Thursday, August 19, 2010

kekasih hati kami

jatuh cinta dgn sajak di bwh.bukn saya tulis.puncanye xtahu.tapi kiriman seorng yg disayangi.
andai rasulullah melihat diri ini hari ini...pasti aku tidak layak berada di kalangan umatnya T.T

esok.sekali lagi
tapi jiwa mcm keras.
ya ALLAh yg maha penagsih penyayang..
ampun kan kami dan tunjukkan kami jalan mu.
 -------------------------------------------------------------------------------------------------
Mungkin aku masih belum bisa memahami kesedihanmu
Tika kau mendaki ke Hira’
Dengan penuh susah payah
Dan kau menengadah ke langit
Dengan hati pilu dan resah
Kerana kering dan tandusnya hati manusia-manusia di sekelilingmu.
Barangkali aku jauh sekali dari merasainya
Kerna sibuknya aku dengan urusan-urusan dunia.
Mungkin juga aku masih belum mampu memahaminya
Sebagaimana sahabat karibmu menangis dalam ketakutan
Ketika Thur menjadi kepungan,
kerana aku belum benar-benar mendalami cintaku kepadamu
dan cintamu kepada aku.
Sekali sekala, aku suka begini.
Aku suka merasai kepayahan-kepayahan ini,
Kerana benar-benar ia mengingatkan aku kepadamu.
Takdir tidak mengizinkan pertemuan kita,
Takdir membawa aku ke zaman ini dan menjadilah aku sebahagian darinya.
Ya Rasululllah…
Andai kau bersama-sama kami hari ni,
Pastinya kau akan menangis lagi.
Allah saksi kita.
Bukanlah kami tidak berusaha,
Jauh sekali mahu berputus asa.
Tidak pernah kau didik kami menyerah kalah
Apatah lagi pada musuh kita yang nyata.
Kami hari ini sedikit sekali.
Seperti yang kau katakana, kami menjadi kerumunan orang-orang lapar.
Kami tidak mahu menjadi buih-buih wahn.
Lantas kami memilih jalan yang berbeza. Jalan yang asing sekali.
Dan kerana kami mula mencintai dunia yang benar di sana,
Kami hari ini menjadi asing di dunia yang palsu di sini.
Ya Rasulullah,
Ketahuilah bahawa kami telah lama menangisi keadaan umat ini
Dan tidaklah kami berdiam diri. Bahkan kami tetap tegar berdiri dan berlari.
Ada waktunya kami keletihan,  lalu jatuh dengan kelemahan,
Tidaklah kami terus duduk dan berehat.
Bahkan kami saling membantu dan bangun semula.
Kerana kami mahu obor di tangan ini terus menyala,
Dan harus terus menyala pada detik berikutnya.
Ya Rasulullah,
Usahlah kau khuatiri keadaan ini.
Ketahuilah tarbiyyahmu hari ini telah sampai ke hati kami.
Dari tangan-tangan suci yang membayar tambang perjalanan risalah ini
Dengan membelanjakan darah dan nyawa mereka,
Harta dan keluarga mereka,
Hidup dan mati mereka,
Sehinggalah hari ini kami menyambungnya pula.
Dan tidaklah ia akan berhenti , dengan izinNya.
Sekalipun mereka memancung dakwah ini berkali-kali,
Nescaya mereka tidak akan menemukan potongannya,
Kerana ia akan terus mengalir.
Ya Rasul,
Kami ingat pujukanmu, yang Allah rakamkan dalam al furqan
Agar kami terus ingat motivasi darimu,
La tahzan.
Ya pastinya, la tahzan. Kerana kami sedang beramal dengan amalan ahli syurga inshaAllah.
Maka terhapuslah segala kesedihan dan kepenatan.
Kerana sebuah kekuatan yang merentasi zaman.

No comments: