Thursday, September 5, 2019

UPSR 1999

HARINI UPSR ke?
.
Padanlah anak anak jiran pepagi dan happy main kat laman. Tak sekolah ke bebudak ni? Rupanya dapat cuti.
.
Eh asal UPSR asyik terkenang kenangan 20 tahun lepas (eh dah tua!) 
balik rumah selepas paper pertama, kena hambur dengan mak pasal.....
.
Orang suruh tulis karangan sambutan hari guru. Aku confident tulis sambutan hari IBU!
.
Hikmahnya?
1. Rajin solat sebab nak keajaiban berlaku. Solat terawih siap u.(masa tu mcm puasa akhir tahun kot)
.
2. Rajin doa nak keajaiban berlaku lagi hahahaha
.
3. Be a positive motivated person sebab masih percaya pada keajaiban Allah.
.
Yela percubaan 5A kot.peringkat negeri. Percubaan 5A masa tu memang konon2 teror la.
Hahaha sekali result sebenar 4A 1C.
.
Dan di situ lah bermulanya ku belajar agama...sebab terpaksa masuk sharodz hahaha (tu pun atas rayuan mama berulang kali)kalau tak acah acah nak masuk SBP gitttewww.
.
Hikmah yang sangat besar pada kegagalan yang sedikit.
.
Yang melorong kepada di mana aku sekarang ..
.
So mommies jangan pressure sangat anak anak hehe if the success is for them, it will be. Yang penting dia dan usaha kan.
.
Semoga berjaya semua anak UPSR sekalian!

.

Berjaya dengan apa yang kita ada SEKARANG

Terlalu kerap kita melihat kejayaan orang lain dan berfikir..oh aku pun nak buat mcm ni la.
"Kalau aku buat mcm tu pasti boleh berjaya macam dia."
Syoknya dia buat mcm tu..and so on.
.
Tetapi kita lupa kejayaan sebenarnya ada di depan mata kita. Dengan apa yang kita miliki SEKARANG.
.
Bukan apa yang di miliki oleh orang lain. 
.
Berusaha dengan apa yang kita miliki. Berbuat sebaiknya. Hasilkan kejayaan yang gemilang.
.
Kerana Allah sudah tempatkan kita di sini untuk mencipta kejayaan. Bukan di sana.
Cuma masa kejayaan nya yang belum tiba.
.
Kerana zaman sekarang kita terlalu asyik melihat orang hilang lupa dengan apa di depan mata.
.
Peringatan untuk hamba yang lemah