Tuesday, June 21, 2011

TJ

why la langkah kaki terasa makin berat
dada rasa macam sesak2

ni symptom nak-balik-msia-lg 2bulan..

atau..

saya telah mendaki selama  ini dengan beban beban yg sgt byk.bila sampai satu tahap yg curam
yg mana sy sgt perlu mengerahkan tenaga saya,segala peluh keringt sy,
saya jadi xmampu...

rasa mcm nak give up.terjun je gunung tu xyah daki lagi dah
patah balik dgn terjun..

but that is not a good choice either sebb sy mmg akan mati kalau sy patah balik dgn terjun gunung
ataupun kalau turun baik2,kaki gunung tidak seindah di puncak sana..

dah alang2 saya nak daki gunung dr awal
so teruskan jela!
beban tu yg banyak sgt.buang xboleh ke?
semua lg better.tap xmungkin mampu buang semua

atleast throw the heaviest one!

sgt perlu penanaman dan refresh semula kenapa saya mendaki dr awal...
kenapa sy pilih untuk mendaki gunung ini,menyusah2 kan badan sendiri
sedangkan org lain tgh dok happy-go-lucky,spend masa dgn bnde2 yg mereka suka

ke sy perasan je sy tgh daki rupenye saya masih di kaki gunung?oh no!that is worst!

Thursday, June 9, 2011

please..

i seriously feel that i`ve lost myself this 1week
sedikit demi sedikit saya umpama hendak kembali pada diri yg lama

ya Tuhan kami..bencikan kami pada jahiliyah semalam
seperti mana bencinya kami di campak ke dalam api neraka..


please dont bring me back to where i was before
please..
Aku pernah merasa perasaan itu..
terbang bebas sebebas bebasnya
rindu serindu rindunya
berpaut teguh,seperti tidak mahu dilepaskan selamanya
berbicara sentiasa
tidak betah utk berpaling walau seketika

pada zat yg Maha kuasa

tapi rasa itu sudah tiada dan aku sangat mendambakannya
rasa yang mengerakkan anggota anggota
yang melapangkan jiwa jiwa
yang meruntun hati hati yang kering dan berlengah lengah

AKU INGIN MENJADI LUAR BIASA

pada ALLAH semata
Ikhlas kerana Nya

cinta dan rindu serindu rindunya
seperti kebahagiaan ini tiada hujungNya

rasa itu sudah hilang..
hialng dalam sibuknya aku pada dunia
pada pandangan manusia
pada pengharapan dan kebahagiaan makhluk yang tiada kuasa

kembalikan aku pada rasa yang lama
jika boleh untuk selamanya...

kembalikan aku pada rasa yang lama....

-april6-

Friday, June 3, 2011

may i asked your hand for..

mahukah engkau aku tunjukkan satu jalan..

jalan yang telah membasahkan sejadah sejadah malam ku..
memberi erti pada bait bait doa yang selama ini jarang aku perhati..

memberi senyuman dalam kekecewaan ku..
memberi kelapangan dalam kesempitan masa dan harta ku..

satu jalan yang telah menghadiahkan aku dengan saudara saudara lebih erat dari saudara sedarah ku..
satu jalan yang telah menambah kecintaan dan kasih sayang aku pada insan bergelar manusia

jalan yang telah mengubah hati yg hitam kepada cahaya yang menyuluh
jalan yang telah mengubah persepsi aku pada bumi ciptaan yang esa

jalan yang telah memberi rahmat dan kekuatan
memberi erti dan matlamat perjuangan
memberi makna bahawa dunia bukan tempat melepak dan bersuka suka

jalan yang telah membuatkan aku sentiasa berharap aku berada di dalam nya..

adik ku sayang..
mahukan antunna menjadi peneman ku di jalan ini
menggapai aku ketika aku jauh ketinggalan di belakang
menunjuk aku jalan bila aku hilang dalam gelap malam

aku pernah melalui nya.dan dengan rahmat ALLAh aku sedang melalui nya.
tapi belum tentu aku pasti terus melalui jalan ini..

tapi kamu..
aku pasti kamu terus akan berada di sini sekali kamu sudah melaluinya
kerana kamu lebih kuat dan lebih hebat dari diri ku..

mahukah kamu merasai nya bersama ku?

-sedang ingin bercinta-