Ketahuilah saudaraku! Adalah sepatutnya bagi seorang
mukmin untuk mengadakan baginya satu waktu yang khusus dipermulaan
siangnya di mana di waktu tersebut ia berjanji pada dirinya sendiri untuk
memperbetulkan niatnya, berterusan di setiap waktu dalam ketaatan,
menunaikan segala kewajipan seterusnya membebaskan diri dari riak.
Demikian juga adalah patut baginya untuk mengadakan satu waktu di akhir
harinya di mana di waktu tersebut beliau mengasingkan dirinya. Beliau
menghisab keseluruhan amalannya. Dalam pada itu sekiranya didapati
dalam amalannya kebaikan, beliau terus memuji Allah kerana menunjukinya
jalan yang betul serta mentaufikinya. Beliau di ketika tersebut memohon
kepada Allah menetapkan hatinya untuk terus melakukan ketaatan dan
meningkatkan amalannya. Sebaliknya jika beliau mendapati amalannya tidak
menepati seperti yang di atas, (maka ia bertaubat kepada Allah, menyesali
serta memohon keampunannya dan berjanji tidak akan mengulanginya.
Beliau juga bermohon kepada Allah agar memeliharanya daripada
melakukan dosa serta mengakhiri kehidupannya dengan ‘husnul khatimah’
(kesudahan yang baik)
Semoga Allah meredai baginda Umar Al-Faruq ketika baginda
menyatakan:
“Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab, timbangilah (amalan
kamu) sebelum kamu ditimbang dan bersedialah untuk hari pengadilan yang
Maha Besar.”
Allah berfirman:
“Pada hari (amalan) kamu dibentangkan dan tidak disembunyikan dari
kamu.”6 (Al-Haqqah: 18 )
Dan pada penilaianku, saudaraku! Apabila engkau
sentiasa menghisab diri engkau di atas amalan-amalan yang engkau kerjakan
sama ada kecil atau besar serta mengikat satu keazaman untuk mengadakan
bagi diri engkau, satu waktu di akhir hari di mana di ketika tersebut engkau
bersendirian bersama tuhanmu dan merenungi apa yang disediakan untuk
hari yang akan datang. Maka sesungguhnya engkau tidak diragui lagi —
sedikit demi sedikit maju ke arah ketakwaan, berjalan engkau di jalan
kerohanian dan sampai engkau di suatu lingkungan perhentian di tingkatan
para muttaqin yang dilimpahi dengan kebajikan.
dipetik dari..
Menuju Ketakwaan – Abdullah Nasih Ulwan
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
remember my dear..
takwa adalah sebaik baik bekal..
sebaik baik kekuatan ketika lemah dan hopeless
sebaik baik pembantu ketika tiada petunjuk,ketika buntu...
sebaik baik cahaya yg menerangi jalan..
dengan takwa Islam tersebar..
kerana takwa juga islam akan menang hendaknya
-this is my writing.sniri interprate.jgn ambil bulat2..-
takwa and iman is really a good friend..
build your iman,akan terbinalah takwa insya ALLAH
No comments:
Post a Comment