Sunday, November 21, 2010

pengorbanan

pengorbanan...topic hangat untuk sekitar raya haji huhu

sejauh manakah kita telah berkorban?pertanyaaan hangat sekitar raya haji..
sekitar raya haji...
lalu setelah itu erti pengorbanan pun mula di lupai...

sudah hampir 3tahun(jika boleh aku katakan demikian..)
aku menapak di jalan ini.
berpegang tangan dengan hati hati yg tidak prnah aku kenali.
bukan dari sekolah yg sama,bukn dari background mahupun dari negeri yg sama..
tapi kerana AKIDAH yg satu,TUJUAN dan MATLAMAT yg satu..
hati kami umpama telah lama di ikat..

melalui jalan ini...walaupun usianya baru setahun jagung muda..
telah ku lihat banyak pengorbanan..

harta
tenaga
masa


kerana apa??semuanya demi sebuah syurga abadi..
syurga bukan sekadar tempat yg boleh dimasuki dengan pass murahan.
sama seperti kita cuba memasuki disneyland,USj dengan tiket sekitar 100yen?
nak beli air mineral pun belum tentu cukup..

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. [Itu telah menjadi] janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya [selain] daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (9:111) 


aku telah melihat semua pengorbanan di atas.hatta yg bisa mengorbankan kerja engineer bergaji 5,6angka demi sebuah perjuangan yg perlu diberi perhatian.


namun..
baru pertama kali aku melihat pengorbanan rasa yg amat sangat,yg dipendam bukan 2,3tahun..tapi lebih dr itu..
rasa,perasaan dan keinginan yg dikorbankan..
demi ALLAH,demi dakwah,demi mana yg boleh melajukan dakwah ini.
pengorbanan demi untuk mencapai matlamat yg jelas itu.


pengorbanan

sejauh mana kamu tgh berkorban dear miss?

harta?
kamu bukan berkorban.kerana harta kamu lebih dari apa yg mampu
jika ingin cokelat kamu hanya beli tanpa perlu menahan rasa
kamu ada rumah,kamu masih mampu membeli kemahuan walaupun mungkin tidak mewah kerna itu pilihan kamu.dan itu bukn pengorbanan

masa?
masa kamu juga lebih dari kerja kamu.hingga2 kamu lupe bhw tggjwb kamu lebih dari masa

tenaga?
tenaga kamu lebih dari apa yg kamu ada.
bahkan tidak pernah sekali kamau rasa nak pengsan atau pengsan dan pitam dan jatuh sakit kerana berkorban tenaga.
maka kamu belum sampai tahap itu ......

rasa?
hanya tinggal ini yang boleh kamu korbankan
dan ditakdirkan ALLAH ,kamu di uji dari sudut ini.
kerana alhamdulillah,physically dan mentally kamu sangat melimpah ruah nikmatnya hingga kamu tidak pernah sampai tahap berkorban

tapi rasa dan perasaan?keinginan sendiri?
ini yang kamu di uji...maka apakah kamu sudah bersedia berkorban?
atau bisakah kamu yg terkorban?
ALLAH knows best..


u might think that it`s the best for u ,but sometime it`s actually not.


Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi [pula] kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (2:216)

kita merancang,ALLAH juga merancang
dan ALLAh adalah sebaik2 perancang...
kita merancang dengan cita..tapi ALLAH merancang dengan cintaNya..

Wednesday, November 17, 2010

bukan tidak ramai yg cintakan islam.tapi ramai yg lupa menyebarkanya..

saya xkan dapat lupekan emel hari ini

saat tangan menadah nadah..
saat org bersahut sahutan mencari kebenaran

saat itu org yg faham sedang tidur lena?
dibuai mimpi indah dunia?
merasakan diri sibuk di sana sini?
lebih selesa bertilam empuk dari bangun memberi peringatan?


sedang tangan yang menadah terus menanti...

hikmahnya ALLAh campakkan kita ke bumi ini
hikmahnya ALLAH jauhkan kita dari indahnya malaysia..
hikmahnya ALLAH campakkan rasa keseorangan pada diri..

hikmahnya ALLAH
dan cinta nya ALLAH...
kasih nya ALLAH...
pada seorang hamba yg tidak sedar tugas diri....
yg acap kali terbuai lena di buai mimpi...

i`m sorry dear.i`m really sorry.for late knowing u.
untuk tangan yg tidak pantas menggapai hingga ke sana...

Hai orang yang berselimut [Muhammad], (1) bangunlah [untuk sembahyang] di malam hari [1] kecuali sedikit [daripadanya], (2) [yaitu] seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, (3) atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Qur’an itu dengan perlahan-lahan. (4) Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. (5) Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat [untuk khusyu’] dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. (6) Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang [banyak]. (7) Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan. (8)

Monday, November 15, 2010

menuju ketakwaan..

Ketahuilah saudaraku! Adalah sepatutnya bagi seorang
mukmin untuk mengadakan baginya satu waktu yang khusus dipermulaan
siangnya di mana di waktu tersebut ia berjanji pada dirinya sendiri untuk
memperbetulkan niatnya, berterusan di setiap waktu dalam ketaatan,
menunaikan segala kewajipan seterusnya membebaskan diri dari riak.


Demikian j
uga adalah patut baginya untuk mengadakan satu waktu di akhir
harinya di mana di waktu tersebut beliau mengasingkan dirinya. Beliau
menghisab keseluruhan amalannya. Dalam pada itu sekiranya didapati
dalam amalannya kebaikan, beliau terus memuji Allah kerana menunjukinya
jalan yang betul serta mentaufikinya.
Beliau di ketika tersebut memohon
kepada Allah menetapkan hatinya untuk terus melakukan ketaatan dan
meningkatkan amalannya. Sebaliknya jika beliau mendapati amalannya tidak
menepati seperti yang di atas, (maka ia bertaubat kepada Allah, menyesali
serta memohon keampunannya dan berjanji tidak akan mengulanginya.
Beliau juga bermohon kepada Allah agar memeliharanya daripada
melakukan dosa serta mengakhiri kehidupannya dengan ‘husnul khatimah’
(kesudahan yang baik)

Semoga Allah meredai baginda Umar Al-Faruq ketika baginda
menyatakan:
“Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab, timbangilah (amalan
kamu) sebelum kamu ditimbang dan bersedialah untuk hari pengadilan yang
Maha Besar.”
Allah berfirman:
“Pada hari (amalan) kamu dibentangkan dan tidak disembunyikan dari
kamu.”6 (Al-Haqqah: 18 )

Dan pada penilaianku, saudaraku! Apabila engkau
sentiasa menghisab diri engkau di atas amalan-amalan yang engkau kerjakan
sama ada kecil atau besar serta mengikat satu keazaman untuk mengadakan
bagi diri engkau, satu waktu di akhir hari di mana di ketika tersebut engkau
bersendirian bersama tuhanmu dan merenungi apa yang disediakan untuk
hari yang akan datang. Maka sesungguhnya engkau tidak diragui lagi —
sedikit demi sedikit maju ke arah ketakwaan, berjalan engkau di jalan
kerohanian dan sampai engkau di suatu lingkungan perhentian di tingkatan
para muttaqin yang dilimpahi dengan kebajikan.

dipetik dari..
Menuju Ketakwaan – Abdullah Nasih Ulwan
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

remember my dear..
takwa adalah sebaik baik bekal..
sebaik baik kekuatan ketika lemah dan hopeless
sebaik baik pembantu ketika tiada petunjuk,ketika buntu...
sebaik baik cahaya yg menerangi jalan..
dengan takwa Islam tersebar..
kerana takwa juga islam akan menang hendaknya
-this is my writing.sniri interprate.jgn ambil bulat2..-
takwa and iman is really a good friend..
build your iman,akan terbinalah takwa insya ALLAH

Sunday, November 14, 2010

hari hari haram puasa

Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:
  1. Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :
    " Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."
  2. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :
    " Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "
  3. Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :
    " Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "
  4. Hari Haid dan Nifas.
  5. Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :

    " Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa " (Riwayat Ahmad)

    Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da'if menurut pendapat Imam Ahmad.

    Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh - Dr. Wahbah Zuhaili
  6. Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut.
     
    taken from this

Wednesday, November 10, 2010

hari ni rasa sgt bersalah
seolah olah saya tekan butang pause utk satu tggjwb yg never ending

i`m really sorry.
but i think i need that pause button.at least for this moment.
or else i`ll give u an empty glass for u to drink
u think u r full,but then,in reality it`s empty..

hujan air batu mula merintik di luar.bulan ini atau bulan depan...
still the same...
salji tetap akan turun,dan suhu tetap akan terus merundum

hamasah itu?
haruskah beku dgn bekunya ais?
dan hati..cukupkah sekadar mulut berkata tapi hati tidak sepertinya?

[yaitu] surga ’Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Dan itu adalah balasan bagi orang yang menyucikan diri (20:76)

Friday, November 5, 2010

hati oh hati...

kadang pernah x rasa lost?hopeless.dan jauh sngat dengan ALLAH?....
ape nk buat serba xkena..rasa malas yg merasuk.dan tahu hanya nak duduk senyap2..
that`s the sign yg hati kita tengah masalah....
i read a book bought recently..agar akhirat dekat di hati...bwh ni some phrase yg sngat pendek..tp best..

kerasnya hati disebabkan empat perkara yang telah melampaui batas yang wajar..
tidur
bicara
makan
bergaul

sebagaimana makanan tidak akan ada gunanya lagi bagi tubuh yang sakit,begitu pula dengan hati yang berpenyakit syahwat.
ia akan terhalang pula mendapatkan manfaat nasihat

hati yg telah terikat dengan syahwat,akan terhalang dari ALLAH sesuai  dengan kadar keterikatannya dengan syahwat

T.T

we are daie.yg tugasnya memberi hati.memberi faham
bukan memberi tahu
adakah hati yang bisa basah?
bile kapas hati sendiri tidak berair?

andai sekadar memberi tahu.ia semudah memberi buku.
beli dan beri.habis cerita..
but no..it`s more than that..
it`s about what u understood,n how u make them feel the same..
dan tentu,hati mereka hanya ALLAH yg tahu..tapi membuat yg terbaik adalah pilihan kita..

mari melangkah menyebar faham.bukan menyebar tahu semata=)

Thursday, November 4, 2010

i`m loving it

Anas berkata,"tatkala kami dudk duduk bersma Rasulullah saw beliau kemudian bersabda,`saat ini akan muncul di depan kalian seseorang yang termasuk penghuni syurga.`Lalu muncullah salah seorang dar sahabat dari kalangan Anshar yang janggutnya masih basah dengan air wudhu.Ia meneteng sepasang sandalnya dengan tangan kanannya..

keesokan harinya..
Rasulullah kembali bersabda seperti itu dan org tersebut muncul kembali..
juga pada hari ketiga..

Maka ketika nabi berdiri,Abdullah bin amru bin Ash mengikut org tersebut dan berkata,
`sungguh aku telah berulang kali bersumpah di hadapan ayahku bahwa aku tidak akan masuk ke dalam rumah menemuinya selama tiga hari.jika anda berkenan memberiku tumpangan menginap selama tiga hari,maka aku akan bisa menunaikan sumpah tersebut..Orang tadi menjwab`baiklah`

Abdullah menceritakan bahawa ia menginap di rumah tersebut selama tiga malam akan tetapi ia tidak mendapatiny mengerjakan solat malam.Hnaya jika ia terbangun,ia langsung berzikir mengingati ALLAH dan bertakbir sampai ia bangun untuk melaksanakan solat subuh

Abdullah melanjutkan ceritanya,`Namun yg aku kagumi adalah ia tidak pernah berbicara kotor dan yang ia ucapkan hanyalah kebaikan.Maka tatkala telah berlalu tiga malam,abdullah berkata kepada lelaki tersebut `aku dan ayahku tiada maslah.akan tetapi kerana mendengar rasulullah bersabda berulang kali bahawa engkau adalah ahil syurga,maka aku berniat bermalam di tempat mu agar bisa aku ketahui amalan apa yg anda biasa lakukan dan bisa aku tiru.tetapi aku mendapati,anda tidak beramal dgn amalan yg banyak,lalu aamalan apakh yg membuat anda sampai derajat tertinggi sebagaimana yg disebut rasulullah?

org itu menjawab`tiada amalan lain mlainkan yg telah engkau lihat selama ini.hanya itu sahaja`

Abdullah melanjutkan`tatkala aku berbalik,org tersebut memanggilku 
"hanya itu shaja.hanya saja aku tidak pernah menaruh di dalam diriku rasa tidak senang kepada seorang muslim pun dan aku juga tidak pernah merasa iri dengan kebaikan yg ALLAH beri  kepadanya...

--lebh kurang maksud hadis riwayat ahmad.this not the whole hadith sebb pnjng n i cut the story short...

i love this hadith.
kita mudah kan,merasa tidak senang dengan org?kadang2 pelik tapi benar,hatta dengan org2 yg baik,lembut n so on.entah mana dtg perasaan itu.jika kita terfikir,ia hanya perasaan maka ia bukanlah masalah besar
tapi ketahui lah,syurga hanya untuk orang yg suci hatinya....T.T