hadis gharib:hadis yang diriwyat oleh seorng sahaja.bole tergolong dlm hadis sahih,hassan dan dhoif.tp bukan palsu.(sumber:saye tny org yg beljr psl hadis)
Sunday, May 10, 2009
reminder super saya
dari Abu hurairah meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: apabila harta ghanimah(rampasan perang) di anggap sebagai hartanya sendiri,dan amanah yang di berikan dianggap sebagai miliknya,yang sepatutnya disampaikan kepada yangberhak di pakai umpama haknya sendiri.zakat di anggap sebagai wang tebusan yang sepatutnya dikeluarkan dengan perasaan gembira tetapi di keluarkan dengan dukacita. ilmu di pelajari bukan untuk agama tetapi untuk kepentingan dunia.suami mentaati isteri dan tidak mentaati ibunya.kawan di rapatinya tetapi bapa dijauhinya.masjid-masjid di jadikan tempat bising secara terbuka.pemimpin masyarakat terdiri daripada orang fasik.kumpulan yang paling hina menjadi pemimpin.orang akan di muliakan kerana takut dan kerana menghindari dari kejahatannya.zahirnya penyanyi penyanyi wanita dan musik lebih di gemari .minuman arak menjadi kebiasaan.ummat yang kemudian mencaci dan memburukkan ummat yang terdahulu.(ingatlah!) ketika itu akan berlaku angin merah,gempa bumi,bumi akan tenggelam,kecacatan pada wajah wajah manusia akan berlaku dan daripada langit turunnya hujan batu.dan berbagai penyakit akan terus datang satu persatu seumpama manik manik yang terputus benangnya jatuh satu persatu dengan laju(H.R. Tirmizi) riwayat tirmizi mengatakan hadis ini hadis gharib.