Thursday, January 6, 2011

self centered?

Salam WBT,

Ana teringat pesanan Ust Haris: "Seseorg itu lemah sekiranya dia melihat org di sekitarnya lemah, tetapi tidak mampu menyebarkan 'kekuatannya' kepada org lain".

Kadang2 kita mudah mengesan kelemahan orang lain, tp kita gagal mengubah kelemahan tersebut menjadi kekuatan. Mari kita lihat beberapa contoh monolog yg mungkin pernah terlintas dlm hati / fikiran:

  • "Ish3, asal time dia masak, mesti kotor dapur. Tak pandai mengemas ke malas." desus hatinya.
  • "Aisey man, klu dia yg bagi pengisian, alamatnya mengantuk la aku. Kalau cakap, perlahan sgt macam org bisu. Buat joke pun x lawak. Bosan2..." desus hatinya.
  • "Dia ni dah puas aku ajar. Tak jugak pandai2 buat DF."
  • "Umur dah 20 tahun lebih, tak reti2 jugak baca Quran. Kalau malas nak bace, memang la tak improve."
  • "Kalau sembang, bukan main lebat. Tapi, buat kerja malas jugak."
  • Dan macam2 lagi...

Virus2 ukhuwwah yg kadang2 kita tak sedar, ianya sedang menguasai jiwa kita. Kita bangga dengan kelebihan diri kita & memandang rendah org lain. Kita rasa selesa dgn komitednya kita di jalan ini, dan meremehkan org2 yang tidak se'komited' kita. Kita marah & kecewa dgn sikap sahabat2 kita yang tidak bersungguh dlm tarbiyyah sbgmana bersungguh2nya kita.


MAKA, apa yg kita buat? Kita meninggalkan mereka kerana merasakan mereka tidak layak bersama dgn kita. Kita merasakan mereka hanya membantutkan usaha dakwah yg kita lakukan.

MAKA, apakah nasib sahabat2 kita tadi? Adakah kita hanya berkata di dlm hati "Argh, apa aku peduli..."


Ana nk ajak sahabat2 semua, mari kita lihat satu hadis nabi:

Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"


Cantik kan bagaimana Islam memupuk rasa cinta antara Muslim? Mendoakan saudaranya, dia pun dapat sama. Bukankah ini pelaburan yg besar?

Kita tanya balik diri kita, pernahkah terlintas dlm hati kita utk mendoakan sahabat2 kita yg 'lemah' tadi?

JOM kita sama2 ubah paradigma kita:

  • "Ya Allah, sahabatku si A, malas sgt klu nak mengemas. Bantulah dia jadi rajin mengemas. Dan bantulah aku utk membantu sahabatku ini."
  • "Ya Allah, sahabatku si B, pantang klu dia bukak mulut nak bercakap, aku bukak mulut nak menguap. Maka, Kau lancarkanlah lidahnya, bantulah dia menjadi penyampai yg berkesan. Dan bantulah aku utk membantu sahabatku ini."
  • "Ya Allah, sahabatku si C, susah sgt nak buat DF. Bantulah dia jadi pandai DF. Dan bantulah aku utk membantu sahabatku ini."
  • "Ya Allah, sahabatku si D, tak berapa lancar baca Quran. Bantulah dia spy lancar & rajin baca Quran. Dan bantulah aku utk membantu sahabatku ini."
  • "Ya Allah, sahabatku si E, suka malas2 nak buat dakwah atau datang program. Bantulah dia spy diberi kefahaman, semangat dan komited utk berdakwah. Dan bantulah aku utk membantu sahabatku ini."
  • Dan macam2 lagi...


Lain kan? CONDEMN VS BANTU. Kita yg mana??

Moga2, dgn keikhlasan kita berdoa, Allah tingkatkan hubungan kita kepada TAFAHUM selepas TAARUF, dan kemudiannya moga Allah beri kekuatan utk kita TAKAFUL / TA'AWUN (membantu shbt kita td)


Wallahua'lam. Yang memberi pesan lebih patut diingatkan,

*taken from fb note umi london a.k.a rumaysa milhan..


how u see others,how u view things effect much to your heart..
sdangkan jika baik sekeping hati,maka baiklah seluruh tubuh badan
dan jika tidak..vice versa..

No comments: