ya Allah,this is truely a reminder
Manusia menyampaikan hajatnya kepada kamu adalah ni’mat daripada Allah untuk kamu.
Faidh bin Ishaq berkata: Suatu hari aku berada di sisi al-Fudhayl bin ‘Iyadh. Tiba-tiba seorang lelaki muncul, meminta sesuatu yang dihajatinya dan merengek-rengek supaya ditunaikan hajatnya itu. Lalu aku berkata kepada lelaki itu: jangan engkau sakiti/susahkan Shaikh! Maka al-Fudhayl menegurku: (Diam engkau wahai Faidh. Tidakkah engkau tahu bahawa manusia menyampaikan hajatnya kepada kamu adalah ni’mat daripada Allah untuk kamu. Maka awas! Jangan kamu rasa jemu menerimanya, nanti ni’mat itu bertukar kepada niqmat (kecelakaan)
No comments:
Post a Comment