Sunday, January 31, 2010

apa kita tuhankah?

Nabi s.a.w. bersabda mafhumnya, "Barang siapa membuka aib saudaranya, Allah akan membuka aibnya di akhirat".

Firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan dari pra-sangka, sesungguhnya pra-sangka itu adalah dosa...(Surah Al-Hujurat, ayat 12).

Oleh itu mengaibkan orang lain adalah haram dan berdosa.


haram..seperti haramnya babi?
bila termakan babi,rasa mcm dh berdosa gile rase geli gile.padahal termakan je
ALLAH bukannye zalim akan hukum kita kalau xsengaja 
tapi kalau mmg sengaja borak buruk org,
xpenah sekelumit aku rase berdosa gile mcm rase mcm babi tu.....
oh iman..
dalam ayat ni xde cakap pun borak buruk org even buruk tu benar dan berdosa dibenarkan dlm Islam
takut nnt,
di hujung hidup,org yg kite borakkan sempt bertaubat,dan syurga di kurnia untuk dia,
kita plak yang akan masuk neraka sbb pernah bercerita tentang buruk dia dan xpenah nk mintak maaf depan2..



hidup..
tiada siapa tahu mane hujungnya
ape hujung nya
bagaimana hujungnya
yang kita tahu kita hidup sebagai makhluk
maka kenapa nk berlagak seperti tuhan yang menghukum?





Friday, January 29, 2010

mereka tetap manusia

 dr inbox emel ku
 
Assalamualaikum wbt
 
Sebuah puitis hidup syeikh dakwah yg telah mendahului kita...
____________ _________ _________ _________ _________ ___
 
(alm. Ust Rahmat Abdullah)

Memang seperti itulah dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan
meminta semuanya dari dirimu. Sampai pikiranmu. Sampai perhatianmu.
Berjalan, duduk, dan tidurmu..

Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang
umat yg kau cintai..

Lagi-lagi memang seperti itu. Dakwah. Menyedot saripati energimu.
Sampai tulang belulangmu. Sampai daging terakhir yg menempel di
tubuh rentamu. Tubuh yg luluh lantak diseret-seret. . Tubuh yang
hancur lebur dipaksa berlari..

Seperti itu pula kejadiannya pada rambut Rasulullah. Beliau memang
akan tua juga. Tapi kepalanya beruban karena beban berat dari ayat
yg diturunkan Allah.

Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz. Dia memimpin hanya
sebentar. Tapi kaum muslimin sudah dibuat bingung. Tidak ada lagi
orang miskin yg bisa diberi sedekah. Tubuh mulia itu terkoyak-koyak.
Sulit membayangkan sekeras apa sang Khalifah bekerja. Tubuh yang
segar bugar itu sampai rontok. Hanya dalam 2 tahun ia sakit parah
kemudian meninggal. Toh memang itu yang diharapkannya; mati sebagai
jiwa yang tenang.

Dan di etalase akhirat kelak, mungkin tubuh Umar bin Khathab juga
terlihat tercabik-cabik. Kepalanya sampai botak. Umar yang perkasa
pun akhirnya membawa tongkat ke mana-mana. Kurang heroik? Akhirnya
diperjelas dengan salah satu luka paling legendaris sepanjang
sejarah; luka ditikamnya seorang Khalifah yang sholih, yang sedang
bermesra-mesraan dengan Tuhannya saat sholat.

Dakwah bukannya tidak melelahkan. Bukannya tidak membosankan. Dakwah
bukannya tidak menyakitkan. Bahkan juga para pejuang risalah
bukannya sepi dari godaan kefuturan.

Tidak... Justru kelelahan. Justru rasa sakit itu selalu bersama
mereka sepanjang hidupnya. Setiap hari. Satu kisah heroik, akan
segera mereka sambung lagi dengan amalan yang jauh lebih "tragis".

Justru karena rasa sakit itu selalu mereka rasakan, selalu
menemani... justru karena rasa sakit itu selalu mengintai ke mana
pun mereka pergi... akhirnya menjadi adaptasi. Kalau iman dan godaan
rasa lelah selalu bertempur, pada akhirnya salah satunya harus
mengalah. Dan rasa lelah itu sendiri yang akhirnya lelah untuk
mencekik iman. Lalu terus berkobar dalam dada.

Begitu pula rasa sakit. Hingga luka tak kau rasa lagi sebagai luka.
Hingga "hasrat untuk mengeluh" tidak lagi terlalu menggoda
dibandingkan jihad yang begitu cantik.

Begitupun Umar. Saat Rasulullah wafat, ia histeris. Saat Abu Bakar
wafat, ia tidak lagi mengamuk. Bukannya tidak cinta pada abu Bakar.
Tapi saking seringnya "ditinggalkan" , hal itu sudah menjadi
kewajaran. Dan menjadi semacam tonik bagi iman..

Karena itu kamu tahu. Pejuang yg heboh ria memamer-mamerkan amalnya
adalah anak kemarin sore. Yg takjub pada rasa sakit dan
pengorbanannya juga begitu. Karena mereka jarang disakiti di jalan
Allah. Karena tidak setiap saat mereka memproduksi karya-karya
besar. Maka sekalinya hal itu mereka kerjakan, sekalinya hal itu
mereka rasakan, mereka merasa menjadi orang besar. Dan mereka justru
jadi lelucon dan target doa para mujahid sejati, "ya Allah, berilah
dia petunjuk... sungguh Engkau Maha Pengasih lagi maha Penyayang... "

Maka satu lagi seorang pejuang tubuhnya luluh lantak. Jasadnya
dikoyak beban dakwah. Tapi iman di hatinya memancarkan cinta...
Mengajak kita untuk terus berlari...

"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu."
 
-jazakillah hu khair kepada yg type -

Wednesday, January 27, 2010

ichinichideshita

org yg keras hatinye ade tiga
1-org yg banyak makan
2-org yg banyak tidur/rehat
3-suka bermewah mewah

haihs~~~~~

mcm mane nk x banyak makan?
kenapalah ayam masak sambal sgt sedap?puji diri sniri nampak.
habis aku makan 2pinggn..sebbek tringt nk bawak bg org esok lauk tu.kalau tidak,mau habis nasi tu

kenapalah suke tido sgt?
terpakse tido di atas lantai sbb katil tu bes sgt.lagi2 in ths kind of season.peak season.sejuk.mmg la~~

xda duit la konon....kenapa suke sgt beli ari coklat tiap2 hari?
kate xde duit.sila la bawak air masak dr rumah...

oh nafsu yg bermaharajalela..

kadang kadang,kita terlalu memikirkan benda besar.hingga kita terlepas pandang benda kecil

aku xbape suke nk mention nama kawan2 yg aku cintai.
kerana kadang2 aku terasa mcm aku cinta org tu,tapi nape org tu xtulis pun name aku?
jadi aku xnak ade org terase aku xcinta die hanye sbb xtulis nama die.sangat la sedeh apabila itu berlaku
so what u give u get back la--mcm xde kaitan pun

I`m doing mechi..but for next week,I`ll be a medic student instead..
2tajuk bio
measurement of human body.
biotech--nama nak gempak.blaja xgempak pun.stakat blaja sel dan tulang dan maknenek dlm badan kita
tajuk bio ni xnk la pulak bg bawak masuk kertas.oh~~
there goes my weekend.

yela tu.

nk tukar iphone la.sbb xyah bayar.boleh amek ngn 0yen.tp xde digital kompas.kalau yg ade digital kompas kene byr byk.
eish.
bermewah ka itu?
kompas solat aku tu masih berfungsi ke?mcm dh ngeng je


--rindu malaysia.rindu rumah.

hari ni mcm2 berlaku

ade org bru dtg.org bukit b****ng.oh.boleh balik same pas ni.
so lauk ayam masak sambal tu untuk org baru yg xmkn dlm flite sejak kol12 mlm semlm.sian..
xde selera kot
jumpe org parsi di jusco
oh..berguna juga la word bahase arab yg ade dlm surah annas itu hohoh

cantik baju akk tu.smart habis.

-dilanda futuristik sbb byk belajar?yela tu sbb byk blaja.sbb mls la jd gitu-

---gapai tangan ku jgn biar jatuh

Tuesday, January 26, 2010

selamat hari jadi

http://ur-doc.blogspot.com/2008/08/ape-erti-hari-lahir-kepadaku-dan-kalian.html

ini link untuk dibace semasa bitrhday tahun ini.
sile bukak wahai puan puan

Wednesday, January 20, 2010

non

ya..
aku sangkakan hidup itu mudah..
aku sangkakan,jika ku pilih jalan yg ini,hidup aku pasti mudah
pasti tenang
pasti aman

pasti segala dugaan mampu aku lalui
pasti semakin cinta

tapi aku lupa..
lupa pada musuh yg itu
yang tak nampak dek mata
yang tak sedar dek akal

tika aku mula mengorak langkah yang besar..
tiba tiba aku jatuh..
kenangan lama mengusik hati

berat.sesak.tak mampu.
tapi apakah aku menyangka yang syurga itu mudah?

"Adakah kamu mengira bahawa kamu akan memasuki syurga sedangkan kamu belum menerima dugaan seperti orang-orang mu'min yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa mala petaka dan kesusahan dan mereka telah digoncangkan ketakutan sehingga RasuluLlah dan orang-orang mu'min bersamanya berkata; Bilakah tibanya pertolongan daripada Allah? Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." [2:214]

berlalu lah pergi wahai dugaan..
kembalilah wahai semangat
kembalilah wahai cinta
ini hanya dugaan rasa
syurga menanti mu disana

----final starting next week.2papers.another week,6paper in a row for 3days.doakan aku

Monday, January 18, 2010

what we did for them?

credit to berita harian

what we did for them?
watching movies while they are busy throwing stones to the israelis?
spending money for what they can`t afford to buy?
we are muslims!most of them are muslims.but we are the one that care less about them!

Warga Gaza tidak pernah tunduk atau takut kepada rejim Zionis

"SELAMAT datang ke Gaza, selamat datang ke alam kegembiraan".

Agak memeranjatkan kerana itulah yang diucapkan seorang lelaki Gaza kepada sekumpulan 12 rakyat Malaysia yang menyertai konvoi Viva Palestina ke wilayah itu, baru-baru ini.

Memeranjatkan kerana mereka tahu warga Gaza tertekan akibat kepungan tentera Israel sejak 27 Disember 2008 dan terperangkap dalam keganasan dan penindasan rejim Zionis sejak puluhan tahun sebelum itu.

Lalu, apa yang dimaksudkan lelaki berkenaan dengan kata-kata itu. Adakah dia sememangnya amat tertekan dengan keadaan di Gaza sehingga tidak tahu lagi membezakan penderitaan dan kegembiraan.

Walaupun dalam keadaan fizikal dan minda yang keletihan, kata-kata lelaki itu terngiang-ngiang dalam fikiran ketua konvoi Malaysia, Matthias Chang yang kemudian memerah otak cuba mentafsir apa yang dimaksudkan.

UMAT Islam bersolat dalam masjid yang runtuh.

Beliau mewakili badan bukan kerajaan (NGO), Perdana Global Peace Organization (PGPO) bersama Abd Rafee Abd Khatab selaku timbalannya, selain Shamsul Akmar, Juana Jaafar Manap dan Ram Karthigesu.

Turut serta empat kru Bernama serta dua lagi aktivis NGO Malaysia yang berada di Syria, selain pelajar Malaysia di London, Ibrahim Mohd Azmi yang pada mulanya menyertai konvoi dari ibu kota England pada 6 Disember 2009.

Bersama-sama mereka, ratusan aktivis lain dari seluruh dunia yang bergerak dalam 220 kenderaan dengan misi penghantaran bantuan kemanusiaan bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.5 bilion) kepada rakyat Gaza.

Menerusi konvoi itu, PGPO menyumbang hampir RM500,000 dalam bentuk bantuan keperluan dan dua ambulans.

“Kami tiba di Gaza kira-kira jam 4 pagi, ada seorang lelaki menyambut kami dengan kata-kata sedemikian. Jika diikutkan badan yang amat letih kerana memandu terlalu lama, kata-kata itu mungkin masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

“Namun selepas berfikir, kata-kata itu menggambarkan azam warga Gaza dalam meneruskan hidup. Ya... Israel boleh menyerang dan menindas mereka, tetapi biarlah... mereka terus hidup seperti biasa, seperti orang lain juga,” katanya.

Sukarelawan Malaysia bertemu beberapa ahli Parlimen Palestin dan seperti dijangka, banyak kisah sedih yang diceritakan, termasuk kehilangan lebih 15 ahli Parlimen yang diculik Israel dan ada yang dibunuh.

Sebenarnya, kisah sedih seperti itu hanya diceritakan jika ada yang bertanya kerana keutamaan warga Gaza kini ialah mendapatkan keperluan asas, terutama kelengkapan dan bantuan pendidikan.

“Saya dibawa masuk ke sebuah bilik di bangunan Parlimen yang sebahagian besarnya musnah akibat ledakan bom Israel. Bagi mereka ia sebenarnya pejabat, biliknya kecil saja dan di satu sudut, ada rak menempatkan bahan bacaan.

“Dengan penuh bangga, mereka memberitahu ‘itulah perpustakaan kami.’ Mungkin orang akan anggap, apa nak dibanggakan dengan perpustakaan sekecil itu, tetapi mereka yang faham tahu kenapa mereka begitu berbangga dengannya,” kata Chang.

Ia sebenarnya simbolik kepada masyarakat dunia dan kepada Israel bahawa “kamu tidak boleh memusnahkan Parlimen kami, apa saja yang tinggal akan kami gunakan untuk meneruskan hidup”.

Dengan penuh bangga juga, ahli Parlimen berkenaan meminta Chang merakamkan gambar pejabat dan perpustakaan Parlimen yang hanya mengandungi tiga set kerusi meja dan rak menempatkan buku itu.

“Saya kagum dengan semangat pemimpin dan warga Gaza, tetapi kisah seperti itu tidak begitu ditonjolkan media. Laporan media sebelum ini hanya memaparkan penderitaan, kesedihan dan rayuan mereka meminta bantuan.

“Tidak banyak yang memuatkan kisah semangat, maruah dan keyakinan diri yang tinggi di kalangan warga Gaza. Mereka tidak berasa malu, kalah atau dijajah...mereka hidup seperti biasa...itu paling mengagumkan,” katanya.

Atas sebab itu, Chang tidak begitu berminat menceritakan insiden yang berlaku sepanjang perjalanan konvoi dari London ke Gaza kerana itu bukan topik utama misi berkenaan, sebaliknya lebih penting apa yang berlaku di Gaza City.

Kisah sedih penderitaan warga Gaza, kemusnahan harta benda, pembunuhan kanak-kanak, wanita dan orang tua juga, katanya, sudah acap kali dilaporkan media, seolah-olah itu saja yang ada di sana.

Gaza, katanya, adalah kisah keberanian, semangat, iltizam dan perpaduan rakyat. Ia bukan layar kepada kisah dendam kesumat, kekecewaan dan benci walaupun siang dan malamnya diisi deruman enjin pesawat pejuang Israel, pengeboman dan pembunuhan.

Semua ciri itu menyumbang kepada kekuatan warga Gaza, biarpun musuh dianggap begitu kuat dan mendapat sokongan negara kuasa besar, wilayah itu sehingga kini gagal ditawan.

Biarpun dikhianati dari dalam, dipencilkan negara jiran yang sebangsa dan seagama atau dilabel pengganas, Gaza tetap mempertahankan daulat dan warganya meneruskan hidup penuh bermaruah.

“Apabila saya melihat mata mereka, tidak tergambar wajah dendam atau kebencian, sebaliknya pancaran yang mahukan keamanan, cuma bingung kenapa manusia boleh melakukan kekejaman kepada manusia lain, kenapa berlaku ketidakadilan itu.

“Ada yang ditahan, diculik dan dikurung dalam penjara. Ada yang dibunuh, tetapi keluarga mereka tidak bercakap dalam nada berdendam, cuma minta supaya kisah itu didedahkan, jangan disenyapkan. Dendam dan benci tiada dalam kamus hidup mereka,” katanya.

Kata Chang, keutamaan warga Gaza kini bukan kewangan walaupun mereka bersedia menerima jika ada yang sudi menyalurkan, tetapi lebih kepada pendidikan, terutama bantuan biasiswa untuk generasi muda meneruskan pengajian.

“Sebab mereka tahu jika generasi muda tidak berpelajaran, sukar untuk membangunkan masyarakat. Perlu ada profesor, doktor, pakar psikologi dan pakar lain untuk anak-anak mereka belajar dan mengatasi trauma perang,” katanya.

Beliau yakin jika mendapat peluang sebegitu, Palestin mampu membangun menjadi negara termaju di benua Arab andai berjaya bebas daripada penindasan Israel kelak.

Simbolik kekuatan iltizam warga semenanjung itu juga tergambar apabila peserta konvoi dibawa bersarapan di sebuah restoran menghadap Pelabuhan Gaza atau dengan saiznya yang seperti itu, lebih layak dipanggil jeti.

“Mereka menunjukkan kepada kami pelabuhan itu dan berkata: “Tidakkah itu pemandangan yang cantik.” Mesejnya, lihatlah pelabuhan kami yang begitu cantik dan tenang. Hidup mereka riang dan tenang walaupun ditekan penindasan.

“Bandar Gaza juga bersih, sedangkan ia adalah zon perang. Mesejnya mereka tidak akan hidup seperti haiwan walaupun kamu (Israel) menindas. Kami hidup seperti manusia lain dan kebersihan sebahagian daripada hidup kami,” katanya.

Warga Gaza contoh terbaik sebagai inspirasi hidup, mereka tidak mengeluh atau merungut mengenai kehidupan. Bagi mereka, Palestin akan menang, rakyatnya akan terus hidup dan tidak pernah takut atau tunduk kepada Israel.

“Lihatlah dengan segala kelebihannya, Israel masih gagal menewaskan Gaza. Deruman enjin pesawat tentera atau ledakan bom sudah perkara biasa. Cuba kita bayangkan jika Palestin merdeka,” kata Chang.

Kekurangan yang dihadapi tidak dijadikan alasan. Pernah makmal sebuah universiti menempatkan peralatan bernilai RM15 juta musnah dibom Zionis, tetapi hanya 10 hari selepas itu pembelajaran sudah disambung semula.

Bangunan Kementerian Kewangan dan beberapa kementerian yang menjadi tonggak pentadbiran kerajaan dan menyimpan dokumen penting juga hancur, tetapi selepas itu semua dokumen penting disimpan secara berselerak di sekitar Gaza.

“Cuba kita lihat Jerman dan Jepun, kononnya negara maju tetapi mereka sebenarnya masih tunduk kepada kuasa besar. Di negara mereka, masih ada pangkalan tentera negara kuasa besar... apa gunanya merdeka,” katanya.

