fiza azam ta.fatawakkal a`lallah
3:159
kan=)
bila kamu sudah berazam,maka bertawakallah kpd ALLAH
serahkan dengan sebenar serahan
semoga ALLAH redha
Wednesday, January 25, 2012
Thursday, January 19, 2012
b.e.b.e
dugaannya dpt kerja yg kene bersangka baik when people don't give a firm reason
orang mukmin itu akan mencari alasan untuk bersangka baik
sedangkan org munafiq itu akan mencari alasan untuk bersangka buruk
T.T
orang mukmin itu akan mencari alasan untuk bersangka baik
sedangkan org munafiq itu akan mencari alasan untuk bersangka buruk
T.T
Monday, January 16, 2012
it`s hard but the ending is sweet.kitto!
ya Allah
bantu aku untuk memilih kerana Mu
bantu aku mencintai mereka yg aku cinta kerana Mu
bantu aku untuk meminta bantuan kepada mereka kerana Mu
bukan kerana selain dari Mu
kerana..aku khuatir..
jika aku memilih kerana makhluk Mu,
aku khuatir saat aku kehilangannya,
maka aku akan kehilangan segala galanya
tapi aku yakin dengan sebenar benar yakin
jika aku mmilih kerana Mu,
saat aku kehilangan makhluk mu
mahupun seluruh isi dunia
aku yakin ,aku masih memiliki Engkau ya ALLAH..
kekuatan atas segala kekuatan di dunia..
dan yang pasti..permulaan itu payah.tetapi akhirnya itu bahagia.
permulaan itu jenuh,penuh perit dan kesusahan
tp akhirnya pasti,jika berbuat segalanya demi Mu..
bantu aku untuk memilih kerana Mu
bantu aku mencintai mereka yg aku cinta kerana Mu
bantu aku untuk meminta bantuan kepada mereka kerana Mu
bukan kerana selain dari Mu
kerana..aku khuatir..
jika aku memilih kerana makhluk Mu,
aku khuatir saat aku kehilangannya,
maka aku akan kehilangan segala galanya
tapi aku yakin dengan sebenar benar yakin
jika aku mmilih kerana Mu,
saat aku kehilangan makhluk mu
mahupun seluruh isi dunia
aku yakin ,aku masih memiliki Engkau ya ALLAH..
kekuatan atas segala kekuatan di dunia..
dan yang pasti..permulaan itu payah.tetapi akhirnya itu bahagia.
permulaan itu jenuh,penuh perit dan kesusahan
tp akhirnya pasti,jika berbuat segalanya demi Mu..
Mengapa Kami tidak akan bertawakkal kepada Allah padahal Dia telah menunjukkan jalan kepada kami, dan kami sungguh-sungguh akan bersabar terhadap gangguan-gangguan yang kamu lakukan kepada kami. Dan hanya kepada Allah saja orang-orang yang bertawakkal itu berserah diri". (14:12)
Thursday, January 5, 2012
experience on being a mother=P
kepada ahlul bait(ahli rumah) 703..(u know who u are =))
masterchef
bapa yg sentiasa keluar rumah dan balik lewat=P
pembancuh teh yg sedap merangkap pembantu tukang masak
2org anak bongsu yg menjd penceria suasana=D
dgn ini di kirim kan salam dari UDA..dgn lafaz assalammualaikum wbt.
semoga bertemu di dlm doa2,dan jika tidak di dunia di syurga hendaknya..
(sile jgn lupe emel uda..mesti die gembira)
yg benar
ibu yg baru setahun jagung
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
masterchef
bapa yg sentiasa keluar rumah dan balik lewat=P
pembancuh teh yg sedap merangkap pembantu tukang masak
2org anak bongsu yg menjd penceria suasana=D
dgn ini di kirim kan salam dari UDA..dgn lafaz assalammualaikum wbt.
semoga bertemu di dlm doa2,dan jika tidak di dunia di syurga hendaknya..
(sile jgn lupe emel uda..mesti die gembira)
yg benar
ibu yg baru setahun jagung
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
di atas ialah status saya bertarikh 5/1/2012
this is after all a reminder kan .
of sweet memories in KT za* liza yamagat*
being a mom is definitely not easy
alhmdulillah my house was granted with 2matured junior yg mmg lebih pantas dr saya
balik je rumah,terus bukak coat dan terus ke dapur,berfikir apa yg perlu di masak
rumah kami juga were granted with ustazah yg kami panggil ude.
it was a bless
when i mean bless,it is a bless =P
sebab saya yg sgt tidak kreatif memasak
but for the last day,i have to think about the menu all alone as all the `children` sudah pengsan akibat penangan snowboard.
me being the only one yg tidak begitu penat dan haruslah tidur paling lewat,
terpaksa berfikir menu apa nk dimasak
untuk breakfast dan lunch sekali
1.nk kene fikir menu
2.nak kene masak dlm masa kurg 2jam utk 7org
conclusion
which one to start first??
cairkan ayam ke,cairkan telur ke,goreng nasi ke,ptong sayur ke,kemas rumah dan beg sbb esok dh nk balik ke,or mandi?
huhuh
and the ending is?
i only prepared the bahan2 before subuh.
akibat kemengantukan yg amat kerana tidak tidur,`anak2` juga yg menajadikan bahan bahan itu satu nasi goreng yg sedap selepas subuh
huhuhu
yappari
still far from being a mother
masak nasi pun terlebih banyak=P
sudahnya semua org kena sumbat bento banyak2 dlm container yg kecil comel hehe
nasib antunna la..
jzkk for the memories!
semoga kite thabat
*KT stands for kampung tarbi*yah,progrm 6hari 5malam.duduk dlm lodge house and every house has it own ibu or bapa or both.and i,was destinied to be a single mother(kalau boleh ckp cmtu)..but it`s a bless.everything everysingle thing=)))
randomly chose.not mine tho.now it explains the `kene cairkan telur?`
Tuesday, January 3, 2012
bekal
بسم الله الرحمن الرحيم.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Akhawat yang di rahmati Allah ‘Azza wa Jalla.
Sudah lebih sepurama tahun baru hijrah menyapa kita. Hari ini tahun baru masihi pula datang meneruskan kembaranya... Izinkan Kpah berdiri sebentar dilaman maya barakah ini untuk mengucapkan “Selamat menempuh tahun baru dan kehidupan dengan roh/jiwa baru”.
Akhawat yang dirindui;
إجلس بنا نؤمن الساعة !!!
Ada terlalu banyak sebab untuk kita muhasabah dan memperbaharui iman, kembali merenung hubungan diri, dengan Allah Azza wa Jalla.Pun sangat banyak sebab-sebab yang mendorong kita merasa bimbang; iman mulai semakin melemah, hati semakin berkarat dan senang tunduk kepada tarikan duniawi, masalah amal dan hidup, konflik manusia, hawa nafsu, pintu-pintu syaitan, keinginan dan syahwat tubuh dan fitnah-fitnah dunia. Semua ini mengajak kita, akhawat khasnya, mesti merasa bimbang tentang iman kita supaya tidak lenyap atau pudar.
Rasulullah saw. Yang ma’shum pun bimbang tentang imannya, sehingga Baginda Rasulullah saw sering berdoa:
اللهم يا مُقَلِّبَ الْقُلوب ثَبِّتْ قَلْبي على دِينِكَ
“Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati,
tetapkanlah hatiku di atas jalan agamaMu”.
Baginda juga memohon Allah Ta’ala memelihara hala tuju perasaannya supaya tidak menyimpang dari hala tuju yang ditentukanNya, Baginda berdo’a:
اللهم يا مُصَرِّفَ القلوب صَرِّف قُلوبَنا على طَاعَتِك,
“Wahai Allah yang menguruskan hati,
uruskanlah hati kami di atas ketaatan kepadaMu”.
Rasulullah saw. juga berdoa siang dan malam di dalam zikirnya:
اللهم إنِّى أعوذ بك من الكفر والفقر
“Wahai Allah, sesungguhnya saya berlindung kepadaMu
daripada kekufuran dan kefakiran”.
Sejarah meriwayatkan bahwa Umar bin al-Khattab r.a yang telah membersihkan imannya di antara yang hak dan batil, syaitan cabut lari dari menghampirinya dan terdapat garisan hitam di wajahnya lantaran banyak menangis kerana takutkan Allah. Beliau r.q. pernah mengecam dirinya kerana kekurangan iman. Diriwayatkan juga beliau r.a pernah berkata kepada para sahabatnya: “Marilah kita tambahkan iman”.
Hal ini menjadi kebiasaan para sahabat melakukannya. Abdullah bin Mas’ud r.a selalu berdoa:
“Wahai Allah, tambahkan kami keimanan, keyakinan dan kefaqihan”
Abu Darda’ r.a juga berkata: “Seorang hamba yang diberikan kefaqihan, maka ia sentiasa memelihara imannya dan tidak menguranginya”.
Iman bertambah dan berkurang
Secara semulajadi iman boleh bertambah dan berkurang. Hal ini bukan satu kelemahan bagi manusia, bahkan ia adalah tabiat manusia dan sunnah kehidupan. Sabda Nabi saw. Bermaksud:
“Sesungguhnya hati anak Adam semuanya antara “dua jari dari jari jemari Allah”, seperti satu hati yang ditadbir dan diurus mengikut kehendakNya”.
Riwayat Abu Jaafar al-Khatami dari bapanya dari datuknya Umair bin Hubaib berkata: “Iman bertambah dan berkurang. Ada yang bertanya: Sebab apa iman bertambah dan berkurang?. Lalu beliau menjawab: Apabila kita mengingatiNya, bertahmid dan bertasbih kepadaNya, maka iman akan bertambah. Apabila kita melupakanNya, lalai dan cuai dari mengingatiNya, maka imannya akan berkurang”.
Firman Allah:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya)”. (Al-Anfal: 2)
“yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia Telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, Karena itu takutlah kepada mereka", Maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung". (Ali-Imran: 173)
“Dia-lah yang Telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang Telah ada)”. (Al-Fath: 4)
Tanda kelemahan iman
1. Merasa malas untuk menunaikan solat secara berjamaah yang merupakan salah satu sifat orang munafik berdasarkan firman Allah:
“dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas”. (An-Nisa’: 142)
2. Begitu liat untuk bangun menunaikan solat subuh. Sabda Nabi saw:
“Melaksanakan dua rakat solat subuh lebih baik daripada dunia dan segala isinya”.
3. Tidak khusyuk di dalam solat dan banyak memikirkan kesibukan dunia dan mengingini kehidupan. Sabda Nabi saw:
“Tidaklah seorang muslim yang menghadirkan hatinya semasa solat fardu, dengan mengelokkan wuduknya, khusyuk dan rukuknya melainkan solatnya itu akan menghapuskan dosanya yang kecil selagi tidak melakukan dosa besar. Hal ini berlaku sepanjang masa”. (Muslim)
4. Meninggalkan amalan-amalan sunat dan solat nawafil.
5. Menjauhkan diri dari al-Quran. Firman Allah:
“Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, Sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan”. (Al-Furqan: 30)
6. Seorang muslim terjerumus ke dalam maksiat dan terus tenggelam di dalamnya.
Langkah memperbaharui iman
Menurut Hassan al-Basri rahimahullah: “Seorang hamba itu masih berada di dalam kebaikan selagi mengetahui sesuatu yang akan merosakkan amalannya”. Seorang ahli zuhud Mekah Wahib bin Ward pernah berkata: “Sesungguhnya di antara kesejahteraan diriku ialah aku mengetahui perkara yang merosakkannya”.
Diantara jalan-jalan merawat iman.
1. Duduk bersama orang soleh
Menurut ahli psikologi; bahawa akhlak sesaorang yang berada di dalam kumpulan berbeza akhlaknya ketika ia berseorangan. Bertepatan dengan sabda Nabi saw: “Syaitan bersama dengan manusia yang berseorangan sedang dia yang kedua atau lebih”.
Sabda Nabi saw,bermaksud : “Kalian hendaklah bersama jamaah dan jauhilah dari perpecahan, kerana syaitan suka kepada orang yang berseorangan sedang dialah yang kedua dan lebih. Barangsiapa yang mencintai syurga maka hendaklah beriltizam dengan jamaah. Orang yang suka dengan kebaikannya dan bencikan keburukannya, maka dia benar-benar seorang mukmin”. (Tirmizi) Menurutnya hadith sahih gharib.
Sabda Rasulullah saw juga:
“Sesungguhnya serigala itu hanya akan dapat memakan kambing yang tersisih dari kumpulannya”. (Abu Daud)
2. Penyertaan di dalam amal
Ketika kita merasa berat untuk menjalan sesuatu perkara atau perintah, carilah orang yang boleh membantu melaksanakannya.Ini adalah penyelesaian ketika kekuatan iman menjadi lemah untuk mengangkat selimut di kala azan subuh atau mengerjakan solat berjamaah. Berpakatlah bersama sahabat yang cergas di dalam ibadatnya untuk menolong kita melalui perhubungan telefon atau melalui rumah sehingga keimanan kembali kuat.
Firman Allah:
“dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa,…”. (Al-Maidah: 2)
3. Seru orang lain
Proses menanamkan nilai murni memerlukan empat peringkat.
Pertama: pengaruh informasi,
kedua: pengaruh fikiran yang menjadikan nilai bertindak balas dengan akal,
ketiga: peringkat perlaksanaan wasilah amali yang mengikat nilai dengahn reality, keempat: peringkat yang akhir ialah peringkat terbina nilaian, iaitu peringkat kita menyeru orang lain supaya menghiasi diri dengan nilai murni atau akhlak mulia. Apabila telah sampai kepada peringkat ini, sudah pasti menjadi sangat mudah untuk kita melaksanakan tugas menyeru orang lain dan menyampaikan nasihat supaya beribadah dan menunaikan solat fardu di masjid, membaca al-Quran. solat subuh dan ibadah-ibada yang lain.
4. Pengaruh media ke atas dirimu melalui cd dan buku
Tidak dinafikan bahan media banyak yang mendatangkan pengaruh yang negative, namun kita gunakan kebijaksanaan untuk mengambil pengaruh yang positif daripadanya. Dengarlah kaset, cd atau bahan dari internet masa kini yang membicarakan soal kelembatan hati, syurga, hari kaiamat, cintakan Allah, takut dan mengharapkanNya. Bacalah buku-buku berkaitan khusyuk di dalam solat, hidup bersama al-Quran, pahala amalan sunat dan munajat di dalam solat.
4. Mengurangkan perkara yang harus
Ketika Islam menegah kita dari melakukan pemborosan, Islam juga menegah kita daripada perkara harus, kerana pemborosan termasuk perkara harus. Oleh sebab itu bersederhana dalam menggunakan perkara harus akan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Dunia pasti akan lenyap sekalipun terdapat banyak nikmat dan kita telah menerima dan meni’matinya.
5. Muhasabah diri
Jadikan budaya muhasabah an-Nafs, untuk jiwa sentiasa beramal dan beribadah.
Istiqamah dalam mutaba’ah amal fardi; setiap minggu dan setiap bulan. senarai solat lima waktu secara berjamaah, solat-solat sunat, zikir-zikir, pembacaan al-Quran, puasa sehari dalam seminggu atau dua hari dalam sebulan. Boleh juga buat satu janji bersama sahabat untuk saling mengingat antara satu sama lain agar mengisi helaian muhasabah tersebut. Berilah perhatian sekurang-kurang 75% setiap minggu.
Umar bin al-Khattab r.a pernah berpesan:
“Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalanmu sebelum amalanmu ditimbang”.
6. Bersungguh-sungguh beribadah dan mujahadah melawan nafsu
Cergas di dalam ibadah, solat-solat sunat, zikir, qiamullail, membaca al-Quran, lawanlah nafsu, jangan menyerah, kerana ity akan menimpa kita sifat malas, tidur dan berehat, dan sentiasa mencari alasan di setiap masa supaya tertinggal atau terlambat solat subuh atau malas untuk membaca al-Quran.
Apabila nafsu mengajak kita meninggalkan sesuatu ibadah,
maka iringi dengan membaca satu juzuk dari al-Quran.
Apabila ia melengahkan kita dari solat subuh,
maka lakukanlah solat dua rakaat pada tengah malam.
Hadapilah nafsu kita sehingga ia menyerah kapada kita. Ketahuilah, kita akan termasuk dalam kalangan manusia yang tidak mudah ditundukkan.
Firman Allah:
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik”. (Al-Ankabut: 69)
Ingatkah wahai saudaraku yang kukasihi,
Iman mempunyai dua sendi, iaitu 1. beriman di dalam hati
2. membenarkan di dalam perbuatan atau amalan. Menurut al-Hassan r.a:
“Iman bukanlah dengan angan-angan dan bukan hanya dakwaan, tetapi apa yang terdapat di dalam hati dan dibenarkan (dibuktikan) dengan perbuatan”.
Akhawat yang dimuliakan,
Jom kita angkat kedua tangan dengan menadahkannya ke langit, kita berdoa kepada Allah supaya menolong kita di atas ketaatan, menancapkan iman di dalam hati kita dan menghimpunkan seluruh keazaman dan tekad kita, untuk seterusnya meneruskan langkah menuju kepada Allah ‘Azza wa Jalla yang mencintai kita dan kita juga mencintaiNya...Dengan iman ini perjuangan kita layak mendapat pertolonganNya, dan dengan pertolonganNya sahaja, WAWASAN PERJUANGAN kita akan tercapai HAKIKATAN!!!...
Maaf dzahir batin.
7 Safar 1433
1 Januari 2012.
Monday, January 2, 2012
KT2011
subhanllah walhamdulillah allahuakbar
spend almost 10days bermusafir
with ALLAH`s help i`m at home now
I learned a lot of thing.a lot of thing.i really mean it
before i started the journey,i wish to ALLAh secretly that i want to learn how to be tawadu`
i really want to learn how to be humble
i really want to learn how to look up to people who are younger than me
and ALLAH as usual never failed to grand my wish.
(doa org musafir kan makbulkan..ALLAH yg kate.ALLAH kate kite akan dpt ape yg kite niatkan kan..ALAH juga yg kate..jd saya yakin aje!=) )
dan pada 30hb malam..31hb pagi..dgn kerdilnya saya merasai tarbiah ALLAH
direct.direct dr manusia2 yg jauh lebih muda
ALLAHuakbar.that`s the only word i could say and say and say
KT 2011sebelum dan selepas..semasa..penuh dgn tarbiah
bukan pengisian itu yg mentarbiah diri tp..kampung itu,masyarakatnye,suasana nya,dan adik2 serta ahli rumah yg ceria itu yg mentarbiah diri..
dan salam tangan itu.yg bersama 3tahun disisi tapi sedikit sekali kite berbicara kan..
jauh di sudut hati saya tahu akhirnye,masih ada tempt utk mengisi..
baki 3bulan,utk mengcover cerita kite 3tahun ini.ya ALLAh grand us chances!
semoga ALLAH thabatkan saya dan mereka seperti thabatnya ustazah
semoga sy dpt jadi tawadu` sperti dia
menajdi hebat dan gagahnya berdiri menegakkan kalimah ALLAH..
without fail.
oh ALLAh that`s the only wish i have.
tarbiyyah bukan segala galanya..
tapi segala galanya bermula dgn tarbiah ini..
sekali saya melepaskan diri dari kabilah ini..
sangat itu sy tahu bhw saya telah mebenarkan diri bersama kabilah jahiliyyah..
semoga thabat.
aku okay ke?
ingat tak dulu-dulu-dulu… saat-saat awal kita memasuki tarbiyah? kita memilih untuk join tarbiyah, memilih untuk join usrah, sebab kita nak berubah….
kita nak menjadi lebih baik….
time goes on, alhamdulillah tarbiyah yg benar itu sentiasa akan mengubah manusia… jika dulu Al-Quran itu hanya biasa diletakkan di rak-rak buku sehingga berdebu, Al-Quran itu menjadi teman setia walau di mana juga kita berada…
jika dulu solat berjemaah di masjid itu hanya dilakukan ketika hari Jumaat dan Hari Raya, alhamdulillah kini kita berusaha untuk solat jemaah setiap waktu di masjid
jika dulu puasa-puasa sunat seperti puasa isnin khamis, puasa asyura, dan lain-lain langsung tidak pernah terlintas dalam kepala… kini kita seboleh-boleh ingin berpuasa jika adanya hari-hari yang ‘istimewa’ untuk berpuasa sunat…
akhirnya pada satu hari kita dipilih untuk menjadi naqib…. dan kini tiba masanya untuk kita menyampaikan kepada anak usrah kita apa mutiara-mutiara yang kita perolehi selama ni….
tapi ikhwah akhawat…..
kadang-kadang… seorang juru jual itu sibuk menjual barangnya, sehingga dia sendiri lupa nak makan…. sebab dia seronok sangat menjual barang-barang jualannya….
dan akhirnya? dia kelaparan… dan dia terpaksa berehat berhari-hari untuk memulihkan kembali tenaganya….
lebih menyedihkan… kadang kala jurujual itu dah tak kembali menjual barang-barangnya… kedainya terus ditutup…. kerana dia merasakan menjual barang itu sangat memenatkan….
itulah yang akan terjadi… jika kita dah kehilangan sifat mutarabbi yang paling penting, sifat yang ‘meletakkan’ kita di ‘jalan’ ini…
sifat ingin berubah menjadi lebih baik
mungkin benar, usrah yg kita bawa dan kita ikuti itu sangat menambah ilmu-ilmu dan fikrah kita
mungkin benar, daurah dua kali sebulan yang kita ikuti dan bawa anak usrah kita itu satu mujahadah yang berat bagi orang lain
mungkin benar, Al-Quran dibaca setiap hari, dan solat jemaah dilakukan setiap waktu
tapi….
sudahkah kita melakukan qiyamullail setiap hari?
sudahkah kita membaca Al-Quran 3 juzuk sehari?
sudahkah kita berada di masjid sebelum azan berkumandang?
sudahkah kita memberi makan kepada orang miskin setiap hari?
sudahkah setiap orang di sekeliling kita mendapat sentuhan dakwah kita?
sudahkah kita membaca Al-Quran 3 juzuk sehari?
sudahkah kita berada di masjid sebelum azan berkumandang?
sudahkah kita memberi makan kepada orang miskin setiap hari?
sudahkah setiap orang di sekeliling kita mendapat sentuhan dakwah kita?
sudahkah setiap saat dan waktu kita diisi dengan aktiviti-aktiviti yang akan mendekatkan diri kita kepada Allah? aktiviti-aktiviti yang akan meletakkan kalimah Allah di kedudukan tertinggi di dunia ini?
senang kata..
sudahkah kita menjadi seperti Rasulullah?
sudahkah kita menjadi seperti Abu Bakar?
sudahkah kita menjadi seperti para sahabat?
sudahkah kita menjadi seperti Abu Bakar?
sudahkah kita menjadi seperti para sahabat?
ikhwah akhawat
di saat hilangnya kita daripada sifat seorang mutarabbi
iaitu sifat ingin berubah untuk menjadi lebih baik….
itulaah saat-saat permulaan ke arah kefuturan kita….
dan bagaimana mungkin…. ingin kita menerapkan sifat ingin berubah ke dalam hati mad’u-mad’u kita…
sedangkan dalam hati kita sendiri sifat itu telah hilang ditelan masa….
ingatlah wahai nuqaba’, wahai du’at
janganlah biarkan Allah hilang dari hatimu walau sesaat sekalipun…
kerana itulah permulaan ke arah kemenangan syaitan….
kerana itulah permulaan ke arah kemenangan syaitan….
“Mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai sebaik-baik amalanmu yang amat suci di sisi Allah, yang meninggikan darjatmu keperingkat yang tertinggi sekali, yang lebih mulia daripada menafkahkan emas dan perak, yang lebih utama daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, maka kamu tanggalkan lehernya atau mereka menanggalkan lehermu? Para sahabat berkata bahkan: “Apakah itu Ya Rasulullah?”
Baginda bersabda: Zikrullah”
( HR Tarmizi dan Ibn Majah )
Izzuddin Yussof
Economics and Actuarial Science
University of Southampton
Economics and Actuarial Science
University of Southampton
Subscribe to:
Posts (Atom)