Wednesday, December 23, 2009

remindersss

taken from http://iniceritakita.wordpress.com/
*read the blue highlight tu..
“Adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina) mereka mengucapkan, “Salam”, dan orang-orang yang menghabiskan waktu malam untuk beribadah kepada Tuhan mereka dengan bersujud dan berdiri. Dan orang-orang yang berkata, “Ya Tuhan kami, jauhkanlah azab Jahannam dari kami, kerana sesungguhnya azabnya itu membuat kebinasaan yang kekal,” sungguh Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman. Dan (termasuk hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih) orang-orang yang apabila menginfakkan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir di antara keduanya secara wajar, dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sembahan lain dan tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina; dan barangsiapa melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat hukuman yang berat, (yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan; maka kejahatan mereka digantikan Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. Dan barang siapa bertaubat dan mengerjakan kebajikan, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya. Dan orang-orang yang tidak memberikan kesaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka berlalu dengan menjaga kehormatan dirinya, dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidak bersikap sebagai orang-orang yang tuli dan buta, dan orang-orang yang berkata, “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.” Mereka itu akan diberi balasan dengan tempat yang tinggi (dalam syurga) atas kesabaran mereka, dan di sana mereka akan disambut dengan penghormatan dan salam, mereka kekal di dalamnya. Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.”
(Al-Furqan 63~76)

Tuesday, December 22, 2009

must read untuk saye mase hadapan

taken from
http://anak-anak-nil.blogspot.com/

Ana tension. tension sangat dengan syaitan. makin ana nak buat baik, makin banyak bisikan-bisikan jahat yang singgah kat hati ana. waktu ana jahiliyyah dulu, takde la pulak camni. kalo ana dengki, memang ana dengki betul dengan kawan ana. sekarang ni, ana xnak dah dengki, ana xkesah pon kalau selalu kemas rumah, sebab ana suke, tapi selalu sangat ada bisikan datang,

"ko kemas-kemas rumah ni, member ko tengah study, lagi banyak dah dari ko. apsal ko rajin sangat ni, udah2 la tu, pegi la study, rumah ko pon bukan sepah sangat."
"apsal ko x suruh je kawan ko yang basuh toilet ni, dorg xpernah basuh toilet seumur hidup dorang. suro la dorang je. baik ko g study."

ishh..tension betol ana. asal ana nak buat baik je, suara2 aneh tu datang. kalau lah 'dorg2' tu manusia, memang ana dh kick out dari hidup ana. tp memandangkan dorg ni jenis makhluk yg lain, ana istighfar je lah banyak2.

tp bile dah lame2 mereka tu bisik-bisik cmtu, kadang2 ana termakan 1% hasutan dorang nih. ana jadi ragu-ragu. ana ikhlas ke tak ni buat kerja ni?? ana keep hesitating. uh, xboleh camni ni, ana teringat, yang si syaitan2 ni akan terus hasut manusia, dan kalau sampai ana berhenti dari buat ape yang baik hanya kerana ana ragu-ragu ana ikhlas ke tak, maka tatkala itu syaitan dan konco-konconya telah berjaya dan ketawa gembira. maka ana buat keputusan, lantaklah ana ikhlas ke tak ke, ana kene buat jugak.at the time kalau ana ragu-ragu, ana kena stop sekejap untuk betulkan niat, jangan patah balik ke belakang utk lari. jangan.

arabic
sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi pikiran jahat (berbuat dosa) dari setan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya).

huuu..selesai satu masalah..
sekarang ni ade lagi satu masalah.

kadang-kadang, bile ana dah termakan hasutan setan2 ni, ianya meng'initiate' satu perasaan geram dan seakan tak mahu maafkan kekurangan kwn2 ana ni. ana istighfar banyak2. ini semua sementara je, kt akhirat nanti korehat la puas2, ana pujuk diri ana. memang penat pun. memang makan masa pun. tapi ana kesian tgk kawan ana lagi sorang tu, muke de cm tension je bile rumah sepah. die dah kemas sikit. ana taw die pon penat. ana pun penat jugak. tapi kalau ana tak sambung kerja dia, siape lagi akan buat. ana xsuka nak request2 dari orang lain utk kemas rumah, kalau bole biarlah buat suka rela, barulah hasil berkualiti. ana pun, penat2 baru balik dari travel seharian, ana sental la bilik air 1 jam. ana memang suke main air, so ana tak kesah sangat. ana terpujuk dengan kalam Allah yang menyebut:

arabic
jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.


ayat ni best. kadang2 bile ana geram dengan sape2, ana bukak ayat ni. geram dengan orang arab yg selalu mintak duit dari rumah ana ke, geram dengan pakcik teksi ke, ana maafkan je lah dan buat tak peduli. ayat ni keras, Allah label orang kafir sebagai orang-orang yang bodoh, (ana takde la label org yang ana xsuke sebagai bodoh, tidak sama sekali!) tapi nak katenye, bile kite interaksi dengan al-Quran, kadang-kadang ia terkena dengan situasi kite. macam ayat ni, Allah pesan kat Muhammad s.a.w, supaya maafkan je la orang2 kafir yang mengate macam2 tu, dan teruskan kerja kau dakwah orang supaya buat yang makruf, jangan pedulikan mereka. ayat Quran ni sgt unik tw. bile ana bace ayat ni, ana rase yang same. ana rase mcm ayat tu ckp', wahai rubu', ko buat je keje ko..ko jangan peduli setan2 yang hasut ko tu, maafkan je lah kawan2 ko, mereka tak sedar kot, jadi kau lah yang kene sedarkan mereka supaya buat yang makruf, kan2?'
lagipun serendah2 ukhwah kan berlapang dada..

huhu..alhamdulillah...lega hati ana.

ana ni, selalu tangguh2 buat kerja. ayah ana pon cakap mcm tu. tp tak tahu lah. kalau ayah yang tegur, xterase sangat. tapi kalo Allah yang tegur, cuak la ana.

arabic
Dan ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lengah.

gulp!! tercekik kerongkong ana. amik ko rubu', kan dah terkena sedas. itu satu. Allah tegur jugak jangan keraskan suara masa ingat Allah pada waktu pagi dan petang. ana pun terpikir, ape la ana buat selalunya pagi dan petang. oh, Ma'thurat!! haah la, selalu ana bace, cm malas2, suara cm keras je, cm xhayati langsung ma'thurat tu. laju2 plak tu. tone suara naik turun, kalau penat tu jadik annoying le suara ana, macam orang xnak bace je gayenye, nak cepat2 ngadap laptop tgk fb. kalau pagi2 tu, tenggelam timbul suarenye, kejap tertidur kejap terjaga, time terjaga tu kuat balik la suarenye. astaghfirullah2. teruknye ana! =((
tu la hikmah bace terjemahan lepas baca yang arabnye, ade je la yang Allah tegur yg terkena batang hidung sendiri.

hurmm..rasenye ana dh banyak sgt cakap ni. nanti antum bukak la surah al-A'raf. surah ke 7. muka surat 176. tiga2 ayat kt atas ni ade dlm muka surat yang sama. rubu' undur diri dulu ye..nak bersiap2 ke gam'ah. ana mintak maaf ye kalau tersalah cakap terkasar bahasa. betulkan ana kalau ana salah taw. huhu..assalamualaikummm...


*
suke sbb dekat dengan diri sniri yg selalu berkire kalau asyik kene g beli beras ke,klo asyik masak ke..pdhl,housemate aku tu,lg la.slalu buang sampah kol8 time aku tgh berdengkur.slalu kemas dapur sbb aku bukn org yg frequently mengemas.kemas 2buln skali gaknye...pdhl,die xmampu g beli beras sbb die xlarat nk angkut.die xmasak sbb die xnk mkn.aku yg nk mkn,aku msk la.byk lak songeh i ni..

Monday, December 21, 2009

setahun lebih je lagi..

dah lame x menulis..
bukan tiada cerita..cuma tiada kata untuk di cipta
tiada kata untuk menyata..
betapa hati sedang riang gembira..
menanti pertemuan demi pertemuan..
menanti dua tangan bersatu menyambut cinta..

hanya tinggal setahun lebih je lagi..
apekah yang bisa aku lakukan di bumi jepun yg aku kasihi,atas panji islam yg aku cintai?
di bumi jepun yg aku dakapi..atas nama negara islam yg aku rindui...

hanya tinggl setahun je lagi
untuk merangka masa depan yang xpasti
untuk membuat keputusan yang diharap kekal hingga ke akhirt nnt

hanya tinggl setahun je lagi...

aku pasti merindui.kehidupan yang penh warna ini..
yang dahulunye sepi tanpa teman bicara..
yang dahulunya seperti hilang punca,menerima ape shaja yang di tawari..

tp bukn kini..
yang hari hari nya lebih berwarna pelangi..
bersama teman di sana dan di sini..
pulang ke rumah bisa di sambuti..
walau hanya dengan salam yg berjwb di hati..

aku pasti rindu kehidupan ini...
tapi aku pasti tidak mahu meneruskan untuk 2tahun lagi..
kerana medan nye bukan di sini..

Sunday, December 20, 2009

reminder untuk c pemalas kuase 5

Orang-orang yang kafir serta menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, Allah sia-siakan segala amal mereka. (1) Dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di akhirat)(2).muhammad 1-2

Allah dah janji nk sia2kan amalan org kafir....tapi kenpa sekarang mereka berkuase di bumi??
kenapa israel terus menghentam saudara KITa?
kenapa amerika terus menjadi ketua dunia?
kenapa negara islam kebanyakkan nye bersengketa?
kenapa saudara kite kebanyakkan nye di hina?
kenapa bantuan ALLAh tidak juga tibe???!!!
kenapa mereka tidak ditimpa bala seperti di timpa abrahah dan musyirikin ketika badar?????

kerana kini tiada lagi beza mereka dan kite...

hidup kite bukan lagi berpanjikan islam..
siulan kite bukn lagi zikrullah dan selawat
makan kite bukan lagi di atas memenuhi perintah ALLAh tetapi lebih kepade nafsu
belanje kite bukn mencari redha nye tetapi mencari gembira di hati
matlamat hidup kita bukan lagi kerana Nya...
cinta kita bukan milik ALLAH sepenuhnya tapi lebih separuh milik manusia..

lalilahaillallah hanya siulan di bibir tanpa makna...

ampunkan aku saudara di sana...
kerana lalainye aku mencintai dunia,
tidak ALLAH turunkan bantuan buatmu di sana..
walau usaha mu tidak mengenal usia dan masa...

sesunguh nya umat islam itu bersaudara..
kerana leka nye separuh umat islam di dunia sebelah sini,
umat islam di dunia sebelah sane tidak ALLAh turunkan bantuan buat mereka..
kerana memerangi kafir bukn nye usaha sekumpulan sahaje...
bukannye pade tindakan semata mata..
tetapi tindakan kite mengislamkan kehidupan,pemikiran kite,akan di lihat sebagai usaha kite untuk membezakan diri kite dengan mereka(kafirun)...

apabila islam dan kafir dapat di bezakan dr lahiriah dan ruh..
bantuan ALLAH pasti tiba..
kerana ia janji si pencipta yang tidak penah memungkiri...




Wednesday, December 16, 2009

hdis

أَمَرَنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِسَبْعٍ وَنَهَانَا عَنْ سَبْعٍ أَمَرَنَا ص: بِاتِّبَاعِ الْجَنَائِزِ وَعِيَادَةِ الْمَرِيضِ وَإِجَابَةِ الدَّاعِي وَنَصْرِ الْمَظْلُومِ وَإِبْرَارِ الْقَسَمِ وَرَدِّ السَّلَامِ وَتَشْمِيتِ الْعَاطِسِ


Nabi s.a.w memerintahkan kami menunaikan 7 perkara dan melarang dari melakukan 7 perkara yang lain; mengiring jenazah ke perkuburan, melawatnya ketika sakit , memenuhi jemputan , menolong orang yang dianiaya, menepati sumpah, menjawab ucapan salamnya dan mendoakan rahmat (Tasymit) apabila beliau bersin.

Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari .

Thursday, December 10, 2009

pesan

pesan Imam Ghazali:

“Carilah hatimu di tiga tempat…
Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran.

Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.

Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati.

Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”