Berbeza dengan Gaza, wilayah itu dikepung tetapi masih gagal dijajah kerana semangat melawan warganya yang begitu kuat sehingga Israel yang dilengkapi senjata moden terpaksa berundur dek semangat melawan yang kental oleh pejuang Gaza.

“Israel boleh melancarkan 100 peluru berpandu ke Gaza, tetapi ia akan dibalas walaupun hanya satu peluru berpandu dari Gaza. Jika Israel ada peluru berpandu, Gaza juga ada senjata itu untuk mempertahankan kedaulatannya,” tambah Chang.

Katanya, laporan media hanya menumpukan kepada penderitaan rakyat Palestin dan Gaza, sedangkan memang itu yang akan berlaku kerana mempertahankan diri daripada penindasan oleh negara penuh lengkap dengan aspek ketenteraan dan persenjataan.

“Laporan seperti itu menggambarkan Israel begitu berkuasa. Memang warga Gaza menderita, tetapi secara psikologinya mereka menang. Walaupun ramai rakyatnya terbunuh, tetapi negara mereka masih gagal dijajah Zionis.

“Moral warganya tetap utuh... walaupun ada penganut Islam dan Kristian, mereka hidup penuh bersatu pada tahap tertinggi. Perpaduan masyarakat Gaza contoh terbaik kepada dunia,” katanya.

Katanya, pengajaran paling penting daripada misi kali ini ialah warga Gaza tidak akan menggadaikan nilai asas kemanusiaan - hidup penuh bermaruah dan bangun semula jika terjatuh.

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau berpesan mewakili sukarelawan Viva Palestina dari Malaysia: “Jangan anggap kami hero, memang perjalanan memenuhi misi ini sukar, tetapi ia berbaloi kerana banyak pengajaran kami peroleh di Gaza”.

FAKTA
Kronologi keganasan Israel ke atas Gaza



  • Israel melancarkan 'Operation Cast Lead' ke atas Gaza pada 27 Disember 2008 dengan alasan mahu menghentikan serangan roket harian Hamas ke penempatan Yahudi di Israel.


  • Kempen keganasan berlarutan 22 hari, mengorbankan 1,400 rakyat Palestin, mencederakan 5,500 orang dan beratus-ratus lagi parah, manakala hanya 13 tentera Israel maut.


  • Selepas setahun kepungan Israel, lebih 90 peratus penduduk Gaza memerlukan bantuan makanan, 32,000 penduduk tanpa bekalan air paip dan ribuan lagi tidak berumah, selain menghadapi peningkatan masalah psikososial.


  • Rundingan di antara Israel dan Palestin berhubung perjanjian damai sehingga kini masih tergantung.


  • Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dipandang tinggi rakyat Palestin kerana sumbangannya dalam usaha membebaskan negara itu daripada penindasan selama 60 tahun oleh Israel.

  • Thursday, January 14, 2010

    hari ini dan semlm

    hari ini,
    semangatku tinggi mnjulang,
    tinggi membelah awan,
    tinggi menjengah ke bulan,
    tinggi mampu menggapai bintang...

    sungguh,
    betapa ku harap kan kekal,
    trpelihara meniti jalan prjuangan,
    tetaplah kau hai semangat~!
    jgn jatuh walau sejengkal,
    jgn lemah dek lidah yg mghunus tajam,
    jgn tewas pade dugaan yg pasti kan dtg...

    namun,
    sudah hakikat manusia,
    gagah mane kau berusahe,
    pasti tibe saat ketika,
    pade bumi yg keras kau terhempas,
    jauh tersasar,
    lemas ke dasar lautan...

    namun pasti,
    belum sempat takut brsarang,
    ke prmukaan kau kembali,
    merasa hangat,eratnya genggaman,
    dipimpin seiringan,
    kembali membelah awan,
    kembali menjengah ke bulan,
    kembali menggapai bintang....

    karya org lain,yg di cilok