Wednesday, June 12, 2019

Suran Annas untuk anak kecil


Semalam tertinggal buku ni dalam kereta.hajatnya nak pos ke customer.
Maryam tengok ambil dan selak..
Ummi ni apa?
Di tunjuk gambar di bawah.
Umi pun terang la..
"ni syaitan, dia tunjuk gambar mcm tu tapi sebenarnya org tu tak nampak syaitan tu pun"


.
Ooo. Umi cerita la lagi.
.
"Hurm...ok.surah ni nama surah annas. Surah ni kita baca untuk mohon perlindungan dari syaitan. Kadang kadang umi marah sangat, kakak marah sangat, nu'man pukul kakak, Abi marah kakak nu'man,semua tu sebab ada syaitan yang cakap"
.
"Syaitan kata, ha buat lagi.buat lagi.buat lagi. Jadi kita baca annas ni, mintak tolong Allah lindungi kita dari syaitan."
.
Maryam pun entah apa die fikir .lepas tu dia ajak baca.kebetulan annas dah hafal...
.
Balik rumah die gasak Abi untuk cerita pulak.
Umi pun tak tahu Abi goreng apa
Yang pasti berdasarkan buku AL quran pertamaku ini.
.
Malam sebelum tido Maryam bagi cadangan.
"Ok Harini kita baca 30x surah annas sebelum tido jom Abi"
Ha amek hahaha.
Maka bacalah mereka bersama sama tapi tengah tengah tu dengar..
.
"Kakak rasa kakak ngantuk.abi tolong bacakan sampai 30 ye"
Hahahahaha
Umi yang tengah nyusu terus buat2 tido
.
Semoga ada saham umi abi untuk hafazan Maryam
Maryam tidak masuk tadika islamik. Jadi kalau bukan kami yang ajar siapa lagi?
.
Anak anak ini sangat la suci. Sementara dada belum penuh kefahaman lain, kita masukkan kefahaman Islam.
.
Kerana baldi yang sudah penuh pasti akan susah untuk dimasuk benda asing. Jika ada pun, benda asing itu yang akan tenggelam..
.
Coretan kisah
Umi Abi yang baru nak belajar




Siapa berminat dengan al quran pertamaku juzuk amma ni boleh hubungi ummi
www.wasap.my/60176095496/blog


No comments: