kisah 25 ~
(Ketika Cinta Berbuah Syurga - Habiburrahman el Shirazy)



Adakah Kita Benar-benar Mahu?
 
--taken from fb orang.this is my blog.reminder for me

cinta yg sejati~

Dakwah itu cinta,
Kerana dakwah itu cinta,
Aku lakukan apa pun untuknya,
Aku korbankan masa bersenang-senangku untuknya,
Aku sedikitkan masa tidurku untuknya..

Dan kerana dakwah itu cinta,
Aku mendahulukan lebih dari yang lainnya,
Aku biarkan air mata membasahi hari-hariku untuknya,
Aku biarkan darah mengalir banjir di jalan-jalanku untuknya,
Semuanya,
Kerana dakwah itu cinta..

Dan kerana dakwah itu cinta,
Menggapai kemanisannya terasa terlalu jauh,
Perjalanannya penuh dengan ranjau berliku,
Tidak ada bebunga indah mewangi,
Cuma duri kaca yang menusuk kekuatan jiwa ini..

Dan kerana dakwah itu cinta,
Bukanlah semudah itu untuk merasainya,
Kerana sebuah cinta belum tentu terasa,
Belum tentu difahami ertinya,
Kerana dakwah itu cinta,
Amat sedikit yang mengerti ia..

Dan kerana cinta itu tak semudah sangkaan mata,
Terkadang ada yang tersungkur jatuh,
Terkulai lesu dan futur dari medannya,
Terus merangkak dan tidak berdiri lagi,
Itulah yang selalu terjadi,
Sejak akhir-akhir ini..

Wahai para pejuang dakwah ini,
Kita tidaklah sesuatu yang sia-sia terlahir di sini,
Yang hanya melihat dan menunding jari,
Duduk sekadar bergoyang kaki,
Bukanlah juga yang sekadar berkata,
"Dakwah itu cinta"..

Tapi kita,
Adalah pencinta dakwah ini,
Terus berjuang dan berpaksi,
Tegakkan kalimah Ilah dimuka bumi,
Tidak pernah henti,
Hingga diri termakan bumi..

Penaku,
MZ_27791

http://mutiahzahrah91.blogspot.com

-sedang cuba ingin bercinta

Saturday, April 3, 2010

feels good

sometimes,out of no where,ada org yg faham apa dlm hati kita
it does feel good
walaupun bukan org yg kita rapat.
tapi she can sense what I`m up to..

if only others can sense too
life could be easier isn`t it

the time have come.
to choose the path i should take
one could change my whole life

takdir,ajal,jodoh semuanya dah ditentukan sejak sebelum bumi diciptakan
kita hanya boleh memlih.tapi semuanya sudah tercatit
berserah dan bertawakkal dalam memilih
itu je yang mampu dibuat sebagai insan..