Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., baginda bersabda:
"Bahawasanya ada seorang lelaki berziarah kepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian Allah memerintah seorang malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan - yang dilaluinya. Setelah orang itu melalui jalan itu, berkatalah malaikat kepadanya:
"Ke mana kamu hendak pergi?"
Orang itu menjawab:
"Saya hendak ke tempat seorang saudaraku di desa ini."
Malaikat bertanya lagi:
"Adakah suatu kenikmatan yang hendak kamu peroleh dari saudaramu itu?"
Ia menjawab:
"Tidak, hanya saja saya mencintainya kerana Allah."
Malaikat lalu berkata:
"Sesungguhnya saya ini adalah utusan Allah untuk menyampaikan kepadamu bahawa sesungguhnya Allah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana Allah."
(Riwayat Muslim)
-14:42pm-
-darul fatah-
2 comments:
Darul fatah? Nama RI baru ek? it's nice my dear!
Saya juga mencintai dia (sisters) kerana Allah. hee. Point taken, thanx 4 sharing.
hehehe nope
kat rumah org la yang.konon ber uzlah...
tp i lupe rumah ni mmg singgahan ramai org hehehe
xjd pun uzlahnye
Post a Comment