Monday, June 18, 2012

22:74-78

Mereka tidak mengenal Allah dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (74) Allah memilih utusan-utusan [Nya] dari malaikat dan dari manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (75) Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka. Dan hanya kepada Allah dikembalikan semua urusan. (76) Hai orang-orang yang beriman, ruku’lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. (77) Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. [Ikutilah] agama orang tuamu Ibrahim. Dia [Allah] telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu [1] dan [begitu pula] dalam [Al Qur’an] ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. (22:74-78)

baru dengar talk pasal surah ni oleh the infamous no*man ali khan
sgt mcm..hurm..
ALLAh telah memilih kita kan.dan ALLAh suruh apa?

1.agungkan ALLAh dengan seagung agungnya
2. rukuk,sujud,dan berbuat baik 
3. berjihad dgn sebenar benar jihad!

dan significant nye ayat ini selepas jihad ialah ibrahim.bukan lut,ismail ishak etc..
kerana apa?
kerana nabi ibrahim contoh paling byk berjihad.dan ALLAh ckp ape dalam ayat next tu?ALLAh ckp,Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.

apa yg nabi brahim pernah lalui?
1. dicampak dalam api
2. di minta tingglkan anak isteri di padang pasir yg luas xde org
3. di minta sembelih anak sndiri

tapi oleh kerana die struggle, maka ALLAH mudahkan bg nya urusan nya
1. api di sejukkan
2. air keluar dr padang pasir utk anak isteri
3, pisau jd tumpul

dan bila kite sungguh2 bertawakal pada ALLAH,ALLAH akan mudahkan..ALLAH akan mudahkan
yg penting kita berjihad dgn jihad yg sesungguh sungguhnya
bukan menjadikan ia alasan.krn hny kepada ALLAH kita bertawakal dan  hnya ALLAH matlamat perjuangan kita..

Sunday, June 10, 2012

murobbi itu

murobbi itu adalah yg menyediakan 90% masanya utk mentarbiyyah diri dan anak2 binaanya
dan 10% lagi adalah ms utk keperluan dirinya sndiri

ye.
90%
bukan vice versa.

Thursday, June 7, 2012

bable

haritu mcm nak sangat jd translator kan
katenye engineer xkena dengan jiwa
lecturer?
terlalu tidak sesuai pada umur yg masih muda
translator senang sebab hanya bekerja dgn komputer

nah

sekarang kene translate journal
xhabis seperenggan otak dan separuh beku
tangan dah melalut buat benda lain
buku "aku seorg muslim" jauh lebih menarik

manusia

kehidupan

apa sebenarnya kau nak jadi kawan?

2013 seems so clear but in the same time seems soo blur
new phase new phase new phase
what shall we do to spend time together?

Monday, June 4, 2012

walk the talk

kita akan pasti di uji dengan apa yang kita sampaikan/dakwahkan/katakan.

dan bila tiba ujian,di situ wujudnya praktikal keimanan
.
bukan sekadar teori di bibir tapi terserlah pada medan amalan dan perbuatan

sudah bersediakan utk syurga yg lebih tinggi tingkatannya?

mari bersabar utk beramal dgn teori yg pasti jauh lebih mudah di ungkapkan

*tidak sama medan berkata kata dan medan amal tetapi medan amal itu pastilah lebih besar ganjarannya di sisi ALLAH