Thursday, June 9, 2011

Aku pernah merasa perasaan itu..
terbang bebas sebebas bebasnya
rindu serindu rindunya
berpaut teguh,seperti tidak mahu dilepaskan selamanya
berbicara sentiasa
tidak betah utk berpaling walau seketika

pada zat yg Maha kuasa

tapi rasa itu sudah tiada dan aku sangat mendambakannya
rasa yang mengerakkan anggota anggota
yang melapangkan jiwa jiwa
yang meruntun hati hati yang kering dan berlengah lengah

AKU INGIN MENJADI LUAR BIASA

pada ALLAH semata
Ikhlas kerana Nya

cinta dan rindu serindu rindunya
seperti kebahagiaan ini tiada hujungNya

rasa itu sudah hilang..
hialng dalam sibuknya aku pada dunia
pada pandangan manusia
pada pengharapan dan kebahagiaan makhluk yang tiada kuasa

kembalikan aku pada rasa yang lama
jika boleh untuk selamanya...

kembalikan aku pada rasa yang lama....

-april6-

No comments: