Showing posts with label tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyah. Show all posts

Sunday, November 11, 2012

of 2:143

minggu ini.
detik ini.
aku yakin yang pulang tu keputusan yang paling dekat dengan ALLAH

kerana cinta aku di sini.menyambung pengajian yg aku sendiri xpasti hujungnya
dan demi cinta yang sama aku harus pergi
semoga kamu yg sentiasa aku sayang, akan mampu menjadi lebih hebat
dari yang mampu aku beri melalui ilham tuhan Ku =)

setiap kali sst terjadi di daerah ini
sst yg bagai mimpi..

pasti aku pulangkannya pada murobbi pertama ku di sini
dan pasti juga murobbi agung yg sentiasa memerhati.
semoga ALLAh terus merahmati mereka.
mengistiqamah kan.mencintai dan melapangkan mereka selalu.

alhmdulillah a`la kulli hal,Engkau sesuatu yg bahagia minngu ini buat kami
mungkin hadiah buat penguat semngat kami
hadiah untuk mereka yg tidak pernah penat berusaha memperbaiki diri.

AG2007
AG2009
KT2010
KT2011
dan DH 2:143 2012
*2008 wasn`t there.sebab tgh memberontak huu habis boycott semua program

aku kira rentetan rentetan ALLAH memberi peringatan
pelukan pelukan hingga rs sgt dekat dgn Tuhan.

dan ALLAH.
izinkan kami untuk terus mencintai Mu...

dan pilih kami untuk menatap wajahMu...



Tuesday, September 18, 2012

retreat 1709

assalammualaikum wbt..

baru balik dr the usual meeting up with friends..
alhamdulillah a`la kulli hal..everything went smoothly
just that this time,i went back to kanazawa feeling much more lighter..
the burden seems have been lifted by someone.

and as usual it was..
i was with the same person till the end.
spending time together.as the singles haha ok kelakar tp fact.

pergi makan la pausa,bercakap like we usually do(we should do something better kot)
drink and kejar bus like we usualllly do haha

the routine from T to K back and forth have been in my schedule for almost 5years
i hope i will somehow,in a way.a new way,continue this `schedule` in malaysia insya ALLAH
cumanya the tarikan is bigger.
because the home i will be staying is a real home compared to the home i have now here in japan.
and the workload ...huhuh
which is something i dont have it here in japan..

ALLAH,the one who have chosen us to understand this deen the way U wanted us to understand
keep on showing us the right path
keep on showering us with bless and rahmah
semoga kami jadi yang terpilih di mana sahaja bumi kami pijak
islam di junjung,dakwah di gerakkan..insya ALLAH

footnote:
one scene yg sgt kelakar dalam trip ni .. alisyah marah acik .hehe acik jahat!sbb acik ckp kt alisya,kalau xnk berhenti nangis,sama ada duduk kat mama yg tgh drive or duduk kt luar tingkap which is kena buang ke jalan raya.tp alisya xberhenti pun,die keep on pukul dgn tgn yg kecik.last2 tersenguk2 sambil suare nangis masih kuar comel!bila dh baik,dah turun kereta and few hours passed,tny alisya td ingt x mrah acik?die sengeh2 sambil bg kiss kat pipi.alamak cair sungguh dgn budak kecik ni la...if every single adults are like this..xde ego utk memaafkan..bestnye dunia..

Sunday, July 22, 2012

Allah menunda impian dengan ilmuNya

saat Allah menunda impian impian kita
Allah berkehendak membersihkan niat kita
agar niat itu benar
tekad dan azam itu benar
agar permulaan itu benar dan barakah

saat ALLAH menunda impian impian kita
ALLAh berkehendak melatih kita
membentuk sabar dan dekat pada Nya
membina tawakal

saat Allah menunda impian impian kita
ALLAH berkehendak  melentur ego ego itu agar ia bisa tawaduk
agar ia biasa tunduk mengakui kesilapan diri
biasa belajar walau dari anak kecil


saat ALLAH menunda impian impian itu..
ALLAH maha kaya pasti lebih tahu..

setinggi dan setebal mana kah iman kita,
saat ketika ujian dtg menimpa lalu kita berputus asa
ber zhon zhon pada takdirNya

Thursday, July 19, 2012

ukuran itu tidak sama

betul la kan.
amal jamaie adalah antara perkara yg ALLAH suka,rasulullah suka
sebab tu solat xleh sorg2
sahabat2 sentiasa solat berjemaah...
ibrah yg bljr dr seorg asatizah, buat keputusan pun xboleh sorang2..
walaupun nak beli tiket bus
kerana dalam syura ada berkatnya.maka bersyuralah walau sekecil perkara

hari tu baca dalam blog salim a fillah
yg ukuran kita tidak sama
umar tidak seperti uthamn dan umar juga tidak lah seperti abu bakr saat abu bakr menginfak kan seluruh hartanya di jalan ALLAH sedang umar menginfakkan separuh 

tetapi rasulullah tidak pernah mempertikai
jauh sekali membandingkan
rasulullah menerima seperti apa adanya infak itu
sepertiga,separuh mahupun seluruh
balasan nya hanya ALLAH yg tahu,buat mereka yg khalas demi redha rabbnya


dan hari ni Allah ajar diri ku
bahawa pengorbanan itu tidak sama di antara manusia
ada yang mampu berkorban setinggi ini dan ada yg serendah itu

maka berkorbanlah
berjihad lah
berinfak lah
dan berbuat baiklah
tetapi jangan `expect` semua manusia akan berbuat begitu
kerana engkau berbuat demi Tuhanmu
dan mereka berbuat juga demi tuhan yg sama
yg menilai hanya ALLAH

maka letakkan expectation,ikhlaskan amalan
dan berlapang dadalah dengan semua kurniaan
kerana syurga itu impian..teruskan larian dengan kelajuan yg engkau bisa kecapi bukan atas dasar memenuhi kehendak pandangan manusia

subhanallah!

Monday, July 16, 2012

Buat mereka yg bergelar murobbi

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah…

Saudaraku murabbi, sesungguhnya penerimaan tanggungjawab untuk mentarbiah mereka yang diletakkan di bawah kendalianmu merupakan satu aqad perjanjian antara dirimu dengan mereka. Engkau merupakan pihak pertama dan mereka adalah pihak kedua. Manakala saksinya adalah Allah ‘Azza wa Jalla. Firman Allah bermaksud: “…dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.” (Al-Buruj:9)

Oleh kerana surat ini ditujukan kepadamu wahai murabbi, maka disebutkan di sini beberapa peringatan yang berkaitan dengan tanggungjawabmu secara khusus. 

Antara isi kandungan yang paling asas dalam perjanjian ialah, engkau mesti membimbing mereka untuk melakukan perubahan yang positif sepanjang mereka berada di bawah seliaanmu. Perkara itu dilakukan menerusi pengurusan tarbawi yang betul, iaitu dengan meletakkan sasaran yang jelas, aktiviti-aktiviti yang tersusun serta kaedah-kaedah yang pelbagai.

Saudaraku, sentiasa letakkan di hadapan matamu firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian…” (Al-Maidah:1)

Selalu ingatkan dirimu bahawa tanggungjawabmu yang pertama terhadap ikhwanmu ialah memegang tangan mereka dan meningkatkan mustawa mereka dalam semua aspek tarbiah; aspek makrifah, keimanan, kejiwaan dan tingkah laku (sulukiyyah). Ingatkan juga dirimu bahawa ukuran kajayaan yang sebenarnya ialah berkait rapat dengan perubahan yang berlaku pada mereka. Bukan diukur pada banyaknya aktiviti dakwah yang kalian laksanakan atau kepelbagaian wasilah yang dijalankan.

Mata mereka tertambat padamu
Aku berkata kepada diriku dan kepadamu: sesungguhnya mata ikhwan tertumpu kepadamu, maka janganlah engkau menjadi fitnah kepada mereka. Engkau mesti ingat bahawa sebahagian mereka mengambil ajaran agama ini hanya daripadamu. Jika engkau mengurangkan sebahagian daripada kewajipan agama, mereka juga akan mengurangkannya. Jika engkau meringan-ringankan sesuatu yang tidak sepatutnya diringan-ringankan, mereka juga akan turut meringan-ringankan. Ingatlah bahawa mengajar dengan perbuatan lebih mantap dan lebih berkesan daripada mengajar dengan perkataan sebagaimana pepatah ada mengatakan “jika engkau menjadi ketuaku, maka hendaklah engkau berada di hadapanku”.

Ketahuilah wahai saudaraku yang dikasihi, sesungguhnya keyakian itu mesti dibina, bukan diperolehi secara percuma. Kayakinan akan terbina di dalam diri ikhwanmu dengan mereka melihat sikapmu yang positif, amalanmu yang baik seperti tawaduk, suka memberi, jujur dan benar dalam semua keadaan. Maka berusahalah untuk merealisasikan itu semua di dalam dirimu. Ingatlah selalu bahawa di sana ramai di kalangan ikhwan yang melihat dan menilai dakwah melalui tindakanmu. Maka takutlah kepada Allah dalam melaksanakan kerja dakwah ini.

Jangan jadi seperti lilin
Saudaraku murabbi, sesungguhnya factor asas kejayaanmu dalam memberi kesan yang positif di dalam diri ikhwanmu, selepas pertolongan Allah dan taufiq-Nya ialah engkau melaksanakan terlebih dahulu pada dirimu. Sejauh mana perkara itu meresap dalam jiwamu dan terkesan di hatimu, barulah ia membekas di hati ikhwanmu. Maka berusahalah bersungguh-sungguh untuk menghayati apa yang engkau minta mereka menghayatinya. Jangan beralasan dengan kesibukan atau kesuntukan waktu. Tiada seorangpun yang boleh diuzurkan dari menambah bekalan untuk diri atau dibenarkan untuk berhenti dari beramal. Ingatlah pesanan Allah Ta’ala kepada Nabi s.a.w. bermaksud: “Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),” (Al-Insyirah:7). Ayat ini bermakna apabila engkau telah selesai berdakwah dan berjihad maka segeralah pula beribadah. Cukuplah kata-kata Rasulullah s.a.w. ini sebagai nasihat: “Perumpamaan orang yang mengajar kebaikan kepada manusia dan lupa pada dirinya, seperti sumbu pelita, ia menerangi manusia dan membakar dirinya.” At-Tabraniy

Tawaduk dan tawaduk
Aku mengingatkan diriku dan dirimu wahai saudaraku yang dikasihi betapa pentingnya mentarbiah diri agar bersikap tawaduk. Antara tanda-tanda tawaduk yang ada pada diri murabbi ialah dia tidak merasai ada perbezaan antara dia dengan ikhwannya kerana kedudukannya sebagai murabbi, sehingga terbawa-bawa pada cara dia berinteraksi dengan mereka. Umpamanya dia mahu tempat duduk yang khusus, layanan yang khusus dan keistimewaan tertentu yang tidak didapati oleh ikhwannya.

Murabbi hendaklah mentarbiah dirinya supaya sentiasa merasai bahawa dia lebih rendah daripada ikhwan dan mereka lebih baik daripada dirinya. Kalaulah tidak kerana tanggungjawan yang diamanahkan kepadanya, tidaklah dia berada di hadapan mereka. Dengan cara itu, di samping pertolongan Allah, mudahlah baginya berinteraksi dengan mereka dan menghimpunkan hati-hati mereka. Letakkan dirimu di tempat mereka ketika engkau bercadang untuk menegur apabila mereka cuai dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Beri peluang kepada dirimu untuk mendengar nasihat mereka dan terima dengan dada yang terbuka. Jika engkau lewat atau tersilap, mohonlah kemaafan dari mereka dan jangan malu untuk berkata ‘saya tidak tahu’ jikalau mereka bertanya sesuatu yang engkau tidak tahu. Jangan sekali-kali gunakan kuasamu ke atas mereka kecuali dalam keadaan yang amat-amat terbatas.

Saudaraku murabbi, aku menasihati diriku dan dirimu, jangan halang seseorang daripada kalangan saudaramu untuk beramal sekiranya berlaku sedikit perselisihan antaramu dengannya, atau kerana engkau diberitahu sesuatu yang tidak kena mengenainya, atau kerana sesuatu kesalahan yang dilakukannya, atau dia telah tersasar sedikit dari jalan ini, atau dia telah lama menyepi kemudian ingin memulakan langkahnya kembali.

Siapa di antara kita yang tidak pernah melakukan kesalahan atau tidak pernah tersilap langkahnya?

Sekiranya setiap yang bersalah itu dihalang dari meneruskan amal, maka tidak akan ada seorangpun yang kekal di jalan dakwah!

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sekiranya kamu tidak berdosa, nescaya aku takut akan berlaku ke atas kamu sesuatu yang lebih besar daripada itu, iaitu ujub dan ujub.” Al-Albani dalam as-Silsilah as-Sahihah.

Hadis ini menjadikan kita menginsafi bahawa tersasar ke jalan yang salah sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, secara luaran dan dalaman adalah kemungkinan yang tidak dapat dielakkan. Ia pasti terjadi. Yang berbeza antara kita adalah dari segi banyak atau sedikit kesilapan itu serta bagaimana cara kita mengelak atau mengatasinya dengan izin Allah.

Dari sini aku ingin menegas kepada diriku dan dirimu wahai akhi murabbi, jangan jadikan gambar saudaramu yang lama terpampang di hadapan matamu, seolah-olah suatu bayangan yang tidak kunjung padam walaupun dia telah berubah dan telah berbuat baik. Hal ini seperti Firaun yang cuba mengaitkan Nabi Musa dengan masa lalunya yang pernah membunuh seorang qibtiy, lalu dia tidak layak untuk berdakwah. Firman Allah bermaksud: “Firaun menjawab: Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baru lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu? Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi?” (Asy-Syu’araa’:18-19)

Dan Nabi Musa a.s. tidak menafikan tuduhan yang dilemparkan oleh Firaun kepada dirinya, sebaliknya dia menarik perhatian Firaun terhadap perubahan yang telah berlaku dan terhadap kedudukannya yang baru. “Nabi Musa berkata: Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari orang-orang yang belum mendapat petunjuk. Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan agama dan menjadikan daku seorang RasulNya.” (Asy-Syu’araa’: 20-21) 

Jangan lupa mengharap ganjran
Saudaraku, berusahalah bersungguh-sungguh menyediakan dirimu dari segi persediaan dalaman sebelum engkau memegang tugas menyelia ikhwanmu. Wasilah paling penting untuk mempersiapkan dirimu ialah doa. Mohon kepada Allah dengan sungguh-sungguh agar Dia membuka jalan-jalan kepadamu dan mencampakkan kebenaran di hatimu dan lidahmu.
Jangan lupa mengharap pahala. Ingatlah sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Tidak ada pahala bagi orang yang tidak mengharapkannya.” Ibn al-Mubarak dan ditashih oleh al-Albani.

Dan di sana terdapat berbagai-bagai wasilah untuk mencetuskan kesedaran dan menguatkan keazamanmu, ingatkan dirimu setiap kali sebelum engkau pergi menemui ikhwanmu betapa pentingnya amal ini, ia merupakan amalan yang diredhai Allah, Allah janjikan pahala untuk orang yang melakukannya dan mengancam dengan dosa bagi mereka yang meninggalkannya.

Moga-moga Allah mantapkan imanku dan imanmu dan membimbing kita selalu. “…Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (al-Baqarah:32)

د. مجدي الهلالي

http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?ArtID=82476&SecID=363

Sunday, June 10, 2012

murobbi itu

murobbi itu adalah yg menyediakan 90% masanya utk mentarbiyyah diri dan anak2 binaanya
dan 10% lagi adalah ms utk keperluan dirinya sndiri

ye.
90%
bukan vice versa.

Monday, June 4, 2012

walk the talk

kita akan pasti di uji dengan apa yang kita sampaikan/dakwahkan/katakan.

dan bila tiba ujian,di situ wujudnya praktikal keimanan
.
bukan sekadar teori di bibir tapi terserlah pada medan amalan dan perbuatan

sudah bersediakan utk syurga yg lebih tinggi tingkatannya?

mari bersabar utk beramal dgn teori yg pasti jauh lebih mudah di ungkapkan

*tidak sama medan berkata kata dan medan amal tetapi medan amal itu pastilah lebih besar ganjarannya di sisi ALLAH

Monday, May 14, 2012

khusnul khotimah

ikhlas
it`s the basic of all amal
ikhlas
if u were khalas enough,everything will sail smoothly insya ALLAH
ikhlas
nak tahu cukup ikhlas ke x,is how much your commitment to that thing you are doing
dan nak tahu ikhlas ke x, it will not changed when u are with others or even when u are alone

I know a person
She is totally an ikhlas kind of person
mcm mana nk describe ye.

1. utk ke usrah,dia perlu jalan kaki yg sgttttttttt jauh utk ke eki utk naik bus.yet,she`s still the first one to arrive.thou her place was the farthest among all ahli usrah....

2. when there`s someone need for help, She`s the one who will offer help, AND with full commitment.let say,ada yang xdapat hadir liqa dan xdapat bahan.bukan orang yang xhadir yang akan hubungi dia,but she`s the one who will offer help, and set the date, and kalau xhabis will set another date,without fail.

3. I was with her sometime ago.and I said,`kalau qiam lg snang jaga kan kalau ramai2 ni..semangat sket nk qiam` and she replied `kalau seorang lg senang akk rasa..`..and i was still a young girl back then.xfikir sgt.tapi sekrng baru faham..dan kalau dia berkata begitu,I guess she`s doing it all the time either alone or beramai ramai

hurmm nk ckp ape lg keikhlasannya ye?
bukan sj ikhlas,malah rasa nya takda sekelumit hasad mahupun dendam dalam hati nya
senyuman yang sentiasa ada=)

and my theory is...
sebab dia baikkkk sgt
ikhlassss sgt
ALLAH sayang sangat dan mungkin amal dia dah cukup utk di bawa menemui ALLAH
and She left us
years ago i don`t really remember.20010 rasanya

25 ramdhan
6months pregnant
on the way to halaqah
while her husband is somewhere on earth doing da`wa and wasn`t at home
(baru kahwin xsampai setahun)
what is the greatest gift for a muslim than to have a khusnul khotimah?(pengakhiran yang baik)

and i wish..
i could be like her
even if i`m not ikhlas enough.just enough that i could force myself to do good things better
with better commitment
and better plan
for a better way to die =)

Thursday, January 5, 2012

experience on being a mother=P

kepada ahlul bait(ahli rumah) 703..(u know who u are =))

masterchef
bapa yg sentiasa keluar rumah dan balik lewat=P
pembancuh teh yg sedap merangkap pembantu tukang masak
2org anak bongsu yg menjd penceria suasana=D

dgn ini di kirim kan salam dari UDA..dgn lafaz assalammualaikum wbt.
semoga bertemu di dlm doa2,dan jika tidak di dunia di syurga hendaknya..
(sile jgn lupe emel uda..mesti die gembira)

yg benar
ibu yg baru setahun jagung



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


di atas ialah status saya bertarikh 5/1/2012

this is after all a reminder kan .
of sweet memories in KT za* liza yamagat*

being a mom is definitely not easy
alhmdulillah my house was granted with 2matured junior yg mmg lebih pantas dr saya
balik je rumah,terus bukak coat dan terus ke dapur,berfikir apa yg perlu di masak
rumah kami juga were granted with ustazah yg kami panggil ude.

it was a bless

when i mean bless,it is a bless =P
sebab saya yg sgt tidak kreatif memasak

but for the last day,i have to think about the menu all alone as all the `children` sudah pengsan akibat penangan snowboard.
me being the only one yg tidak begitu penat dan haruslah tidur paling lewat,
terpaksa berfikir menu apa nk dimasak
untuk breakfast dan lunch sekali

1.nk kene fikir menu
2.nak kene masak dlm masa kurg 2jam utk 7org

conclusion
which one to start first??
cairkan ayam ke,cairkan telur ke,goreng nasi ke,ptong sayur ke,kemas rumah dan beg sbb esok dh nk balik ke,or mandi?
huhuh

and the ending is?
i only prepared the bahan2 before subuh.
akibat kemengantukan yg amat kerana tidak tidur,`anak2` juga yg menajadikan bahan bahan itu satu nasi goreng yg sedap selepas subuh

huhuhu

yappari

still far from being a mother
masak nasi pun terlebih banyak=P
sudahnya semua org kena sumbat bento banyak2 dlm container yg kecil comel hehe

nasib antunna la..
jzkk for the memories!
semoga kite thabat

*KT stands for kampung tarbi*yah,progrm 6hari 5malam.duduk dlm lodge house and every house has it own ibu or bapa or both.and i,was destinied to be a single mother(kalau boleh ckp cmtu)..but it`s a bless.everything everysingle thing=)))


randomly chose.not mine tho.now it explains the `kene cairkan telur?`


Monday, January 2, 2012

KT2011

subhanllah walhamdulillah allahuakbar
spend almost 10days bermusafir
with ALLAH`s help i`m at home now

