Monday, October 15, 2012

Adaptasi.

Mendidik diri bukan semudah yang disangka. 

Menggilap dan membentuk diri, memang perlu pengorbanan yang sangat-sangat tinggi. 

Banyak benda yang kena belajar. Dari pelbagai sisi. Hingga ke peringkat yang seseni mungkin. 

Tak boleh pun, kena belajar. Tak mampu pun, kena belajar. Tak minat pun, kena belajar.

 Adaptasi! 

Sebab masa ini, adalah masanya diri bukan lagi fikirkan tentang diri sendiri, tapi fikir apa yang masa depan perlu. 

Umat perlu. Apa yang Allah mahu. Apa yang Allah suka.

-----------------------------------------------------------

Ya Allah,guide Us.
Help Us.

No comments: