Wednesday, September 29, 2010

alhmdulillah~

he he he
today is a very not sunny but nice-suzushi-day
hari ini
org rumah saya balik dari beraya di kampung :))))))
bahagia ku rasa bila ada orang lain di rumah~

sooo irony.(irony pun xde la fham sgt maksdnye)

we dont do the talk that much
we dont eat on the same time
we dont even talk a word to each other on some days
but somehow,bila xde rasa mcm xbest langsung rumah ni.

as they say..it needs two to tango..

kadang tu,nak masak pun malas.see see see..xke mcm dh org rumah?

bende best,kalau takda orag bersama kita untuk nikmati,it`s meaningless kan...
ape2 pun.hatta hidayah ALLAH yg hadir terdetik di dalam hati..pasti ingin dikongsi bersama seluruh alam rasa nikmat itu kan?ke x?pendapat saya je~

anyway..
i`m glad u r back here miss-masak-sedap.i guess this is the start for the last sem of 4th year.
could it be the last sem of university year,.....or not?

xtahu xtahu xtahu..

gudnite!sleep tight.bace doa tido:)

Thursday, September 23, 2010

kan dah kate mcm lalang:p

happy thursday!

oh.today is a happy day.alhamdulillah to you ALLAH.
little step,does make a big change:))
tgk mood dari ayat pun dah tahu saya sedang gembira hehehe

adakah kerana saya telah mendapat setupperware acar buah dari adik ku sayang yg jauh nun di kosen?
oh tidak kot...tp acar buah die mmg sedap.nenek dia yg buat.rezeki arini.xyah masak hehe.

ok.dh stat merepek.

let just say..that today..
i met my old time memories,semnagat,will and whatever the suitable words are..
yes dear sis.u make me `tersedar kembali` after a long silence setelah pulang ke tanahair.

for the future me.
if u happen to be down again,sila la jumpe the pearl of your  eye.your sisters yg telah ALLAH kurniakan nun jauh dr bumi malaysia ke bumi tandus wanita malaysia di bumi hokuriku ini.


ingt tak dulu?before they were here.and before i met the other of them?

saya sangat la nth ape2.just wait n see,dgn alasan tiada siapa yg memberi saya sesiapa untuk dijadikan anak didikan,mengajak kepada Islam yg indah,.dan bersama2 membina biah.

my weekend were for me.plainly for me.sangat tidak bermakna kan?
my weekdays night?
were for the physics,the biseki,the blablabla..yg sebenarnya tidak langsung mendapat perhatian lebih dr sejam.mereka terpaksa berkngsi kasih dgn the other sc fiction dramas yg langsung tidak memberi makna kepada dunia..heroes??yeah yeah..mcm la awak akan menjadi hero pun dgn tgk cerita tipu yang langsung tak logik dek akal. 
*kadang2 saya sampai rasa sebenarnya saya boleh terbang.(this is me.mcm mana dgn budak kecil yg lain??silap2 ade yg meninggl sebb ingt boleh lompat dr apartment ke apartment huhu)

dan hidup untuk diri sendiri,di bumi yg dijadikan ALLAh ini,is something yg sgt tidak bermakna.meaningless,tired,dan bosan....

---eh.td mcm nk cerita bende lain.ni dh melalut2 plak..ok2.back to the main point

sampai la saya jumpa awak,dan kawan awak,dan dia,dan yg lagi satu..
oh..kamu sgt berhati suci.so pure....innocent.

when i asked u to join me when there`s some agama nya program..
sume akan berkata,ok.semua akan berusaha beli tiket bus tanpa di susume oleh saya..
semua tidak kisah kalau terpaksa tidur 6jam dalam bus,dan kemudian sampai,terus kepada pengisian.
semua tidak kisah walaupun saya sebagai kakak besar konon2nya,tidak dapat sediakan makann sarapan untuk dibekalkan..

dan setelah itu pun..setelah kita disatukan dalam satu usrah..

semua masih juga tidak kisah walau kadang2 pengisian yg di kongsikan sangat ntah ape ape...
semua masih lagi memberi respons seperti inilah tajuk yang paling best..
masih bertanya dan terus bertanya...
*sedang kalau zaman saya dulu,saya dh lama doa dalam hati supaya kakak usrah saya habiskan cept dgn pengisian yg mengantuk ini...

dan semua...

apabila berjumpa..masih lagi memandang saya seolah2 saya lah kakak besar yg akn memimpin kamu.. sehingga kamu menjadi seperti kakak yg hebat itu..sedangkan hakikatnya..sayalah yang perlukan pimpinan kamu kerana mudahnya diri ini terjerumus kembali ke zaman silam yg kononnya sudah lama dibuangkan..

dan kamu semua...adalah kurniaan ALLAH kepada saya..

i always asked myself,why ALLAH send me not 1,not 2 but 5...5 of u yg sgt la baik,yg sgt bersih hatinya dan insya ALLAH mampu menjadi muslimah solehah..
there r no answer.
alhamdulillah ya ALLAH..thank you for giving me them untuk pimpin saya..
hehe tibe2 dh tau jwpn.
sorag,due org,xkan mampu untuk pimpin saya.tapi kalau 5, mereka mampu mengangkat saya jika saya dh mula malas.=)))

thanx dear,and sorry for being a lame bored sister.
maaf la,saya keras orgnya.dan susah betul nk perasan lembut dan berjiwa penyayang hehe
one day one day one day...insya ALLAH....

Wednesday, September 22, 2010

a little update here n there

rasenye tajuk di atas tu dh berkali2 digunakan.

back to the land of nowhere.this time alone.
dalam flite,dalam hotel sbb delay,ketika makan di hotel tersebut,dan ketika turun ariport dan ke rumah.
oh flitemate ku setiap tahun.i miss u already.ok.nasib badan la dh final year

xtahu la nk tulis ape.cume kasihan dgn blog yg tersadai ni.
i bet they wont be any post this 2,3months.
the reason is simple.
no reason.saya rasa je.heheh

so how was raya?(ape ni makcik?mcm update blog artis je ni....)

sungguh takda mood.dan sori.afwan ampun..
sile xyah kelik pade blog ini lagi utk this coming few months or forever is better la kot.

if u remeber me sometimes,just pray that i`ll be steadfast,in what i have made up my mind for..
sbb saya ni mmg mcm lalang kdg2..


hehe till then.meet u in reality!

Sunday, August 29, 2010

a u-shud-not-read-post

it's easier to forget when there's hatred.
deleting is never an easy job
so does forgetting.
but hatred,is never a good option doesnt it?huhu
that's what life is.
complicated.

that's why i love japan more, for this very moment.
where new life were built.and still in building
leaving all the memories here.
but when u come back.it's like,u are back to reality
and the reality hits u.really hard.right there on your heart.
ok.
it"s just another reason for me to stay back there.
atleast for another one or two


this post is just soo random.
and it doesnt rhythm
sorry for that.and that's why this blog remain as it is.

*place confirmed.next step..bismillahitawakkalna..pray for me..

Thursday, August 19, 2010

kekasih hati kami

jatuh cinta dgn sajak di bwh.bukn saya tulis.puncanye xtahu.tapi kiriman seorng yg disayangi.
andai rasulullah melihat diri ini hari ini...pasti aku tidak layak berada di kalangan umatnya T.T

esok.sekali lagi
tapi jiwa mcm keras.
ya ALLAh yg maha penagsih penyayang..
ampun kan kami dan tunjukkan kami jalan mu.
 -------------------------------------------------------------------------------------------------
Mungkin aku masih belum bisa memahami kesedihanmu
Tika kau mendaki ke Hira’
Dengan penuh susah payah
Dan kau menengadah ke langit
Dengan hati pilu dan resah
Kerana kering dan tandusnya hati manusia-manusia di sekelilingmu.
Barangkali aku jauh sekali dari merasainya
Kerna sibuknya aku dengan urusan-urusan dunia.
Mungkin juga aku masih belum mampu memahaminya
Sebagaimana sahabat karibmu menangis dalam ketakutan
Ketika Thur menjadi kepungan,
kerana aku belum benar-benar mendalami cintaku kepadamu
dan cintamu kepada aku.
Sekali sekala, aku suka begini.
Aku suka merasai kepayahan-kepayahan ini,
Kerana benar-benar ia mengingatkan aku kepadamu.
Takdir tidak mengizinkan pertemuan kita,
Takdir membawa aku ke zaman ini dan menjadilah aku sebahagian darinya.
Ya Rasululllah…
Andai kau bersama-sama kami hari ni,
Pastinya kau akan menangis lagi.
Allah saksi kita.
Bukanlah kami tidak berusaha,
Jauh sekali mahu berputus asa.
Tidak pernah kau didik kami menyerah kalah
Apatah lagi pada musuh kita yang nyata.
Kami hari ini sedikit sekali.
Seperti yang kau katakana, kami menjadi kerumunan orang-orang lapar.
Kami tidak mahu menjadi buih-buih wahn.
Lantas kami memilih jalan yang berbeza. Jalan yang asing sekali.
Dan kerana kami mula mencintai dunia yang benar di sana,
Kami hari ini menjadi asing di dunia yang palsu di sini.
Ya Rasulullah,
Ketahuilah bahawa kami telah lama menangisi keadaan umat ini
Dan tidaklah kami berdiam diri. Bahkan kami tetap tegar berdiri dan berlari.
Ada waktunya kami keletihan,  lalu jatuh dengan kelemahan,
Tidaklah kami terus duduk dan berehat.
Bahkan kami saling membantu dan bangun semula.
Kerana kami mahu obor di tangan ini terus menyala,
Dan harus terus menyala pada detik berikutnya.
Ya Rasulullah,
Usahlah kau khuatiri keadaan ini.
Ketahuilah tarbiyyahmu hari ini telah sampai ke hati kami.
Dari tangan-tangan suci yang membayar tambang perjalanan risalah ini
Dengan membelanjakan darah dan nyawa mereka,
Harta dan keluarga mereka,
Hidup dan mati mereka,
Sehinggalah hari ini kami menyambungnya pula.
Dan tidaklah ia akan berhenti , dengan izinNya.
Sekalipun mereka memancung dakwah ini berkali-kali,
Nescaya mereka tidak akan menemukan potongannya,
Kerana ia akan terus mengalir.
Ya Rasul,
Kami ingat pujukanmu, yang Allah rakamkan dalam al furqan
Agar kami terus ingat motivasi darimu,
La tahzan.
Ya pastinya, la tahzan. Kerana kami sedang beramal dengan amalan ahli syurga inshaAllah.
Maka terhapuslah segala kesedihan dan kepenatan.
Kerana sebuah kekuatan yang merentasi zaman.

Friday, August 13, 2010

copy paste

a reminder for me.
malaysia mmg mencabar.ni belum ada anak dan kerja huhuh
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam hal ini, elok jika kita semua bersama-sama membaca buku tulisan Prof Dr Taufiq al-Waiy bertajuk Kekuatan Sang Murabbi.

Ini merupakan buku mutaakkhir yang secara peribadinya ana rasa amat membantu dalam membentuk kita menjadi seorang murabbi.

Jika kita benar-benar berada di atas jalan dakwah ini, tentu siang dan malam kita akan berfikir tanpa lelah; bagaimana memasukkan iman dan islam di dalam hati manusia yang kita temui.

Jika kamu melihat gelagat masyarakat umum sekarang, mungkin kita akan merasai betapa sukarnya untuk kita mengubah hati dan perasaan mereka kepada Islam.

Melihat si wanita yang berseluar sendat dan berbaju ketat. Apatah lagi tudung yang dipakai sekadar menutup kepala, bukannya keseluruhan aurat, maka kita terfikir, mampukah kita mengubah mereka? Mampukah kita menjadikan diri mereka jijik dengan jahiliyah  dan menjadikan mereka cinta kepada Islam?

Menjadikan mereka rasa bahawa Islam itulah kehidupan mereka dan cahaya diri mereka.

Wahai orang-orang yang beriman, sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu. Ketahuilah bahawa Allah itu berada di antara seseorang itu dengan hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. ( Anfal :24)

Menjadikan mereka sangat merasai, bila diseru kepada Allah, terus disambut seruan tersebut kerana itulah seruan yang menjadi nafas kepada kehidupan mereka.


Bagaimana kita nak buat tu?

Payah bukan?

Selepas pulang dari hospital terus sahaja aku menuju ke bilik Sarah, adikku. Hajat di hati untuk menghidupkan iman setelah seharian bekerja memenuhi tanggungjawapku di hospital.

Sarah, camne eh nak ubah adik-adik kita tu. Semalam tengok gambar2 dalam FB mereka cam dahsyat jugalah...’