I learned a lot of thing.a lot of thing.i really mean it

before i started the journey,i wish to ALLAh secretly that i want to learn how to be tawadu`
i really want to learn how to be humble
i really want to learn how to look up to people who are younger than me

and ALLAH as usual never failed to grand my wish.
(doa org musafir kan makbulkan..ALLAH yg kate.ALLAH kate kite akan dpt ape yg kite niatkan kan..ALAH juga yg kate..jd saya yakin aje!=) )

dan pada 30hb malam..31hb pagi..dgn kerdilnya saya merasai tarbiah ALLAH
direct.direct dr manusia2 yg jauh lebih muda
ALLAHuakbar.that`s the only word i could say and say and say

KT 2011sebelum dan selepas..semasa..penuh dgn tarbiah
bukan pengisian itu yg mentarbiah diri tp..kampung itu,masyarakatnye,suasana nya,dan adik2 serta ahli rumah yg ceria itu yg mentarbiah diri..
dan salam tangan itu.yg bersama 3tahun disisi tapi sedikit sekali kite berbicara kan..
jauh di sudut hati saya tahu akhirnye,masih ada tempt utk mengisi..
baki 3bulan,utk mengcover cerita kite 3tahun ini.ya ALLAh grand us chances!

semoga ALLAH thabatkan saya dan mereka seperti thabatnya ustazah
semoga sy dpt jadi tawadu` sperti dia
menajdi hebat dan gagahnya berdiri menegakkan kalimah ALLAH..

without fail.

oh ALLAh that`s the only wish i have.

tarbiyyah bukan segala galanya..
tapi segala galanya bermula dgn tarbiah ini..
sekali saya melepaskan diri dari kabilah ini..
sangat itu sy tahu bhw saya telah mebenarkan diri bersama kabilah jahiliyyah..
semoga thabat.

aku okay ke?

ingat tak dulu-dulu-dulu… saat-saat awal kita memasuki tarbiyah? kita memilih untuk join tarbiyah, memilih untuk join usrah, sebab kita nak berubah….

kita nak menjadi lebih baik….

time goes on, alhamdulillah tarbiyah yg benar itu sentiasa akan mengubah manusia… jika dulu Al-Quran itu hanya biasa diletakkan di rak-rak buku sehingga berdebu, Al-Quran itu menjadi teman setia walau di mana juga kita berada…
jika dulu solat berjemaah di masjid itu hanya dilakukan ketika hari Jumaat dan Hari Raya, alhamdulillah kini kita berusaha untuk solat jemaah setiap waktu di masjid
jika dulu puasa-puasa sunat seperti puasa isnin khamis, puasa asyura, dan lain-lain langsung tidak pernah terlintas dalam kepala… kini kita seboleh-boleh ingin berpuasa jika adanya hari-hari yang ‘istimewa’ untuk berpuasa sunat…

akhirnya pada satu hari kita dipilih untuk menjadi naqib…. dan kini tiba masanya untuk kita menyampaikan kepada anak usrah kita apa mutiara-mutiara yang kita perolehi selama ni….

tapi ikhwah akhawat…..

kadang-kadang… seorang juru jual itu sibuk menjual barangnya, sehingga dia sendiri lupa nak makan…. sebab dia seronok sangat menjual barang-barang jualannya….
dan akhirnya? dia kelaparan… dan dia terpaksa berehat berhari-hari untuk memulihkan kembali tenaganya….
lebih menyedihkan… kadang kala jurujual itu dah tak kembali menjual barang-barangnya… kedainya terus ditutup…. kerana dia merasakan menjual barang itu sangat memenatkan….


itulah yang akan terjadi… jika kita dah kehilangan sifat mutarabbi yang paling penting, sifat yang ‘meletakkan’ kita di ‘jalan’ ini…
sifat ingin berubah menjadi lebih baik


mungkin benar, usrah yg kita bawa dan kita ikuti itu sangat menambah ilmu-ilmu dan fikrah kita
mungkin benar, daurah dua kali sebulan yang kita ikuti dan bawa anak usrah kita itu satu mujahadah yang berat bagi orang lain
mungkin benar, Al-Quran dibaca setiap hari, dan solat jemaah dilakukan setiap waktu

tapi….
sudahkah kita melakukan qiyamullail setiap hari?
sudahkah kita membaca Al-Quran 3 juzuk sehari?
sudahkah kita berada di masjid sebelum azan berkumandang?
sudahkah kita memberi makan kepada orang miskin setiap hari?
sudahkah setiap orang di sekeliling kita mendapat sentuhan dakwah kita?
sudahkah setiap saat dan waktu kita diisi dengan aktiviti-aktiviti yang akan mendekatkan diri kita kepada Allah? aktiviti-aktiviti yang akan meletakkan kalimah Allah di kedudukan tertinggi di dunia ini?


senang kata..
sudahkah kita menjadi seperti Rasulullah?
sudahkah kita menjadi seperti Abu Bakar?
sudahkah kita menjadi seperti para sahabat?


ikhwah akhawat
di saat hilangnya kita daripada sifat seorang mutarabbi
iaitu sifat ingin berubah untuk menjadi lebih baik….
itulaah saat-saat permulaan ke arah kefuturan kita….


dan bagaimana mungkin…. ingin kita menerapkan sifat ingin berubah ke dalam hati mad’u-mad’u kita…
sedangkan dalam hati kita sendiri sifat itu telah hilang ditelan masa….

ingatlah wahai nuqaba’, wahai du’at
janganlah biarkan Allah hilang dari hatimu walau sesaat sekalipun…
kerana itulah permulaan ke arah kemenangan syaitan….

“Mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai sebaik-baik amalanmu yang amat suci di sisi Allah, yang meninggikan darjatmu keperingkat yang tertinggi sekali, yang lebih mulia daripada menafkahkan emas dan perak, yang lebih utama daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, maka kamu tanggalkan lehernya atau mereka menanggalkan lehermu? Para sahabat berkata bahkan: “Apakah itu Ya Rasulullah?”
Baginda bersabda: Zikrullah”
( HR Tarmizi dan Ibn Majah )

Izzuddin Yussof
Economics and Actuarial Science
University of Southampton

Tuesday, December 20, 2011

dream 2

Jom koreksi diri dengan kata-kata dari Imam Hassan Al-Banna tentang mujahid yang membawa islam:


“Saya dapat menggambarkan sosok mujahid adalah seorang yang sentiasa mempersiapkan dan membekali diri, berfikir tentang keberadaannya dalam segenap ruang hatinya. la selalu dalam keadaan berfikir. Waspada di atas kaki yang selalu dalam siap siaga. Bila diseru ia menyambut seruan itu.Waktu pagi dan petangnya, bicaranya, keseriusannya, dan permainannya, tidak melanggar arena yang dia persiapkan untuknya. Tidak melakukan kecuali misinya yang memang telah meletakkan hidup dan kehendaknya di atas misinya. Berjihad di jalannya.Anda dapat membaca hal tersebut pada raut wajahnya. Anda dapat melihatnya pada bola matanya. Anda dapat mendengarnya dari ucapan lidahnya yang menunjukkanmu terhadap sesuatu yang bergolak dalam hatinya, suasana tekad, semangat besar serta tujuan jangka panjang yang telah memuncak dalam jiwanya. Jiwa yang jauh dari unsur menarik keuntungan kecil di sebalik perjuangan.Adapun seorang mujahid yang tidur sepenuh kelopak matanya, makan seluas mulutnya, tertawa selebar bibirnya, dan menggunakan waktunya untuk bermain dan kesia-siaan, mustahil ia termasuk orang-orang yang menang, dan mustahil tercatat dalam jumlah para mujahidin.”

hoping to be one of this
and give birth to a lot of them insya ALLAH!

Tuesday, December 13, 2011

BM

i keep on following this one talk from a person i address as ummi

basically it`s about baitul muslim
ttg membina keluarga muslim atas dasar iman dan takwa

and everytime i hear to it,with full attention,or with intention utk sekadar mendengar,saya tetap akan jd pak pacak depan komputer after a while because it`s just subhanallah...sgt membasahkan hati

it`s more to penyucian hati

am i ready?
will i build a `house`,yg ALLAh redha tp dengan permulaan yg ALLAh tidak redha?
dosa yg lepas...
dosa jahiliyyah yg lama..


T.T

i dont know what i`m typing here but i just want to tell that this talk really strike
right there to your heart
everytime
everysingle talk
bahkan in every single word..

Wednesday, November 30, 2011

keep us strong..

Allah ta`ala akan sentiasa menguji antum pada titik terlemah antum

Orang yang lemah dalam masalah wang,namun kuat dalam masalah jabatan dan wanita,tidak di uji dengan wanita dan jabatan

Orang yang sentiasa mudah tersinggung dan pemarah,maka akan di uji oleh ALLAh dengan dipertemukan dengan orang orang yang sentiasa membuatnya tersinggung dan marah.
Sampai ia berhasil memperbaiki kelemahannya itu dan tidak lagi mudah tersinggung dan marah

Seseorang yang sentiasa terlambat lambat dalam dakwah kerana alasan `isteri,mertua dan tamu` akan sentiasa dihadapkan dengan alasan alasan  itu,`mertua datang,tamu datang silih berganti` yang akan terus menundanya untuk bersegera menghadiri liqa dakwah sampai ia bisa mengutamakan agenda dakwah

(Pak rahmat Abdullah..)
-quoted from new quantum tarbiah-

T.T
kita akan di uji pada titik kelemahan kita
keep us strong ya ALLAH

Thursday, November 24, 2011

it`s soo random

There`s soo many things happened the last 2weeks

had a daurah which gather everyone in my area
I`m not really into it actually..entahla.
i guess we are being too loose over here with the basis of this deen..
`loose` that only i could understand
but keep bersangka baik.sangka baik dan teruskan bersangka baik
insya ALLAh satu hari kita yg mampu dan boleh mengubahnya..insya ALLAH biiznillah

after daurah,dengan seribu satu perasaan,rush to where `bulatan gembira` utk mereka ...
been a while since my last visit.In a way,I really did abandon them for a while..I`m sorry dear.I`m really..
Dan seperti biasa,cahaya cahaya pendukung agama ALLAH itu tidak pernah mengecewakan
raut muka mereka
respon mereka
kemanisan wajah mereka menyambut
dan kegigihan mereka menghantr pulang

may ALLAH guide u my dear.may ALLAH guide u.even with me or without me..

and life goes on without problems

and another bulatan gembira which really as it named
subhanallah walhamdulillah a`la kulli hal
tuhan yang mepersatukan hati kami
terus tetapkan kami di atas jalan ini

arrafiq ku..
andai satu hari,hijab aib kakak mu ini terbuka
ampun kan khilaf ku,terima aku seadanya..
aku manusia,jauh dr seorang malaikat

oh and last but not least
I`m in love.in love with those books
i really think ind*nesia does have the best kosa kata,phrases dan susnan ayat.
indeed,tafsir al quran bhs ind*esia jauhhh lebih `zup` masuk ke dalam hati dr bhs msia..
i wonder why..

p/s:hanzalah,it`s just about time!it`s just about time!another 2exams and I`m an official driver having my hanzalah and flying without wings!!(sekrng pun dh bw tp unofficial=P).semoga hanzalah bisa jadi hanzalah yg menginfakkan diri utk Islam..=)

Tuesday, November 15, 2011

-Y is for you-

-Shinjuku eki 1030-




“betul ke nak teman saya ni?”

Iye la..

“balik jela dlu..nnt awak terlepas last train.lgpun saya dh biasa sgt dengan eki ni..”

Jom jela saya teman.last train saya lambat lg.lagipun direct je train dr eki ni ke rumah

“Hurmmm..”



“Dah jumpa dh ni. balik la dlu ek.saya tunggu kat sini “

Xpela.saya teman tunggu sekali..

“La..”





Langit malam cantik kan

Lampu malam gemerlapan



Susahkan nak tajarrud demi dakwah

Segalanya

Di saat memilih universiti,

Di saat memilih tempat kerja,kita rela untuk bersama akhwat kita

Demi kelangsungan segalanya



Tapi di saat ia berkait hati dan perasaan

Rasa kebersamaan itu hilang.

Yang ada hanya aku dan aku dan aku



“Ye akhwati..”kata kata yang hanya mampu di iyakan dalam hati.



Saya kan,kalau rasa rapat dengan seorg akhwat,saya akan mula meletakkan dinding

Kerana takut rasa suka dan sayang itu bukan kerana ALLAH,tapi kerana “bestnye” akhwat itu



“Kita sama.”

“Tapi jangan jadi mcm saya yang meletakkan dinding,

hingga dinding itu tidak bisa pecah lagi

Dan kini hanya ada dinding antara saya dan dia”

“Kaku.”



1055

“Gerak dlu.Jazakillah sebab teman sampai naik bus.”

Sama sama.jangan nangis pulak nanti dalam bus

“Haha.yeah you are right.I’m crying in my heart”kata kata dalam hati



Jzkk ukhti for the sweet moment

U don’t have to create sweet moments.it comes by chance.



2011/11/13
-shinjuku eki-

how to live 2012 when everyone is gone?leaving me alone.
Ya ALLAH,U know better and please make me stronger.

Thursday, October 27, 2011

mudahkanlah urusan saudaramu

Dari Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda :

Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya.” – Imam Muslim


I know this hadith sejak kecil
it have been the hadith of my life eversince i heard about it

Kalau nak belajar cemerlang,kene tolong orang
kalau nak exam senang,kene tolong orang
kalau nak kaya cepat,kene tolong orang
sebab saya tahu kalau saya tolong orang,ALLAH akan tolong saya untuk dapatkan senarai di atas
Jadi saya setkan mind kene tolong orang
*but unfortunately menolong ibu,adik dan kaka tidak termasuk dalam list menolong org muslim ketika itu.dush.

Tapi alhamdulillah,xpernah lg saya kene tolong orang dalam keadaan saya tidak mahu menolong
ermmm
to think back.eh ada huhuh
bila datang penyakit malasnyaaaa

Tapi minggu ni ,ALLAH betul2 uji keyakinan saya dengan hadis tersebut
Seseorang yg rapat telah meminta tolong bukan sahaja sehari,tapi hampir setiap hari dalam minggu ini
bukan juga 10minit untuk satu bantuan tapi menuntut 1jam lebih..
and plus I have to go through phone calls in japanese,yg mmg la kdg2 saya xberapa suka walaupun faham je.
It's just that i don"t feel like talking in japanese for this week?
And with the answering machine system?it doesn't help at all!

Tapi
Saya manusia biasa yang selalu perasan bz
Sangat2 la malas nak tolong,sangat2 la berat hati
Tapi tarbiah ALLAH tu sweet

Bila nk reply msg nak cakap saya ada hal,ALLAH ingatkan saya..
ini kan dakwah..
xingat ke hadis tu..
adakah engkau tidak mahu dimudahkan urusanmu oleh Allah?

Kebetulan minggu ni mmg ada satu program yang sgt besar gemilang.
And no one can make it possible,without ALLAH's help
Tapi dalam kehidupan seharian pun mmg sangat memerlukan pertolongan ALLAH kan?

And yes.I just have to do it.Bukan salah org yg meminta bantuan
Tapi ssalah saya
Ini tarbiah dari ALLAH
mengajar saya untuk bersabar dan ikhlas,sebenar benar ikhlas dalam rangka saya memohon pertolongan ALLAH

Mulut doa nk ALLAh mudahkan urusan,tp bila ALLAH offfer mcm dalam hadis ni,tolak pulak

nak ke xnk sbnrnye?huhuh

wallahualam

Wednesday, October 12, 2011

hanzalah

alhamdulillah dah lepas L!
org malaysia yg baca mesti gelak

but Allah knows how hard it is to even get an L for your license kat negara serba mengikut peraturan ni

xlama lagi boleh la drive ke sana ke mari!insya ALLAH..

tadi terfikir ttg makhluk merah itu.
kecil,buruk dah usang dan lama
it have been serving the malaysian in this area for years.
more than 5years
umur sebenarnya lebih dr 15tahun ketika dibeli.how old..huhu

dan ALLAH telah mengizinkan utk saya jadi pemiliknya after the last owner went back to malaysia

thinking of naming it hanzalah!
sahabat yg sedia berangkat walaupun baru bernikah hari pertama!
lalu dimandikan malaikat saat syahidnya dia..
sahabat yg juga merasa dirinya munafik kerana mudah leka bila tidak bersama rasulullah..

semoga makhluk ALLAH kecil merah itu mampu menjadi hanzalah
sedia berangkat bersama tuannya,hingga saat terakhir hayatnya..

make it easy ya ALLAH for me and my hanzalah..

Monday, October 10, 2011

bersangka baik

been a while since my last post
xtahu nak tulis apa.
life was awesome but maybe it`s not as sweet as today!

For the past 2,3weeks before,I`ve been sms`ing my adik2,dgn niat mencari semula ikatan yg melemah selepas balik cuti natsu
everyone as usual reply,and respond.
this one adik,yg saya sangatttt rapat,tak reply.not 1,2 but 3..
bukan sehari dua..dan saya pun xsuka nk hntr msg byk2 kalau org xreply
call pun xangkat

and all the idea2 jahat muncul dalam otak..
I even have to tell this problem to her bestfriend,utk
tlg tgkkan dia ok ke x..
tapi kawan die ckp mcm biase je.xde perubahan..
i couldn`t do anything.nk pergi melawat pun xboleh sbb dia duduk asrama.kalau dia xkeluar,mcm mana nk jumpe kan..
mcm mana la boleh fikir dia akan kejam begitu?huhuh

walaupun adik ni xreply msg dan angkt kol,die masih lg hadir bulatan gembira di jaringan talian nternet
tapi die lewat,dan saya mengeluarkan satu ayat dalam keadaan marah,dan sinis,tp dgn cara menype je..
tibe2 ALLAH hadiahkan saya ayat ni pd saat tilawah...(semasa tilawah saya masih lg hati panas sbb ade yg lewat.xpernah hati panas pun before ni..)

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma’afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu [1]. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (3:159) 

T.T.i have to stop the line for a while.istighfar banyak2,mohon rahmat ALLAH banyak2 supaya saya tidak membenci atau marah atau bias dgn adik ni semasa usrah berjalan...

and life goes on mcm biase.saya dh mula merajuk xnk msg.tp sbb risau,dan sbb rindu,saya msg juga
but there`s still no reply

at one point,rasa sgt down,sebb adik ni antr yg sgt rapat
bila down,mmg itulah waktu kite rasa kita insan yg paling lemah.
waktu tulah kita mmg mintak sgt2 kan..

and nothing happen pun sampai la hari ini...

hari ini,something did happened...a miracle huhuh

adik tu msg saya.
and guess what?
"kak s*p,saya dapat msg akk 3 sekaligus ni.td akk nk mntk no akaun eh kt skype?"
huhuh pdhl kat skype tu alasan je sbb nk chat dgn die tp die xreply juga

rupanya die xdpt satu pun msg saya.
be it msg mintak reply,msg ckp dh lama xjumpe n ape khabar,msg  ajakusrah pun saya xtahu la die dpt ke x,but she did online on the time masa tu..
kenapa die xangkat kol,sbb hp die rosak,kdg2 die xprasan org kol,die xdgr,huhhu

ya ALLAH
how great is ALLAh tarbiyyah kan?how sweet of ALLAH nk ajar saya bersangka baik walau dgn idea paling xlogik
-msg xsampai-
sedangkan saya msg dgn ramai sgt org 2,3minggu ni.kalau total up mungkin lebih 40msg dh dihntr dr hp saya
but then,hanya dia seorang yg ALLAH pilih utk msg saya xsampai.bukan1,tapi sampai 3,4,5..

huuhu...sekarang rs bersalah sbb saya boleh terfikir dia mcm tu
sekarang mmg saya tahu,nak bersangka buruk dgn seseorg,u have to find 70reasons dlu utk bersangka baik,kalau xjumpe 1 pun sbb,baru boleh
even with the most x logic ideas

because ALLAH is miracle!kan
subhanllah.

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. (12)




Saturday, July 23, 2011

so*alia.a mus*im country(?)

so*alia..
saya rasa knowledge kita tentang Islam as a whole,
including anything about the muslim countries,keadaan muslim di non muslim countries,palestin,muslim`s wealth sekarang ni. etc2,sgt kurang..
atleast,diri saya la kurang
have to read aljazeera more i guess..



read this
and take a look at this



bukankah org islam itu saling mengambil tahu hal saudaranya?
dan semua org Islam itu ibarat satu badan..(lebih kurang maksus hadis)

tapi kite lebih prefer untuk ambil tahu tentang latest gossip,sale sana sini,web browsing blog2 yg tidak menambah iman dan menambah knowledge,..hurmm

harus tambah tsaqafah am(general knowledge)
baru lah org cakap org Islam tu mantap
salah satu 10ciri muwasoffat pun berpengetahuan luas kan?



now i understand why pepole put * dalam blog mereka.
spy bila org search di internet,xde la kluar blog mereka dlm search result tu