sejauh manakah kita telah berkorban?pertanyaaan hangat sekitar raya haji..
sekitar raya haji...
lalu setelah itu erti pengorbanan pun mula di lupai...
sudah hampir 3tahun(jika boleh aku katakan demikian..)
aku menapak di jalan ini.
berpegang tangan dengan hati hati yg tidak prnah aku kenali.
bukan dari sekolah yg sama,bukn dari background mahupun dari negeri yg sama..
tapi kerana AKIDAH yg satu,TUJUAN dan MATLAMAT yg satu..
hati kami umpama telah lama di ikat..
melalui jalan ini...walaupun usianya baru setahun jagung muda..
telah ku lihat banyak pengorbanan..
harta
tenaga
masa
kerana apa??semuanya demi sebuah syurga abadi..
syurga bukan sekadar tempat yg boleh dimasuki dengan pass murahan.sama seperti kita cuba memasuki disneyland,USj dengan tiket sekitar 100yen?
nak beli air mineral pun belum tentu cukup..
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. [Itu telah menjadi] janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya [selain] daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (9:111)
aku telah melihat semua pengorbanan di atas.hatta yg bisa mengorbankan kerja engineer bergaji 5,6angka demi sebuah perjuangan yg perlu diberi perhatian.
namun..
baru pertama kali aku melihat pengorbanan rasa yg amat sangat,yg dipendam bukan 2,3tahun..tapi lebih dr itu..
rasa,perasaan dan keinginan yg dikorbankan..
demi ALLAH,demi dakwah,demi mana yg boleh melajukan dakwah ini.
pengorbanan demi untuk mencapai matlamat yg jelas itu.
pengorbanan
sejauh mana kamu tgh berkorban dear miss?
harta?
kamu bukan berkorban.kerana harta kamu lebih dari apa yg mampu
jika ingin cokelat kamu hanya beli tanpa perlu menahan rasa
kamu ada rumah,kamu masih mampu membeli kemahuan walaupun mungkin tidak mewah kerna itu pilihan kamu.dan itu bukn pengorbanan
masa?
masa kamu juga lebih dari kerja kamu.hingga2 kamu lupe bhw tggjwb kamu lebih dari masa
tenaga?
tenaga kamu lebih dari apa yg kamu ada.
bahkan tidak pernah sekali kamau rasa nak pengsan atau pengsan dan pitam dan jatuh sakit kerana berkorban tenaga.
maka kamu belum sampai tahap itu ......
rasa?
hanya tinggal ini yang boleh kamu korbankan
dan ditakdirkan ALLAH ,kamu di uji dari sudut ini.
kerana alhamdulillah,physically dan mentally kamu sangat melimpah ruah nikmatnya hingga kamu tidak pernah sampai tahap berkorban
tapi rasa dan perasaan?keinginan sendiri?
ini yang kamu di uji...maka apakah kamu sudah bersedia berkorban?
atau bisakah kamu yg terkorban?
ALLAH knows best..
u might think that it`s the best for u ,but sometime it`s actually not.
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi [pula] kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (2:216)
kita merancang,ALLAH juga merancang
dan ALLAh adalah sebaik2 perancang...
kita merancang dengan cita..tapi ALLAH merancang dengan cintaNya..
No comments:
Post a Comment