ingat tak dulu-dulu-dulu… saat-saat awal kita memasuki tarbiyah? kita memilih untuk join tarbiyah, memilih untuk join usrah, sebab kita nak berubah….
kita nak menjadi lebih baik….
time goes on, alhamdulillah tarbiyah yg benar itu sentiasa akan mengubah manusia… jika dulu Al-Quran itu hanya biasa diletakkan di rak-rak buku sehingga berdebu, Al-Quran itu menjadi teman setia walau di mana juga kita berada…
jika dulu solat berjemaah di masjid itu hanya dilakukan ketika hari Jumaat dan Hari Raya, alhamdulillah kini kita berusaha untuk solat jemaah setiap waktu di masjid
jika dulu puasa-puasa sunat seperti puasa isnin khamis, puasa asyura, dan lain-lain langsung tidak pernah terlintas dalam kepala… kini kita seboleh-boleh ingin berpuasa jika adanya hari-hari yang ‘istimewa’ untuk berpuasa sunat…
akhirnya pada satu hari kita dipilih untuk menjadi naqib…. dan kini tiba masanya untuk kita menyampaikan kepada anak usrah kita apa mutiara-mutiara yang kita perolehi selama ni….
tapi ikhwah akhawat…..
kadang-kadang… seorang juru jual itu sibuk menjual barangnya, sehingga dia sendiri lupa nak makan…. sebab dia seronok sangat menjual barang-barang jualannya….
dan akhirnya? dia kelaparan… dan dia terpaksa berehat berhari-hari untuk memulihkan kembali tenaganya….
lebih menyedihkan… kadang kala jurujual itu dah tak kembali menjual barang-barangnya… kedainya terus ditutup…. kerana dia merasakan menjual barang itu sangat memenatkan….
itulah yang akan terjadi… jika kita dah kehilangan sifat mutarabbi yang paling penting, sifat yang ‘meletakkan’ kita di ‘jalan’ ini…
sifat ingin berubah menjadi lebih baik
mungkin benar, usrah yg kita bawa dan kita ikuti itu sangat menambah ilmu-ilmu dan fikrah kita
mungkin benar, daurah dua kali sebulan yang kita ikuti dan bawa anak usrah kita itu satu mujahadah yang berat bagi orang lain
mungkin benar, Al-Quran dibaca setiap hari, dan solat jemaah dilakukan setiap waktu
tapi….
sudahkah kita melakukan qiyamullail setiap hari?
sudahkah kita membaca Al-Quran 3 juzuk sehari?
sudahkah kita berada di masjid sebelum azan berkumandang?
sudahkah kita memberi makan kepada orang miskin setiap hari?
sudahkah setiap orang di sekeliling kita mendapat sentuhan dakwah kita?
sudahkah kita membaca Al-Quran 3 juzuk sehari?
sudahkah kita berada di masjid sebelum azan berkumandang?
sudahkah kita memberi makan kepada orang miskin setiap hari?
sudahkah setiap orang di sekeliling kita mendapat sentuhan dakwah kita?
sudahkah setiap saat dan waktu kita diisi dengan aktiviti-aktiviti yang akan mendekatkan diri kita kepada Allah? aktiviti-aktiviti yang akan meletakkan kalimah Allah di kedudukan tertinggi di dunia ini?
senang kata..
sudahkah kita menjadi seperti Rasulullah?
sudahkah kita menjadi seperti Abu Bakar?
sudahkah kita menjadi seperti para sahabat?
sudahkah kita menjadi seperti Abu Bakar?
sudahkah kita menjadi seperti para sahabat?
ikhwah akhawat
di saat hilangnya kita daripada sifat seorang mutarabbi
iaitu sifat ingin berubah untuk menjadi lebih baik….
itulaah saat-saat permulaan ke arah kefuturan kita….
dan bagaimana mungkin…. ingin kita menerapkan sifat ingin berubah ke dalam hati mad’u-mad’u kita…
sedangkan dalam hati kita sendiri sifat itu telah hilang ditelan masa….
ingatlah wahai nuqaba’, wahai du’at
janganlah biarkan Allah hilang dari hatimu walau sesaat sekalipun…
kerana itulah permulaan ke arah kemenangan syaitan….
kerana itulah permulaan ke arah kemenangan syaitan….
“Mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai sebaik-baik amalanmu yang amat suci di sisi Allah, yang meninggikan darjatmu keperingkat yang tertinggi sekali, yang lebih mulia daripada menafkahkan emas dan perak, yang lebih utama daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, maka kamu tanggalkan lehernya atau mereka menanggalkan lehermu? Para sahabat berkata bahkan: “Apakah itu Ya Rasulullah?”
Baginda bersabda: Zikrullah”
( HR Tarmizi dan Ibn Majah )
Izzuddin Yussof
Economics and Actuarial Science
University of Southampton
Economics and Actuarial Science
University of Southampton
No comments:
Post a Comment