mahukah engkau aku tunjukkan satu jalan..
jalan yang telah membasahkan sejadah sejadah malam ku..
memberi erti pada bait bait doa yang selama ini jarang aku perhati..
memberi senyuman dalam kekecewaan ku..
memberi kelapangan dalam kesempitan masa dan harta ku..
satu jalan yang telah menghadiahkan aku dengan saudara saudara lebih erat dari saudara sedarah ku..
satu jalan yang telah menambah kecintaan dan kasih sayang aku pada insan bergelar manusia
jalan yang telah mengubah hati yg hitam kepada cahaya yang menyuluh
jalan yang telah mengubah persepsi aku pada bumi ciptaan yang esa
jalan yang telah memberi rahmat dan kekuatan
memberi erti dan matlamat perjuangan
memberi makna bahawa dunia bukan tempat melepak dan bersuka suka
jalan yang telah membuatkan aku sentiasa berharap aku berada di dalam nya..
adik ku sayang..
mahukan antunna menjadi peneman ku di jalan ini
menggapai aku ketika aku jauh ketinggalan di belakang
menunjuk aku jalan bila aku hilang dalam gelap malam
aku pernah melalui nya.dan dengan rahmat ALLAh aku sedang melalui nya.
tapi belum tentu aku pasti terus melalui jalan ini..
tapi kamu..
aku pasti kamu terus akan berada di sini sekali kamu sudah melaluinya
kerana kamu lebih kuat dan lebih hebat dari diri ku..
mahukah kamu merasai nya bersama ku?
-sedang ingin bercinta-
No comments:
Post a Comment