Sarah tunduk kaku sambil menatap bukunya.

‘ Dulu k aisyah nampak sarah camne?’

Terus aku terdiam dan berfikir. Tentu Sarah dahulu bukanlah seperti Sarah yang ada di depanku sekarang.

Malam itu juga aku membuzz seorang ukhti yang amat kagumi keperibadiannya.

‘ Camne eh? Saya risau saya tak dapat nak sentuh hati adik2 tu. Tengok gambar FB cam kene istighfar jugalah..’

Mungkin mata aku sendiri jarang melihat kawan2 sekerja aku memakai seluar dan baju ketat. Paling kurang mereka memakai skirt paras atas sedikit dari lutut dan berstokin panjang menutup gebu di peha. Walau seksi, tapi tak terlalu seksa memandang.

Ini seorang melayu islam, bertudung, tapi pakaian seluarnya seolah-olah melilit keseluruhan kakinya. Belum lagi pakaian atasnya... Memang akan tergoda amat iman seorang lelaki kalau begini..

Adakah aku terlalu kaku dalam duniaku sendiri?

( Wake up aisyah! Tulah , duduk dengan orang2 baik sahaja..)

‘ Aisyah, kalaulah tengok balik gambar saya waktu saya first year dulu, macam nak tergelak juga kot...’ukhti itu membalas ringkas di dada YM.

Benar, jalan ini menukilkan banyak kisah-kisah luar biasa perubahan manusia.

Banyak menyaksikan pakaian-pakaian pendek dan ketat dibuang, dan berganti dengan jubah dan tudung labuh.

Begitu juga kenangan-kenangan indah bersama teman istimewa dibuang sejauhnya setelah mengimani jalan ini .


Bukankah pakaian, boyfren serta hiburan-hiburan yang menjadi mainan mereka itu berlaku kerana hati mereka yang belum lagi tersibghah dengan Islam?

Bukankah kerana hati mereka belum mengenal Islam dan merasai manisnya iman itu?

Dari satu sudut lain kita melihat, ada segolongan manusia yang hebat mempromosi program-program Islam, malah menjadi tunjang kepada program Islam tersebut.

Namun dari sudut pakaian, dan pergaulan mereka adalah sesuatu yang mendukacitakan.

Bagaimana dalam satu keadaan kita mengajak kepada kebaikan, namun pada satu sudut lain, kita memadam kebaikan itu dengan jahiliyah kita?

Kita mahu manusia berubah sedangkan kita tak berubah.

Bagaimana kita nak mengetuk paku jika tukulnya tumpul?

Mengapa ini semua boleh berlaku?

Dalam masa yang sama kita melihat mereka yang saban minggu tidak pernah meninggalkan usrah, malah menjadi tunjang utama dalam gerakan dakwahnya, namun pada sisa waktu yang ada, masih memberi ruang untuk nafsunya melayan game mahupun movie koreanya.

Bagaimana mungkin seseorang itu mempunyai dua hati sedangkan dalam wahyu disebutkan kita hanya ada dua pilihan sahaja, nafsu dan wahyu.

’Pilihlah, sama ada mahu menerima syariat Allah ataupun mengikut keinginan orang-orang yang jahil. Tiada andaian yang ketiga dan tidak ada jalan tengah di antara syariat yang lurus dan nafsu yang berubah-ubah. Sesiapa sahaja yang meninggalkan syariat Allah sebenarnya bertindak berhukumkan nafsunya. Tiap-tiap sesuatu yang lain dari syariat Allah adalah nafsu yang terperosok ke dalamnya orang yang jahil.” ( Syed Qutb)

Apabila kita menggabungkan diri kita dalam Islam, seharusnya kita menggabungkan keseluruhan inti perasaan, harta dan diri kita untuk Islam.

Syed Qutb menyambung lagi dalam zilalnya:

Syariat hanyalah satu iaitu syariat Allah. Selain dari itu hanyalah nafsu yang bersumberkan kejahilan. Pendokong dakwah wajib mengikuti syariat­-syariat Allah sahaja dan meninggalkan segala keinginan-keinginan nafsu. Mereka tidak boleh menyeleweng dari syariat dan tidak boleh cenderung kepada nafsu walau sedikitpun.

Jika masih ada ruang, walau sedikit pun untuk memenuhi kehendak nafsu kita, ( dan kita pun tertipu dengan kilauan pelbagai nama, atas nama dakwah, atas nama islam), maka hati kita belum sebulatnya lagi untuk Islam.

Terkadang kita terlalu bermudah-mudah dengan perasaan kita..

‘ takpelah adik-adik suka tengok movie.. nilah time nak DF’

‘ kalau dengan budak2 laki ni kene main game, kalau tak main game, takleh nak masuk arh..’

‘ kene juga kot tahu lagu2 zaman sekarang, karang tak tahu nak borak apa bile adik2 tu borak.’

Lambat laun kita sendiri tertipu dengan perangkap syaitan dan jatuh terjerumus ke lembah jahiliyah.

Terkadang kita menjadikan islam itu sebagai tampalan untuk membenarkan kehendak kita sendiri.

Sedangkan Allah memberi amaran keras buat kita dalam hal ini.


أَفَرَأَيْتَ مَنْ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ
“Adakah engkau lihat orang yang mengambil nafsunya menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya kerana mengetahui (kejahatan hatinya)/selepas didatangi ilmu kepadanya.”
(Al-Jatsiyah 45: 23)


Sudahkah kau melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Ilahnya? Maka dapatkah engkau menjadi pelindungnya? ‘ Furqan : 43


Yang berubah bukan fizikal kita, yang berubah adalah perasaan dan hati kita.

Apabila kita masih nak dan sayang sangat pada jahiliyah, susah sangat nak tinggalkan game, movie dan hobi sia-sia kita, maka sebenarnya perasaan dan hati kita masih sayangkan pada jahiliyah.

Seperti mana kata Rasulullah pada seorang sahabat yang mulia, ‘ Dari diri kamu masih ada jahiliyah,’ ketika hanya dia memperkatakan pada sahabat yang mulia ‘ wahai budak hitam!’


Itu jahiliyah pada kata-kata sahaja. Alangkah sedihnya Rasulullah melihat kita yang perasan membuat kerja-kerja dakwah, namun sebenarnya kita masih berselingkuh dengan jahiliyah yang amat berat.

Dalam hal ini Syed Qutb meneruskan:

Tiada manhaj/sistem alternatif bagi orang yang beriman untuk dipilih. Tiada jalan baginya untuk dicampur adukkan antara satu sama lain. Tidak sekali-kali. Sesiapa yang tidak masuk Islam secara keseluruhannya, tidak menyerahkan dirinya secara ikhlas kepada kepimpinan Allah dan syariatnya dan tidak membebaskan diri dari sebarang tasawwur, konsep, manhaj dan syariat yang lain, MAKA sesungguhnya dia telah mengikut jejak langkah dan melalui jalan syaitan.

Takkan boleh bercampur nasi dan najis. ( seperti teguran seorang sahabat saya di waktu form 1 ketika saya sangat suka baca buku2 islam, tapi masih suka layan lagu boyband seperti take that dan backstreet boys)

Bila kita memasukkan Islam dalam jiwa kita , when we embrace Islam, maka kita perlu masuk keseluruhan di dalamnya.

Saya tak maksudkan secara ucapan dan kehadiran dalam usrah.

Tapi jiwa, raga, fikiran dan keseluruhan hidup kita mesti untuk Islam.

Dan bila dikatakan Islam, itulah dakwah, tanpa ada pencanggahan mahupun perbezaan antara keduanya.
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ
 “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam seluruhnya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan.” (Al-Baqarah 2: 208)


Pernah terfikirkan mengapa ucapan kita tidak dapat mengubah hati dan perasaan anak binaan kita? Malah mengapa mereka tidak meningkat atau berperangai sama seperti kita? Malah melarikan diri dari kita?

Kerana kita masih lagi sukar untuk mencabut jahiliyah dari diri kita.

Bagaimana mungkin kita dapat mengubah manusia jika kita sendiri belum bertajarrud dan merasai manisnya iman itu sendiri.

Malam itu aku melihat Sarah serta ikhwah akhawat lain yang menjadi manusia luar biasa setelah berubah dari jahiliyah kepada Islam.

Mereka benar-benar berubah dan terkadang teramat kagum melihat mereka yang jauh lebih baik dari kita yang sudah lama ditarbiyah ini.


Tentu yang mengubah mereka bukanlah otak.Otak tidak menggerakkan dan mengubah manusia. Tetapi akal yang terletak pada hatilah yang akan mengubah dan mentransformasi manusia itu.

.... mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat befikir atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. al-hajj: 46

Perasaan dan hatilah yang mengubah manusia.

Jika kamu mahu mengubah manusia, malah mahu manusia mengikut suruhan dan tunjuk ajarmu, maka ubahlah hati dan perasaan mereka.

Begitulah ajaibnya islam dan Quran mengubah manusia.

Buku mathematik dan PHD takkan mampu membuatkan kita menangis. Namun ayat-ayat dalam novel dan serta filem di kaca TV sering menyebabkan air mata kita tumpah tanpa kita sedar.

Begitu juga Quran dan Islam. Jika kita memberikan teori dan memuntahkan ilmu tanpa meninggalkan bekas di hati, adakah mampu kita berubah, atau mengubah manusia?

Adakah mampu membuatkan dia menangis? Menjadikan dia insaf? Menjadikan dia mencabut jahiliyahnya?

‘ Camne nak ubah orang eh, k aisyah?’

Memang comel adikku itu, terkadang soalan itu yang aku tanya, itu juga ditanya kembali.

Perlu mengubah hatinya dahulu.

Perasaannya.

Merasai manisnya iman itu.

Sehinggalah luaran dan fizikalnya akan mengikut rentak hatinya.

Ada d antara manusia yang mengambil selain dari Allah sebagai sekutu Allah, mereka mencintainya, sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta kepada Allah .... (baqarah: 165)

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Ali-imran : 31.


Kerana itu terkadang kamu melihat orang yang memang sudah sedia baik, namun hatinya belum lagi tersibghah dengan islam. Perasaannya belum lagi all out utk dakwah. Maka kamu akan lihat, walaupun dia mengerjakan semua amalan fardhunya, namun dia masih sibuk dengan perkara-perkara remeh yang dapat mengisi kekosongan jiwanya.

Sedangkan masanya itu pasti dicemburui oleh hassan albana, kerana sesungguhnya masa terluang itulah patut digunakan untuk dua perkara sahaja:

i)                    belajar tentang islam/quran
ii)                  mengajarkan tentang islam/quran

Dalam erti kata lain, hidupnya perlu untuk samada ditarbiyah, atau mentarbiyah manusia lainnya.

Maka perasaan, jiwa, hati dan hartanya hidup semata-mata untuk tarbiyah dan dakwah.

Itulah dia manusia Tuhan, manusia Rabbaniyuun. .

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah. Tetapi: Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin  kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya.  Aliimran: 79


Esok episod seterusnya bersama adik2 farmasi kami.

Bagaimana keadaan mereka dalam kekusutan exam mereka ( summer school ada class test every week)?

Mahukah mereka menerima kami dalam hati mereka....

Dari keterbukaan itu, adakah mereka mampu mendengar apa yang kami mahu perkatakan?

Mampukah itu mengubah hati mereka, dan menjadi mereka berfikir dan mahu mendengar lagi kalimah-kalimah Allah?

Mampukah mereka merasai nikmatnya hidayah dan iman serta cahay itu, dan menjadikan mereka benci pada kegelapan?

Dan adakah orang yang mati , kemudian Kami hidupkan dia semula dan Kami jadikan baginya cahaya sehingga dapatlah dia berjalan dengan suluhan cahaya itu, sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? al-anaam: 122



Menuju redha Ilahi
AisyahZ
Glasgow

Wednesday, August 11, 2010

ramdhan 2010 vs nastu yasumi2010

moga tabah hati  tak berbelah bahagi

ahlan wasahlan ya ramdhan

rindu itu hakiki atau plastik?
cinta itu mengikut arus atau benar?
jihad itu keranaNya atau kerana "nya"?
dan taqwa itu diraih ketika puasa sahaja atau selamanya?

quote dr status seorng ukht

tidak melakukan maksiat di bulan puasa kerana menghormati bulan puasa itu sendiri
jadi,maksiat di selain bulan puasa?
apakah puasa itu lebih perlu dihormati atau ALLAH yg sentiasa ade tak kire bulan itu?


ramdahn kali ini pasti pasti pasti berbeza