Wednesday, June 12, 2019

Al kisah biawak masuk rumah

Petang 3 Mei kami bercadang nak makan pizza selepas agak lama tidak makan.
risau jugak allergic Nu'man naik. atau bahasa pasar nya eczema flare up.
Tapi tawakal ajelah. kena juga bagi bagi makan asalkan tidak mudarat teruk.
.
Kami ambil set untuk 2 orang je dan topup dengan side dishes untuk anak anak,
Untuk nu'man yang allergik keju, kami cabutkan keju dan bagikan pizza berserta inti.
Dah tentu kejunya masih ada lagi bersisa tapi takpelah kami rasa die OK jika sekali kala..

Alkisahnya selepas tu kami menuju ke rumah untuk solat maghrib...
.
Sampai je di rumah terkejut saya semasa masuk tandas untuk ambil wuduk!

Terkejut la mak!

Suami ingatkan apa la hahah rupanya anak biawak! dia terperngkap dalam besen ni kerana licin. Saya tak pasti la dia datang dari mana..eish
Saya suruh suami buangkan. Tapi suami pun takut!hahaha

Saya post di FB untuk minta pendapat.

Ramai suggest letak towel.
Bomba suggest guna towel tangkap (euuuuu)
Yela. desperate sgt sampai telefon utk ajar teknik teknik.bukan suruh diorg dtg hehe
.
Tapi umi was-was sama ada dia tetap ke tak kalau letak towel.lepas tu sayang towel pn iya.
.
Suami dah nak buang tapi bila angkat baldi dia menggeletis mencicit kami berlari.
Last resort ku ambil tudung saji dah rosak. Periuk hempap tudung saji. Waktu ni husband g solat Isyak.
ha mcm bawah ni hahahah




.
Dengan bantuan pembantu,sis angkat besen tu sebelah tangan sambil pegang periuk tu,letak luar rumah.lepas tu tarik slow2 sampai luar gate hahaha
*Tangan dah lenguh nak angkat lagi hahahaha*
.
Alhamdulillah suami balik terbalikkan besen dia pn lari mencicit ke padang.

ni sis curi curi ambil gambar hahaha harapkan kucing tu makan rupanya kucing pun tak nak

.
First time la counter benda Gini. Allah nak bg banyak pengalaman duduk rumah sniri. Dah terpikior nak call bapak je tadi Wakaka.
Bapak bekas askar.
Tapi mau dia gelakkan suami saya kang.
Jadi #kitacubajela
.
Sekian bebelan pagi
#kamibudakdarikecikdududkrumahtaman
#firsttimejumpagini

*ni gambar pembantu sis yang tka jadi nak gatal lepas makan pizza disebabkan anak biawak hahaha
Allah nak izin tak gatal kan..macam macam cara boleh.
Dia ni kalau attention die divert, memang die terlupa kegatalan dia walaupun merah merah dah muka


No comments: