Tuesday, June 21, 2011

TJ

why la langkah kaki terasa makin berat
dada rasa macam sesak2

ni symptom nak-balik-msia-lg 2bulan..

atau..

saya telah mendaki selama  ini dengan beban beban yg sgt byk.bila sampai satu tahap yg curam
yg mana sy sgt perlu mengerahkan tenaga saya,segala peluh keringt sy,
saya jadi xmampu...

rasa mcm nak give up.terjun je gunung tu xyah daki lagi dah
patah balik dgn terjun..

but that is not a good choice either sebb sy mmg akan mati kalau sy patah balik dgn terjun gunung
ataupun kalau turun baik2,kaki gunung tidak seindah di puncak sana..

dah alang2 saya nak daki gunung dr awal
so teruskan jela!
beban tu yg banyak sgt.buang xboleh ke?
semua lg better.tap xmungkin mampu buang semua

atleast throw the heaviest one!

sgt perlu penanaman dan refresh semula kenapa saya mendaki dr awal...
kenapa sy pilih untuk mendaki gunung ini,menyusah2 kan badan sendiri
sedangkan org lain tgh dok happy-go-lucky,spend masa dgn bnde2 yg mereka suka

ke sy perasan je sy tgh daki rupenye saya masih di kaki gunung?oh no!that is worst!

Thursday, June 9, 2011

please..

i seriously feel that i`ve lost myself this 1week
sedikit demi sedikit saya umpama hendak kembali pada diri yg lama

ya Tuhan kami..bencikan kami pada jahiliyah semalam
seperti mana bencinya kami di campak ke dalam api neraka..


please dont bring me back to where i was before
please..
Aku pernah merasa perasaan itu..
terbang bebas sebebas bebasnya
rindu serindu rindunya
berpaut teguh,seperti tidak mahu dilepaskan selamanya
berbicara sentiasa
tidak betah utk berpaling walau seketika

pada zat yg Maha kuasa

tapi rasa itu sudah tiada dan aku sangat mendambakannya
rasa yang mengerakkan anggota anggota
yang melapangkan jiwa jiwa
yang meruntun hati hati yang kering dan berlengah lengah

AKU INGIN MENJADI LUAR BIASA

pada ALLAH semata
Ikhlas kerana Nya

cinta dan rindu serindu rindunya
seperti kebahagiaan ini tiada hujungNya

rasa itu sudah hilang..
hialng dalam sibuknya aku pada dunia
pada pandangan manusia
pada pengharapan dan kebahagiaan makhluk yang tiada kuasa

kembalikan aku pada rasa yang lama
jika boleh untuk selamanya...

kembalikan aku pada rasa yang lama....

-april6-

Friday, June 3, 2011

may i asked your hand for..

mahukah engkau aku tunjukkan satu jalan..

jalan yang telah membasahkan sejadah sejadah malam ku..
memberi erti pada bait bait doa yang selama ini jarang aku perhati..

memberi senyuman dalam kekecewaan ku..
memberi kelapangan dalam kesempitan masa dan harta ku..

satu jalan yang telah menghadiahkan aku dengan saudara saudara lebih erat dari saudara sedarah ku..
satu jalan yang telah menambah kecintaan dan kasih sayang aku pada insan bergelar manusia

jalan yang telah mengubah hati yg hitam kepada cahaya yang menyuluh
jalan yang telah mengubah persepsi aku pada bumi ciptaan yang esa

jalan yang telah memberi rahmat dan kekuatan
memberi erti dan matlamat perjuangan
memberi makna bahawa dunia bukan tempat melepak dan bersuka suka

jalan yang telah membuatkan aku sentiasa berharap aku berada di dalam nya..

adik ku sayang..
mahukan antunna menjadi peneman ku di jalan ini
menggapai aku ketika aku jauh ketinggalan di belakang
menunjuk aku jalan bila aku hilang dalam gelap malam

aku pernah melalui nya.dan dengan rahmat ALLAh aku sedang melalui nya.
tapi belum tentu aku pasti terus melalui jalan ini..

tapi kamu..
aku pasti kamu terus akan berada di sini sekali kamu sudah melaluinya
kerana kamu lebih kuat dan lebih hebat dari diri ku..

mahukah kamu merasai nya bersama ku?

-sedang ingin bercinta-

Saturday, May 21, 2011

sabar bagai seorang ibu..no matter how long it takes=)

Sebagai murobbi,Anda harus mempunyai stock sabar yang banyak.Terutama sabar terhadap proses perkembangan mad`u.Jika tidak sabar,anda akan cepat kecewa,stress dan uring uringan sendiri melihat berbagai polah mad`u  yang seringkali tidak sesuai dgn harapan anda

ketika membina, Anda menghadapai manusia yg heterogen mepamahan nya terhadap Islam.ada yg cepat berubah(dan ini menggembirakan), tapi ada juga yang lambat. Kepada mad`u yang lambat ini, murobbi harus sabar menghadapinya. Jangan cepat pesimis dan putus asa. Apalagi memecatnya dari halaqah kerana tidak tahan dengan perangainya

Dalam realitinya,anda akan sering menjumpai mad`u yang terlihat lambat berubah. Terhadap mad`u semacam ini, anda jangan cepat menyimpulkan bahawa ia tidak prospektif

justeru mad`u yg semcm ini yg sering kali bertahan lebih lama dalma halaqah dan lebih prospektif untuk dakwah di kemudian hari.
sebaliknya mad`u yg di awal halaqoh terlihat antusias dan cepat berubah malah seringkali justeru cepat juga minggat dari halaqah.

Jika pun bertahan,ia lebih banyak menyumbang masalah dari menyumbang solusi. Kerena itu sabrlah terhadapat proses perkembangan mad`u. Jangan cepat menyimpulkan dan jangn cept berputus asa terhadap mad`u yg terlihat lambat berubah

-menjadi murobbi sukses oleh satria hadi-

Langkah pertama adalah mengukuhkan iman dan taqwa. Taqwa yang mendorong pelakunya menunaikan hak ALLAH yang maha Mulia. taqwa yang  tetap siaga adalah taqwa yang membuat pelakunya tidak pernah lalai dan tidak pernah kendur barang sedikit pun sepanjang hidupnya sampai ajal datang menjemputnya..

-Pelembut hati-

but doesn`t mean it`s ok for us to be slowwwww.sedang ummah sedang menderita.dan yg menanti lebih ramai dr yg memberi=)

ikhlas

i have to write this here

if i dont,the chances for me to forget forever is like 95 %..so here`s the article which make me think a lot..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku Tidak Lebih Dulu ke SyurgaNya

Aku tidak tahu dimana aku berada. Namun demikian, ramai manusia berada di sekelilingku. Namun aku tetap berasa bersendirian dan ketakutan. Aku masih bertanya dan terus bertanya-" Tempat apakah ini? Dan buat apa semua manusia dikumpulkan? Mungkinkah.. Ah, aku tidak mahu mengira-ngira. ."

Rasa takutku makin menjadi2 tatkala seseorang yang tidak pernah kukenali sebelumnya mendekati dan menjawab pertanyaan hatiku. "Inilah yang disebut Padang Mahsyar." Suaranya begitu menggetarkan jiwaku.

"Bagaimana ia bisa mengetahui pertanyaan hatiku? " soal batinku.

Aku menggigil, tubuhku terasa lemas, mataku tegang mncari perlindungan daripada seseorang yang aku kenali.

Kusaksikan langit menghitam, sesaat kemudian bersinar kesilauan. Bersamaan dengan itu, terdengar suara bergema. Aku baru sedar, inilah hari perhitungan, hari di mana semua manusia akan menerima keputusan akan balasan dari amalnya selama hidup di dunia. Hari ini juga akan ditentukan nasib manusia selanjutnya, syurgakah yang akan dinikmati, atau azab neraka yang akan menanti.

Aku semakin takut. Namun ada debar dalam dadaku mengingat amal2 baikku sewaktu hidup di dunia. Mungkinkah aku tergolong dalam golongan orang2 yang mendapat kasihNya atau jangan2…..

Aku dan semua manusia lainnya masih menunggu keputusan daripada Yang Menguasai Hari Pembalasan.Tak lama kemudian, terdengar lagi suara yang bergema tadi mengatakan bahawa sesaat lagi akan dibacakan daftar nama manusia2 yang akan menemani Rasulullah SAW di syurga yang amat indah. Dadaku semakin berdebar, ada keyakinan bahawa namaku termasuk dalam daftar itu, mengingatkan banyaknya infaq yang aku sedekahkan dulu. Lebih2 lagi, dulu sewaktu di dunia, aku dikenali sebagai da'ie atau pendakwah.

" Kalaulah ramai orang yang aku dakwahkan dulu dimasukkan ke dalam syurga, apa lagi aku.." fikirku.

Akhirnya nama2 itu mulai disebutkan. Aku masih beranggapan bahawa namaku ada di dalam deretan nama2 tersebut memandangkan banyak ibadah2 dan perbuatan2 baik yang aku kerjakan sewaktu di dunia dulu. Dalam daftar itu, nama Rasulullah SAW semestinya sudah tercantum pada urutan teratas, sesuai dengan janji Allah SWT melalui malaikatNya Jibril, bahawa tiada satu jiwapun yang akan memasuki syurga Allah SWT sebelum Nabi Muhammad SAW masuk. Setelah itu, terteralah nama Assabiquunal Awwaluun. Kulihat puteri baginda yang amat baginda kasihi, Fatimah Az Zahra, dengan senyum manisnya melangkah bahagia sebagai wanita pertama yang ke syurgaNya, diikuti para isteri dan ahli keluarga rasul yang lainnya.

Para nabi dan rasul yang lainnya pun termasuk ke dalam daftar tersebut. Yasir dan Sumayyah berjalan tenang dengan gelaran syahid dan syahidah pertama dalam Islam. Juga para sahabat lainnya, satu persatu para pengikut terdahulu Rasul itu dengan bangga melangkah ke tempat di mana Allah SWT akan membuka tabirnya. Yang aku tahu, salah satu kenikmatan yang akan diterima para penghuni syurga adalah melihat wajahNya. Kusaksikan para sahabat Muhajirin dan Ansor yang tengah bersyukur mendapat nikmat yang tiada terhingga sebagai balasan kesetian berjuang bersama Nabi Muhammad SAW menegakkan risalah. Setelah itu, tersebutlah para mukminin terdahulu dan para syuhada dalam berbagai perjuangan menegakkan agama Allah SWT di dunia dahulu.

Sementara itu, dadaku berdegup kencang menunggu giliran.

Aku begitu terperanjat melihat rombongan anak2 yatim dengan riang berlari untuk segera menikmati kesegaran telaga Khautsar. Beberapa orang daripada mereka tersenyum sambil melambaikan tangan kepadaku. Ya Allah, mereka adalah anak2 yatim sebelah rumahku yang tidak pernah kuperhatikan. Anak2 yang selalu menangis kelaparan di malam hari sementara kubuang bahagian makanan yang tidak habis kumakan.

"Subhanallah. Itu si Ali, tukang mee di pejabatku dahulu." Aku terperanjat melihatnya melenggang ke syurga. Ali, pemuda yang tidak pernah lulus peperiksaan SPM pernah bercerita bahawa sebahagian besar hasil jualannya akan dikirimkan buat ibunya dan biaya sekolah empat orang adiknya. Ali yang rajin solat itu sanggup berpuasa berhari2 asalkan ibu dan adik2nya di kampung tidak kelaparan. Tiba2 orang yang berada disampingku sejak daripada tadi lagi berkata, " Ali, si tukang mee lebih baik di mata Allah SWT. Ia bekerja untuk kebahagiaan orang lain." Sementara aku, semua hasil keringatku semata2 untuk memenuhi keperluanku.

Lalu berturut2 melewati depan mataku, pakcik Abu penjual pecel yang kehadiannya selau kutolak, pengemis tua yang selalu melewati depan rumahku dan selalu mendapat kata "maaf " dari bibirku dari sebalik pagar tinggi rumahku. Orang disampingku berbicara lagi seolah2 menjawab setiap pertanyaan yang tidak pernah kulontarkan.

" Mereka ikhlas, tidak sakit hati serta tidak memendam kebencian meskipun engkau menolak mereka.."

MasyaAllah, murid2 sekolah pengajian yang aku bina mendahuluiku ke syurga. Setelah itu, berbondong2 jemaah masjid2 tempat biasa aku berceramah bergerak memasuki syurgaNya.

" Mereka belajar daripadamu, lalu mereka amalkan. Sedangkan kau, terlalu banyak berbicara dan sedikit sekali mendengarkan. Padahal, lebih banyak yang dapat dipelajari dengan mendengar daripada berbicara.." jelasnya lagi.

Aku semakin berdebar2 dan menanti giliranku dipanggil. Seiring dengan itu, barisan manusia2 dengan wajah2 yang ceria semakin panjang. Namun sejauh ini, belum juga namaku terpanggil. Aku mulai kesal, aku ingin segera bertemu Allah SWT dan berkata, " Ya Allah, di dunia aku banyak melakukan ibadah, aku bersedekah, banyak membantu orang lain, banyak berdakwah, izinkan aku ke syurgaMu.."

Orang dengan wajah yang bersinar disampingku itu hendak berbicara lagi tetapi aku ingin menolaknya. Tetapi tanganku tak kuasa menahannya untuk berbicara.

" Ibadahmu bukan untuk Allah, tetapi semata2 untuk kepentinganmu mendapatkan syurga Allah, sedekahmu semata2 untuk memperjelas status sosial, disebalik bantuanmu tersimpan keinginan untuk mendapatkan penghargaan, dan dakwah yang kau lakukan hanya berbekas untuk orang lain, tidak untukmu," bergetar tubuhku mendengarnya.

Anak2 yatim, Ali, pakcik Abu, pengemis tua, murid2 pengajian, jemaah masjid dan ramai lagi orang2 yang sering kuanggap kurang baik dariku, mereka lebih dulu ke syurga Allah. Padahal, aku sering beranggapan, syurga adalah balasan yang pantas untukku atas dakwah yang aku lakukan, infaq yang aku keluarkan, ilmu yang aku ajarkan dan perbuatan baik lainnya. Ternyata, aku tidak lebih tunduk daripada mereka, tidak lebih ikhlas dalam beramal daripada mereka, tidak lebih bersih hati daripada mereka, sehingga aku tidak lebih dulu ke syuga daripada mereka.

Jam di dinding berdenting tiga kali. Aku tersentak bangun dan, astagfirullah ternyata Allah telah menasihatiku melalui mimpi malam ini..

"Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang sabar" (3:142)

*speechless*
T_T

repost from rumaysa milhan aka umi london fb note

ya ALLAH..


Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya. Mereka itu orang-orang yang kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan [kufur terhadap] perjumpaan dengan Dia. [4] Maka hapuslah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi [amalan] mereka pada hari kiamat. (14:104-105)

Monday, May 16, 2011

catatan 14.5 dan 15.5

14/5/2011

started with a conference
ended with hugs

subhanallah i can`t thank ALLAH enough for the nikmat given.
we started with  food as always,ended the usrah with sleep.
i never thought they could giggly happily making fun of each other,but yes they can..
its the matter of time dear sis..
sabar,be patient,give what u shoud give..

kadang2 kita terlalu meremehkan adik adik tu,sedangkan dia boleh lebih dari itu
dan kadang2 kite rasa die mampu,tapi sebenarnya die xmampu pun..

so what`s the secret for the rigth answer?sudah tentu firasat org mukmin yg ALLAH bg pada hamba hamba Nya..
doesnt this thing make us closer to ALLAH=)

15/5/2011
the superlong lostplace.
dah lama nak pergi tapi selalu je ada halangan.sampai sahaja syaitan mula membisik prasangka

hati mula berubah rasa

lesson learned no1
no matter how much they have changed their feeling towards u,never change yours!from the first time u have make up your mind to touch them n to guide them n to show them the beauty of Islam,
never change your feeling towards them no matter what happen
no matter what happen
no matter what happen
even the slightest rejection!

n i went there..i met them.

n..

lesson learned no2
they have never changed
they are still the same innocent adik yg kamu kenal dahulu
tapi kamulah yang berubah
perhatian kamu yang berubah
keikhlasan kamu berubah..
lalu kerana itu,kamu rasa adik itu sgt jauh..sedang sebenarnya die sangat dekat..

tak da ape yg berubah
takde
hanya hati dan keikhlasan kamu yg berubah..


demi ALLAH..demi siapa kamu mencintai adik itu pada mulanya?
demi semnagat nya atau demi ALLAH?

-tamat kisah.pulang ke rumah,disambut nasi lemak yg sedap tidak terkata..-
alhamdulillah subhanallah..ALLAH love is everywhere..but my love n deeds towards HiM,is nowhere..

lesson learned from aboved
setiap adik,xda satu pun yang nak menjauh..its just the matter of time,the matter of your doa,the matter of your supprot,the matter of love dan ukhwah..

the moment they agreed to receive u as naqibah,that is the moment they r giving u their heart n soul,to be guided n to be shown the right way..with love..